Friday, 25 December 2015

Fesyen Pakaian Terkini Remaja



Assalamualaikum and hye ! First of all Dik An nak tanya , korang pernah dengar perkataan “hipster” tak ? Dik An pasti ramai yang pernah dengar termasuklah Dik An sendiri. Kat kampus ni lagilah selalu dengar perkataan “hipster” tuh. Tapi tahukah anda apa maksud hipster itu ? Hipster adalah orang-orang yang memiliki penampilan dan gaya hidup yang unik. Mereka yang “hipster” ini juga boleh dikata berani untuk mencuba .

Perasan tak sejak akhir-akhir ini segalanya sering dikaitkan dengan tema hipster. Daripada makanan, cafe, hinggalah fesyen pakaian, segalanya mengikuti trend hipster. Majoriti berpendapat bahawa hipster merupakan trend atau gaya urban yang santai dan minimal. Mungkin tidak diminati oleh golongan dewasa atau yang telah berumur, namun gaya hipster ini amat digemari dan menjadi ikutan golongan muda khususnya remaja. Oleh yang demikian, anda boleh lihat ramai remaja terutama sekali yang berada di ibu kota kini kelihatan bergaya dengan fesyen pakaian terkini remaja hipster seperti berikut;


 

Jumpsuit

Betul, pemakaian jumpsuits bukanlah trend yang baru dan ia telah mula dipakai sejak dahulu lagi. Namun, dengan penggunaan fabrik yang bercorak unik atau fabrik berwarna yang pastels  menjadikan trend ini kembali diminati dan dikategorikan sebagai salah satu fesyen hipster. Jumpsuits ini juga sesuai untuk remaja yang bertudung , well hipster ini untuk sesiapa je , asalkan kita berani mencuba . 


Long Cardigan

Long Cardigan atau cardigan labuh juga menjadi pilihan ramai remaja bertudung dan tidak bertudung. Ia dipakai sebagai outerwear untuk kombinasi pakaian kasual seperti skinny jeans dan t-shirt. Dik An sendiri amat meminati long cardigan ni , senang . Nak nak pulak kalau lambat ke kelas , bas dah nak gerak , haish amik je long cardigan ni sarung cover baju lengan pendek tu . Haa kan cepat je siapnya . Long cardigan ni lagi sesuai untuk pakai g jalan jalan lah. Barulah nampak hipster . Tak gituuu ?

 

Printed Sweatshirt

Yup sweatshirt! Jika dahulu koleksi sweatshirt hanya dipakai ketika cuaca sejuk, kini ia direka dengan menggunakan fabrik yang tidak terlalu tebal untuk digayakan oleh remaja ketika apa jua cuaca. Koleksi sweatshirt ini boleh digayakan dengan pemakaian jeans, jogger pants mahupun skirts! Haih lawa kan printed sweatshirts ni ? Sesuai sangat pakai untuk outing dan juga ke kelas . Dik An sendiri , suka pakai dengan skirts . Acah acah ayu dan sopan tapi nampak hipster kan ?


Oversized Shirts

Gaya hujung minggu yang paling ringkas dan selesa adalah dengan memakai koleksi oversized shirts dan dipadankan dengan pemakaian jeans atau leggings. Memang cukup hipster! Ni pun favourite Dik An ni . Yang ni kalua pakai dengan skirts tak Nampak hipster sangat kan , so Dik An selalu pakai dengan jeans . Pakai pulak shawl lilit macam KekNis Hanis Zalikha pergh memang hipster habis ni . 

Nak jadi hipster ni senang je yang penting kena berani dan self confident tu yang penting . Haa baju baju ni pun murah dan senang untuk didapati. So marilah kita beramai ramai jadi hipster tapi dalam masa yang sama aurat dan kesopanan tu kita jaga J