Wednesday, 8 June 2016

WW : Buka Puasa Dulu

 


 

Hahahaha . UMSGags ni memang tak pernah lah tak buat orang tak terhibur . Tengok gambar ni memang gelak guling guling sebab sama sangat dengan Dik An . Call mama lepastu cakap ''bukak posa duluuu" hahah :D

Tuesday, 7 June 2016

Last Class For This Semester

 


Last week berakhir lah semua kelas selama 14 minggu kuliah & tutorial dijalankan . Now study week tapi ada juga certain U yang dah start exam this week . Good luck korang yang dah start exam tu !

This sem jugalah boleh dikatakan hampir setiap kali last class tu semua lecturer ajak bergambar , simpan buat kenangan kan hehee . 

 
This is Madam Naheeda . Madam teach us BI and this sem is the last sem she teach us because madam is going back to Dhaka , Bangladesh. Dah kenapa aku speaking BI pulak hahah . 3 sem madam ajar kitaorang BI and after this dah tak boleh nak hai hai bye bye madam dah . Nasib lah sem ni jugak sem last kitaorang amik BI takdelah susah hati nak tukar lecturer baru kan. Madam sangat baik sebab dia tak kan kasi sesekali student dia dapat C . Kira madam tolong student lah . Bye madam . See you when i see you . Dah balik sana jangan lupa kitaorang kat sini tau .

 
Ni Miss Sarimah , ajar Advance Financial Management. Seorang lecturer yang sangat sporting , tak pernah nak tinggi suara , tak pernah marah , faham student dan penyabar . Kalau kitaorang tak faham miss sanggup ulang berkali kali sampai lah kitaorang paham. 

 
Ni Ustazah Izzati ajar kitaorang Fiqh Muamalat . Ustazah cakap lepas ni ustazah tak ajar kitaorang dah tapi insyaAllah akan selalu bertemu juga sebab ustazah memang lecturer untuk kos kitaorang Islamic Finance . 


Kelas pun dah habis maka sekarang fokus final . All the best classmates , moga kita lulus semua subjects and cemerlang hendaknya . Amin :)



Monday, 6 June 2016

Welcome Ramadhan

 

 

sumber : google image .


Alhamdulillah , bulan yang ditunggu telah tiba , Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan . Welcome Ramadhan , bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan . Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini  juga dapat memberi berkat , rezeki yang lebih lagi . Moga kita juga terus diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa ini .

Ohh ya , Ramadhan kali ni merupakan kali kedua Dik An berpuasa di Labuan . Kalau last year adalah dalam 2 weeks puasa kat sini , same goes to this year , in shaa Allah puasa dalam 17-18 hari kat Labuan lepastu kita sambung puasa kat rumah . Yeay ! 

Bukan selalu dapat puasa kat tempat orang , nak nak pulak sini kan berbuka awal dari kat semenanjung . Time ni ah nak action kat family cakap ''adik bukak posa dulu maa " hahaha. This year kan duduk kolej kediaman luar kampus so , boleh lah nak pegi bazaar , masak sedap sedap siket . 

Next week dah start exam , one of my lecturer cakap elok exam bulan puasa ni sebab kita tak makan , so perut tak kenyang senang otak kita nak fikir . Harap harap dipermudahkan lah fikir jawapan nanti :)

Di kesempatan ni , Dik An nak ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua , minta maaf atas segala salah dan silap . Moga Ramadhan ini membawa lebih erti dan makna buat kita semua :)

Sunday, 5 June 2016

Mee Udang Parit 30 , Kuala Kurau



Sebelum Ramadhan menjelma esok , Dik An nak buat entry throwback masa cuti sem bulan Januari haritu . Entry pasal makanan , buat esok lusa entry ni mahu terliur -.- .

Before fly back to Labuan , abg and akak ipar and anak2 buah bwak Dik An g makan makan kat Kuala Kurau . Alaaa kalau orang orang Parit Buntar , Bagan Serai , Nibong Tebal semua mesti pernah dengar tempat ni. Mee Udang Parit 30 . Haaa pernah dengar takk ?

Speciality dia adalah Mee Udang , Mee Ketam & Mee Sotong. Terletak dalam kawasan kampung yang bersuasanakan nelayan . Gerai dia tepi laut gitu , dipenuhi dengan bot bot nelayan kat situ . Tenang dengan nyaman je rasa sambil makan sambil amik angin laut gituu. Jom usha makanan diaa :D 

 

Ni Mee Special @ Mee campur . Sebab dicampur segala ketam , udang dan sotong . Tapi masa Dik An makan ni , sotong takde sebab dah habis. Tulah sape suruh pegi lambat -.- . Range harga dalam 15-20 hengget rasanya.

 

Mee Goreng Udang . Sedapp . Lapar terus tengok gambar ni huhu.

 

Ni Mee Udang biasa je . Takde campuran . Kira korang boleh je nak mee ketam je ke , mee sotong je ke . Terpulang pada pilihan memasing . Kalau taknak mee ada je nasi , kotiaw semua tu tapi berasaskan udang semua ni lah . Siput pun ada jugak kalau korang nak ;)

 

Belangkas . Sapa pernah makan ? Dik An first time makan dan rasa . Not bad lah . Ini makcik meja sebelah kasi rasa , abang Dik An lah dok usha usha makcik tu makan terus makcik tu kasi rasa , pastu buat malu malu kucing plak taknak amik . Haha . Cehh buat malu je tau.

Overall Dik An puas hati dengan suma makanan dia. Timing services dia ikut keadaan , kalau ramai orang lambat siket lah sampai makanannya . Nanti balik cuti sem ni , after raya nak ajak family makan kat sini lagi . Korang yang tak pernah pegi , pegilah rasa , in shaa Allah sedap dan berpatutan harganya :)

- enjoy your reading -





Monday, 7 March 2016

Ketam Goreng Telur Masin

 


*fuhhhhhh* *fuhhhhhh*  ala ala gaya tiup sawang kat belog gitu . 
Di sebabkan kekangan masa dan juga line wifi yang macam siput tu yang malas malas je nak update . Balik cuti sem haritu pulak sibuk jadi driver , siapkan order lasagna...ingat kat belog ni tapi sebab musabab tersebut maka terpaksa lah biarkan belog ni bersawang .

Since dah lama tak update , harini nak share resepi Ketam Goreng Telur Masin . Even dah ramai orang update , Dik An update wat simpanan dan rujukan di masa akan datang . Meh kita usha resepi meh. 

Ketam Goreng Telur Masin.

 

Selamat Menjamu Selera :)


Bahan bahan ::

 

3 ekor ketam yang telah dibelah dua. 
Gaulkan ketam ni dengan satu sudu tepung gandum , satu sudu tepung jagung , 1 sudu kecil garam dan sedikit blackpepper.

 
1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih yang dipotong dadu.
2 tangkai daun kari.
5 biji cili padi hiris nipis.

 
Telur masin kuning yang telah dilenyek lenyek kan. Dik An guna dua bijik telur masin.

 
Telur putih dia pun lenyek lenyek jugak . Jangan buang pulak , sayang hehe.

 

Setengah tin susu cair . Ini untuk kasi lebih creamy and berkuah sedikit. Taknak letak pun takpe .

 

Butter or planta. Time ni takde butter belasah jelah guna planta :D'

Cara - cara ::

1. Gorengkan ketam yang telah digaul dengan tepung tadi sehingga masak . Ketepikan.

2. Cairkan butter , lepastu masuk bawang besar , bawang putih , cili padi dan juga daun kari.

3. Agak agak dah sebati semua berkawan , bau daun kari pun dah naik maka masukkan telur masin kuning dan putih yang kita lenyek2 kan tadi.

4. Lepastu masuk kan susu cair . Ini terpulang banyak mana . Macam Dik An letak setengah tin.

5. Lepastu masukkan ketam yang telah siap digoreng tadi . Sebatikan semuanya. 

Dah siappppp :)