Tuesday, 24 November 2015

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

 


 

Nak join terjah SINI .
Tarikh tamat 15 Dec 2015 .

Monday, 23 November 2015

Best tak study Islamic Finance ? Best tak study kat Labuan ?



Selamat kembali bekerja dan kembali ke kuliah . Setiap isnin mesti malas malas je nak bangun nak siap g kelas . Monday blues gitu . Walaupun harini kelas cancel tapi still kena pegi kampus sebab ada discussion group assignment. Nasib petang sebab tahu semua tak rajin nak amik bas pepagi pegi kampus hihi.

Memandangkan pagi ni free maka rajin lah sikit update blog . Nak jawab persoalan pada yang bertanya kat Dik An best tak study Islamic Finance ? Best tak study kat Labuan ? Haaa meh sini Dik An nak jawab hehe...

Firstly Dik An jawab ''best tak study Islamic Finance'' ? Secara am nya Dik An lebih meminati kos Akaun sebab time diploma dulu pun amik akaun. Minta UPU pun pilih akaun tapi rezeki tak sebelahkan Dik An , dapat lah kos Islamic Finance . Masa memula dapat kos ni takut jugak sebab tak tahu basic apa tapi selagi ada perkataan ''finance'' tu kira Dik An consider lah sebab lebih kurang akaun jugak kan .

Dulu dulu sem 1 dan sem 2 belajar benda basic je macam mana amik time diploma macam tu jugaklah amik time degree nih. Rasa macam biasa2 lagi sebab benda mikro , makro , akaun semua tu kan . Tapi lepas tu masuk je sem 3 dah mula belajar pasal kos sendiri wahh eksaited okey . 

Macam sem 3 ni ni Dik An belajar Ekonomi Islam dan Usul Fiqh . Serious tak tipu best belajar subjek ni . Macam ekonomi ni apa apa halpun mesti dikaitkan dengan Islam . Usul Fiqh pulak , macam belajar Pendidikan Islam lepastu kena ada hafazan dari Surah Al Baqarah tapi tak full surah lah kan . Sem - sem akan datang pula , akan belajar Fiqh Muamalat , Sistem Kewangan Islam , Sistem Pengiraan Islam eh macam macam lagi lah. Tak sabar nak belajar benda baru hihi. Kesimpulan dia best :DDD

Kalau dari segi ''best tak belajar kat Labuan'' ? Hmm ini susah siket nak jawab . Bagi Dik An , tak best sebab jauh . Haha . Serious setiap kali orang tanya itulah jawapan Dik An . Tapi bila fikir ada hikmah juga kenapa Allah hantar ke sini , mungkin untuk Dik An berdikari lepastu mana nak cari U di tengah tengah pulau lepastu berhadapan dengan pantai . Haaa UMS Kampus Antarabangsa Labuan je tahu. Yang ini jawapan Dik An dedua lah best dengan tak best . Best sebab sini macam Langkawi full of chocolate pastu kawan kawan yang sekepala ( dari semenanjung juga lah diorang ni) dan tak best sebab jauh dan Dik An susah nak terima makanan sini + mahal siket . 

Alaaa takpe , sekarang dah 3 sem , another 3 sem je lagi kan . Pastu pengalaman kita belajar kat tempat orang kan . Sesiapa yang nak datang belajar kat UMSKAL di alu - alu kan . Meh lah amik kos Islamic Finance boleh lah jadi junior kita , muehehehe :D

- enjoy your reading -


Sunday, 22 November 2015

Sup Cendawan Alaa Pizza Hut

 


Salam hujung minggu. Hujung2 minggu ni buat apa je . Dik An macam biasa weekend lah time nak mendobi nak mengemas semua hehe . Harini nak share dengan korang resepi Sup Cendawan ala Pizza Hut. Even dah ramai yang dah tahu takpe Dik An nak pahatkan resepi ni kat sini. Nak buat pastu lupa resepi boleh refer sini je kan :)

Dulu pernah buat sekali masa cuti sem kat rumah haritu. Siap sempat buat video kat IG lagi. Sapa follow Dik An kat IG tahulah kan yang IG Dik An penuh gambar makanan je kan hehiks. Tapi video dah di delete sebab Dik An sekarang ni tengah delete gambar2 yang nampak kaki , nampak kaki kawan ke kan lepastu tah macamner terdelete sekali video tu. Wuwuwu sedih. Takpe nanti buat video baru :D


Nampak kurang menarik siket sebab masak pun guna rice cooker je , blender takde nak kasi hancur tepung , daun parsley pun takde tapi takpe rasa tetap sama je . Housemates pun cakap sedap , alhamdulillah :) , jom kita usha resepi dia..

Resepi Sup Cendawan 

200 ml air
450 ml susu ( Dik An guna low fat)
1 tin cendawan di potong nipis
2 kiub pati ayam
garam secukup rasa
blackpepper secukup rasa
1 cawan tepung gandum ( Dik An bancuh dengan air dulu)

Cara - cara :

1 . Masukkan susu dan air sehingga mendidih.

2. Bila dah mendidih , masukkan kiub pati ayam dan cendawan.

3. Masuk kan garam dan blackpepper dan tepung gandum.

4. Biar sehingga mendidih dan pekat dan SIAPPP !

Haaa mudah je kan . Kalau kat umah Dik An bahagikan cendawan kepada dua bahagian , half potong nipis , half lagi blend dengan tepung gandum . Baru terasa siket kan. Tapi kat U ni nak cari mana blender buat ala kadar je...korang boleh lah buat jugak sebab bahan dia pun senang dan tak mahal sangat :)

Selamat mencuba dan enjoy your reading :D