Sunday, 30 August 2015

Lunch Semalam Nasi Arab Mandhi

  
 
Pagi pagi nih takde buat apa , sajalah nak throwback sikit lunch semalam . Nasi Arab Mandhi . Sedap tahu . Eheh masuk bakul angkat sendiri pulak kann. Semalam semua orang keluar ada urusan sendiri , maka sebelum kuar mama dah pesan sila lah masak Nasi Arab Mandhi . 

Hoiii ketaq lutut dengaq haha . Sebab Dik An tak pernah masak Nasi Arab ni , tengok mama masak pernah maka dapatlah lepastu google pulak dapatlah sikit output dan input kan...jom kita kasi zoom satu satu gambar .

 
Taraaaa . Inilah watak utama. Takde ni tak kenyang sumaorang . 

 
Salad / salsa

 
Sos salata hara

 
Ayam panggang.

 
kambing bakar yang diperap oleh kakak Dik An sehari sebelum. 

Haaa alhamdulillah sumaorang suka . Sumaorang cakap sedap hehiks ! Yeay lepasni boleh dah masak selalu Nasi Arab ni :P

Enjoy your reading :D



Friday, 28 August 2015

Ecoworld Gallery Simpang Empat , Pulau Pinang

 
Salam jumaat semua . Sambil - sambil tunggu lasagna dalam oven kita update dulu blog . Al kisah nya bermula pabila Zura send whatsapp cakap ada satu tempat cantik untuk photoshoot. Cewah photoshoot sangat kann. Sesaja suka nak g bergambar lah kiranya . 

Maka petang semalam seperti dijanjikan pergilah kami berempat , Dik An , Zura , Sima dan Amani . Sanggup ponteng fardu ain sebab nak ikut Dik An haha . Ecoworld Gallery ni terletak di Simpang Empat , Pulau Pinang . Area jalan nak ke Batu Kawan dan berdekatan dengan Taman Merak .

Ecoworld Gallery ni sebenarnya adalah pameran perumahan . Kiranya nanti situ akan membangun kawasan perumahan elite ataupun mewah . Lepastu nak tarik perhatian dia buatlah kincir - kincir angin , kipas yang bila kena angin pusing - pusing tu , jadi bila orang yang pergi tengok kincir angin tu haa mesti akan masuk tengok dia punya show room kan ?

Dari situ lah diorang tarik perhatian untuk memperkenalkan kawasan perumahan yang akan dibangunkan . Pandaikan marketing diorang hehe . Haa jom lah layan gambar yang banyak kat bawah ni . 

 

Zura and Amani . Nak tangkap gambar kat pintu gerbang tu kereta keluar masuk maka kat sini pun jadi asalkan nampak Under Windmills tuh -.- .

 
Haa cantik kan ? 

 
photographer tak bertauliah kitaorang Amani . Hmm okeylah asal jadi je gambar haha . Btw , thanks Amani sebab amik gambar kitaorang .

  

Amani . Bak kata Sima , '' aku rasa gambar Amani je kot paling cantik semua sebab kita amik kan haha "



 

Tak habis habis dengan lembu . Mooooo .

 

Alololo kemahen buat peace bagai haha .

 

Paling suka gambar ni sebab ada perkataan ''friendship'' tu :)

 
feeling feeling kat oversea sangat kann :D

 
Minions . Ini yang Amani heksaited sangat nih . 

 
3 sekawan :)


 
Family potrait gituu :)

 
Setiap kali selfie mesti Dik An dengan Zura cakap , Sima muka hang kecik hang kena depan pegang fon haha .

 
Tetiba time ni jumpa junior kitaorang , apa lagi mintak tolong lah snapkan .

 
Candid gituuu . 

 
Last sekali terimalah gambar tuan belog si pengembala kambing .

Haa korang rasa cantik tak permandangan dia ? Bagi Dik An memang cantik , suka sangat . So korang yang berdekatan boleh lah pegi photoshoot kat sana . Tapi sampai 30 August ni je dari 10 pagi sampai 6 petang . 

Enjoy your reading :D




Thursday, 27 August 2015

Jenjalan Street Art , Penang

Dua tiga hari belog sunyi kan , harini kita kasi meriah . Sebab Dik An , nak kongsi dengan korang yang semalam Dik An jenjalan kat Street Art , Penang . 
Streer Art , Penang ni Dik An rasa semua dah tahu dan ada yang dah pegi kan ? 
Tapi Dik An ni haa jelah yang baru nak pegi setelah sekian lama buat wishlist . Tercapai jugak lah hasrat di hati walaupun sakit kaki ni haa nak cari art punya pasal haha . Meh kita layan gambar yang ada .

 

Memula Dik An dan Zura dapatkan maps . Haa ada map ni baru senang nak mencari ye dop ? Abg rapid berhentikan kitaorang depan Muzium 3D . Tapi Muzium 3D kena bayar dan target kitaorg adalah Street Art , so Muzium 3D wishlist next time . 

 

Kalau tadi gambar , ini pulak map untuk bagitahu di man Street Art tu ada . Nampak macam dekat , tapi kitaorang mencari jauh jugak . Malah pusing pusing ada jugak yang bertanya kat kami , kat mana Street Art tu . Maps ni pekerja Muzium 3D yang kasi kat kitaorang .

Sejujurnya memang kitaorang lost jugak lah nak cari Street Art ni , pusing pusing jumpa orang yang sama tanya benda yang sama , jumpa tak ? Haha . Tetiba sel sel otak Dik An berhubung , Dik An cakap kat Zura , apa kata kita ikut je laluan basikal tu , dekat jalan raya ada dia buat anak panah untuk basikal tu ke mana , sebab nya boleh sewa basikal dengan harga RM10 .

Maka tak sia - sia lah kitaorang ikut laluan basikal tu ternyata berhasil . Tapi kalau sesiapa nak pegi Dik An nasihatkan sewa lah basikal tu , kalau tak balik rumah kaki korang sakit gila sampai sekarang -.- . Kalau taknak sewa basikal , korang boleh jugak guna perkhidmatan kat pakcik beca , dia akan bawa semua jalan yang ada art dengan bayaran RM20.

 
Gambar first kitaorang jumpa , nampak tak muka happy dia bila jumpa haha .
Terasa macam kanak kanak ribena pulak :D

 
Kakak tumpang main sekali ye dik . 

 

Hakak zura :)

 
Gambar kedua kitaorang jumpa , muka dah penat berjalan haha . Dik , janganlah tengok akak , bukan akak yang kasi pancit tayar motor adik tu :P .

 
Gambar ketiga kitaorang jumpa , tapi yang ni sayang , dah kena conteng . 

 
Gambar keempat dan last sekali . Gambar si penjual dan pembeli pau . haha .


 
Hakak zura dah penat tunggu penjual pau .

 
Thank zura teman kita jenjalan . Ini jelah art yang sempat kitaorang jumpa , ada dua art kitaorg jumpa tapi kitaorang tak perasaan and ramai gila orang haha . So memasing dah penat maka balik lah menuju ke jety naik ferry . Korang kalau nak pegi sila lah sewa basikal tau , kang nyesal tak sudah macam kitaorang haha !

Enjoy your reading :D











Saturday, 22 August 2015

Cara tengok tangki minyak sebelah kanan atau kiri

 


Malam semua . Memalam minggu ni buat apa je ? Memandangkan masih bercuti so meh lah kita update blog kan . Nanti kang dah balik Labuan , dah mula kelas memang berhabuk je blog ni -.- 

Back to the title Dik An percaya ramai yang dah tahu kan cara nak tengok tangki minyak sebelah kanan atau kiri sebab kat facebook pun ramai dah share kan ? 

 

pic from facebook . 

Cara nak tengok tangki minyak kita sebelah kanan atau kiri adalah dengan tengok pada meter . Haaa yang dalam gambar dibulatkan tu , kalau anak panah kita berada belah kanan maka tangki di sebelah kanan dan begitulah sebaliknya. Tak semua kereta yang ada , tapi for sure kereta kereta yang baru dikeluarkan pada zaman sekarang ni semua ada .

Korang pernah tak tiap kali pergi stesyen minyak mesti tertanya2 ehh belah mana tangki ni . Kalau kereta kita sendiri memang lah kita tahu kan sebab selalu isi minyak . Dik An kat Labuan selalu macam ni lah . Nak kuar g bandar sewa kereta , dah tu kereta yang di sewa bertukar - tukar , kejap Myvi , Saga , Mitsubishi , Honda semua . 

Jadi tiap kali nak isi minyak mesti confused cakap eh belah mana ni , maka para penumpang yang baik hati pun buka tingkap kiri kanan kuarkan kepala dan tengok tangki kat mana . Alahai rindu pulak kat kawan kawan ni haa . So , lepasni kalau keluar singgah Shell tak payah kecoh kecoh lagi dah tangki kat mana , tengok je kat meter tu kan , itupun kalau ada :)

Selalunya kereta keluaran Proton lah kan tangki belah kanan . Haa lagi satu kalau Dik An bawa saga mesti nak bagi signal je salah , g tekan wiper bahaha , lepastu kalau dah biasa Saga kang dapat pulak myvi nak bagi signal g tekan wiper jugak hehiks ! Itulah je nak sharing is caring dengan korang !

enjoy your reading ! :)

GA Pertama MeeyaHani

 



  

Sesiapa nak join boleh terjah SINI . GA berlangsung dari 22 Ogos hingga 5 September jam 9 malam...

Friday, 21 August 2015

Segmen : U Follow I Follow

 




 

Sapa nak join boleh klik SINI . Segmen tamat jam 9 malam ni , ada masa lagi ni nak join hehe...

Wednesday, 19 August 2015

Segmen Klik Klik Nuffnang

 


Since dah lama Dik An tak join segmen segmen ni , jadi harini Dik An nak join Segmen Klik Klik Nuffnang . Simple je syarat syarat segmen ni .

 

Kalau korang nak join boleh terjah SINI :)

Friday, 7 August 2015

Kak Sue Mee Kuah Tulang @ Kak Sue Station

 

Harini Dik An nak share dengan korang satu tempat makan yang best . Tapi benda ni terjadi masa Dik An cuti midsem April lalu . Tapi takpelah tempat best harus lah dikongsi ye dak ? Orang orang Nibong Tebal ke , Parit Buntar ke , Bukit Minyak dan Kulim mesti pernah dengar kot Kak Sue Mee Kuah Tulang ataupun Kak Sue Station .

Kak Sue Station tu merupakan nama kedai tersebut , manakala di fb nya pula ialah Kak Sue Mee Kuah Tulang . Location ? Kak Sue Station terletak di Bukit Minyak dimana lokasi dia di Astaka betol betol berhadapan dengan Aeon Big dan Kak Sue Station ni ada buka cawangan juga dekat Kulim . Kalau dekat Kulim berhadapan dengan Nasi Kandar Pelita . 

Apa yang special ?

 

Inilah yang specialnya . Mee Kuah Tulang . Sedap sesangat . Memang recommended sangat lah sapa yang nak g makan . Sure tak nyesal . Paling sedap bila sedut straw tu hekhek . Harga dia pula mengikut saiz tulang or gear box tu . Macam Dik An punya ni 12 hengget . 

 

Selain Mee Kuah Tulang Special tu , terdapat juga Nasi Ayam Madu Bijan , Sizzling Hot Plate dan juga bihun , mee and kotiaw sup . Harga dia semua sangatlah berpatutan . Sizzling dia pun sangat lah sedap .

 

Nampak tak betapa kusyuk nya muka cousin Dik An menyedut lemak lemak dalam gear box tu . Memang sedap lah . In shaa Allah sebelum balik Labuan ni nak g makan lagi kat sini . Korang yang duduk area area Parit Buntar ke Nibong Tebal ke Jawi ke Kulim dan Bukit Minyak boleh lah merasai keenakan makanan di Kak Sue Station ni . Kak Sue Station ni beroperasi petang hingga malam , so kalau nak g boleh lah g pukul 6 macam tu . 



Thursday, 6 August 2015

RESEPI : Daging Masak Hitam



Setelah sekian lama Dik An tak update resepi , harini tangan ni gatal gatal pulak nak update . Kalau sesapa yang follow insta Dik An tu tahulah yang Dik An ni keja update gambau makanan je -_- 

Harini Dik An nak share RESEPI : Daging Masak Hitam dengan korang semua . Mesti ada yang dah tahu kan tapi bagi orang yang first time try masak macam Dik An ni kasi can lah siket nak share resepi sebab berjaya menghitamkan daging tu hihi...

 

RESEPI : Daging Masak Hitam

Bahan - Bahan 

Daging 
1 sudu besar serbuk jintan manis ( kacau dengan sedikit air )
1 sudu besar serbuk jintan putih ( kacau dengan sediikit air )
Air asam jawa 
Kicap pekat
Kicap manis
3 batang serai ( diketuk )
Sos Tiram
Kiub Pati Daging
Minyak untuk menumis .

Bahan dikisar :

20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia . 

Cara - Cara :

1 . Perapkan daging bersama kicap pekat , kicap manis dan sos tiram. Perap selama satu jam .

2 . Panaskan minyak . Masukkan serai yang telah ditumbuk , serbuk jintan manis dan jintan putih yang telah dibancuh dengan air dan bahan yang telah dikisar . Tumis mendidih . 

3 . Setelah mendidih , masukkan daging yang diperap tadi . Masukkan kiub pati daging dan masak sehingga daging lembut .

4 . Setelah daging dah empuk , lembut , masuk kan air asam jawa , kicap pekat dan kicap manis .

5 . Biarkan sehingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat .

6 . Siap dimasak !

Makan dengan nasi panas panas sedap tak terkata . ***Dik An tak tambah garam or gula sebab kicap pekat dan manis tu dah kasi rasa dah***

Serious tak tipu rasa macam makan daging masak hitam kat kenduri .Lepas ni boleh buat lagi :) 

Selamat Mencuba !

Tuesday, 4 August 2015

Selamat Pengantin Baru Syakir dan Awatif

 
Hari Ahad lepas , Dik An pegi wedding member sekolah . Tiap kali ada wedding member sekolah je tak tahu lah apasal Dik An eksaited semacam . Maybe sebab dapat jumpa kengkawan lama kot hehe...

Jadi Dik An pun malas nak taip panjang layan gambar jelah haha .

 
Selamat Pengantin Baru Syakir dan Awatif . Sebenarnya kawan kitaorg Syakir tapi bila isterinya Awatif ni peramah terasa macam Awatif ni yang kawan kitaorang haha .

 

Again selfiw with pengantin . Bukan senang hoi nak selfie dengan pengantin haha .

 

paling suka gambar ni sebab boleh dikatakan semua geng berkumpul bahahah. Untuk Syakir dan Awatif moga bahtera yang dibina kekal dan bahagia selamanya . Cepat kasi kitaorang anak buah okey hehe .

Setel bab kenduri . Lepas berkenduri g beraya rumah cikgu suhaila pulak . Thanks cikgu jamu kitaorg mee yang super duper sedap . Layan kerenah kami hehe .


Cikgu Suhaila kata apasal cikgu rasa kita dah sama tinggi ni farihan haha .Takpe cikgu , rendah tu comel hekhek :D