Saturday, 24 October 2015

Course Networking

 
Siapa pernah dengar theCN ataupun dikenali sebagai Course Networking ?
Course Networking ni macam facebook tapi lebih kepada proses pembelajaran. Biasalah zaman dah moden so E - learning je lah kan semuanya.

 Selain UMS , universiti mana je lagi guna Course Networking ni ek ?


Haa macam nilah rupanya Course Networking tu . 


Ini rupa dalam dia. Bagi Dik An dedua facebook dengan Course Networking ni ada advantages and disadvantages dia sendiri . Tapi Dik An lagi prefer facebook lah kan sebab bagi Dik An lebih senang .

Selalunya untuk subjek yang lain kitaorang just guna http://smart2.ums.edu.my/ . Ini pun bagi Dik An senang dan yang penting user friendly . Cari nota ke jawab quiz ke pun senang. Tapi untuk subjek Organizational Behavior ni memang diwajibkan guna Course Networking .

Masa memula guna tu serious tension + nak nanges sebab cari notes , tutorial question tak jumpa haha. Dasar cengeng kan. Lepastu Course Networking ni pula memerlukan internet yang kuat . Haritu nak kena jawab soklan discussion menanges cari chapter 5&6 tak jumpa. Wassap Geng Mutiara Comels semua cakap ada je kat sidebar tuh.

Lepastu off wifi UMS , on wifi sendiri barulah ada sidebar tu. Haaa tulah nak kedekut sangat kan taknak guna wifi sendiri sekali nanges tak jumpa soklan haha . 

Sekarang bila dah selalu guna , dah tahu kena ada wifi yang kuat alhamdulillah tak tension tak cengeng dah haha :D

Enjoy your reading !

Thursday, 1 October 2015

Masak Untuk Housemate

 


Apa khabar orang kampung . Dah lama benau Dik An tak update blog kan hampir sebulan . Kekangan masa katakan . Sejak dah mula sem baru ni sibuk sikit , nak pulak duduk kolej kediaman luar penat sangat . Penat nya nak kena rebut bas tiap hari .

Semalam dapat wassap group cakap kelas cancel dia punya suka tu macam orang gila. Haha . Sebab sem ni dari senin - jumaat kelas 8 pagi . Bermakna kena naik bas pukul 7 pagi. Itu yang malas sebenarnya kena bangun awal pagi...haha.

Back to title masak untuk housemate . Memandang kelas pagi cancel pastu kelas petang pun cancel makanya marilah kita maen masak masak. Alone pulak tadi kat umah ,bosan pulak haa masaklah untuk housemates.

Kolej kediaman luar ni jalan kaki 4 minit dah sampai mart . Boleh lah beli barang masak masak kan. Tapi tak boleh pegi selalu bahaya duit habis nanti haha.

 

menu pertama sup ala thai . alaaa pedas pedas tu . Dik An suka sup pedas pedas nih . Tapi dah nama student hanya mampu masak dalam rice cooker je lah ! Dah dua sem rice cooker ni berkhidmat untuk kitaorang . Sem 1 budak baik lagi takut nak bawa rice cooker . Kah !

 

menu kedua tomyam . Jangan tak tahu satu rumah hantu tomyam . Siap dedua menu ni celur kotiaw hidang atas meja pahtu nanti diorang balik kelas taraaaa lunch + dinner dah siap hehiks.

p/s: jemput makan semua :)