Sunday, 5 June 2016

Mee Udang Parit 30 , Kuala Kurau



Sebelum Ramadhan menjelma esok , Dik An nak buat entry throwback masa cuti sem bulan Januari haritu . Entry pasal makanan , buat esok lusa entry ni mahu terliur -.- .

Before fly back to Labuan , abg and akak ipar and anak2 buah bwak Dik An g makan makan kat Kuala Kurau . Alaaa kalau orang orang Parit Buntar , Bagan Serai , Nibong Tebal semua mesti pernah dengar tempat ni. Mee Udang Parit 30 . Haaa pernah dengar takk ?

Speciality dia adalah Mee Udang , Mee Ketam & Mee Sotong. Terletak dalam kawasan kampung yang bersuasanakan nelayan . Gerai dia tepi laut gitu , dipenuhi dengan bot bot nelayan kat situ . Tenang dengan nyaman je rasa sambil makan sambil amik angin laut gituu. Jom usha makanan diaa :D 

 

Ni Mee Special @ Mee campur . Sebab dicampur segala ketam , udang dan sotong . Tapi masa Dik An makan ni , sotong takde sebab dah habis. Tulah sape suruh pegi lambat -.- . Range harga dalam 15-20 hengget rasanya.

 

Mee Goreng Udang . Sedapp . Lapar terus tengok gambar ni huhu.

 

Ni Mee Udang biasa je . Takde campuran . Kira korang boleh je nak mee ketam je ke , mee sotong je ke . Terpulang pada pilihan memasing . Kalau taknak mee ada je nasi , kotiaw semua tu tapi berasaskan udang semua ni lah . Siput pun ada jugak kalau korang nak ;)

 

Belangkas . Sapa pernah makan ? Dik An first time makan dan rasa . Not bad lah . Ini makcik meja sebelah kasi rasa , abang Dik An lah dok usha usha makcik tu makan terus makcik tu kasi rasa , pastu buat malu malu kucing plak taknak amik . Haha . Cehh buat malu je tau.

Overall Dik An puas hati dengan suma makanan dia. Timing services dia ikut keadaan , kalau ramai orang lambat siket lah sampai makanannya . Nanti balik cuti sem ni , after raya nak ajak family makan kat sini lagi . Korang yang tak pernah pegi , pegilah rasa , in shaa Allah sedap dan berpatutan harganya :)

- enjoy your reading -





No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.