Monday, 7 March 2016

Ketam Goreng Telur Masin

 


*fuhhhhhh* *fuhhhhhh*  ala ala gaya tiup sawang kat belog gitu . 
Di sebabkan kekangan masa dan juga line wifi yang macam siput tu yang malas malas je nak update . Balik cuti sem haritu pulak sibuk jadi driver , siapkan order lasagna...ingat kat belog ni tapi sebab musabab tersebut maka terpaksa lah biarkan belog ni bersawang .

Since dah lama tak update , harini nak share resepi Ketam Goreng Telur Masin . Even dah ramai orang update , Dik An update wat simpanan dan rujukan di masa akan datang . Meh kita usha resepi meh. 

Ketam Goreng Telur Masin.

 

Selamat Menjamu Selera :)


Bahan bahan ::

 

3 ekor ketam yang telah dibelah dua. 
Gaulkan ketam ni dengan satu sudu tepung gandum , satu sudu tepung jagung , 1 sudu kecil garam dan sedikit blackpepper.

 
1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih yang dipotong dadu.
2 tangkai daun kari.
5 biji cili padi hiris nipis.

 
Telur masin kuning yang telah dilenyek lenyek kan. Dik An guna dua bijik telur masin.

 
Telur putih dia pun lenyek lenyek jugak . Jangan buang pulak , sayang hehe.

 

Setengah tin susu cair . Ini untuk kasi lebih creamy and berkuah sedikit. Taknak letak pun takpe .

 

Butter or planta. Time ni takde butter belasah jelah guna planta :D'

Cara - cara ::

1. Gorengkan ketam yang telah digaul dengan tepung tadi sehingga masak . Ketepikan.

2. Cairkan butter , lepastu masuk bawang besar , bawang putih , cili padi dan juga daun kari.

3. Agak agak dah sebati semua berkawan , bau daun kari pun dah naik maka masukkan telur masin kuning dan putih yang kita lenyek2 kan tadi.

4. Lepastu masuk kan susu cair . Ini terpulang banyak mana . Macam Dik An letak setengah tin.

5. Lepastu masukkan ketam yang telah siap digoreng tadi . Sebatikan semuanya. 

Dah siappppp :)






2 comments:

  1. sedapnya..tetiba lapar pula T_T

    ReplyDelete
  2. Salam Cik,

    Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
    laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
    Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

    Terima Kasih.

    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com
    +6011-15359165

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.