Sunday, 26 July 2015

Beraya Di Seoul Garden



Salam 10 syawal . Raya sakan Dik An sampai tak update blog . Sekali update terus hilang tak muncul muncul kan . Inilah jadinya bila dah lama tak update , rasa malas je kan . 

Syawal ke 4 haritu Dik An sempat pergi beraya dekat tempat makan yang fofular tuh . Seoul Garden . Actually teringin nak makan Seoul Garden ni memang dah lama gila . Tapi kadang tu takde geng , lepastu belajar kat Labuan pulak mana ada Seoul Garden bagai ni . 

Pastu raya ke 4 tu pergilah kami berlima , kakak , Dik An , adik and amani dengan Aryan . Kitaorg pergi dekat Autocity , Juru je . Kakak kata kang g Queensbay mesti melayang duit lagi nak beli itu ini haha .

 

Ni harga bayaran untuk seorang . Kanak kanak kalau lebih 90 cm kena bayar . Macam Aryan even baru 4 tahun just makan aiskrim and nasi goreng je sebab tggi dia lebih 90 cm kena lah bayar . Masa kitaorg pergi pukul 4 , so cashier tu cakap nak amik lunch ke dinner ? Bila Dik An cakap apa beza , dia cakap lunch until 5 pm , lepas tu you kena stop makan . So kitaorg pun decide amik dinner lah .

Harga dia untuk setiap outlets berbeza . Dik An baru tahu bila search dekat Seoul Garden (pricing ) . Mengapa dan kenapa tidak lah Dik An tahu haha . 

 

Nah makan puas puas . Tapi memang puas lah makan . Habis je Dik An ulang ulang amik . Masa nak amik makanan terus jeling jeling KimChi , amiklah semangkuk nak rasa , hmm not bad lah even dok paksa anak tekak telan bahahah . Kat situ dia ada tulis setiap 100gm yang kita amik tu tak habis means kita tak masak dia lagi akan dikenakan charge . So, kitaorang amik sikit sikit je dulu .

 

Tersandar kekenyangan . Hmm nak amik gambar banyak banyak pun takut sebab pekerja dia dok usha2 haha . 

 

Lastly with Amani , tak lama lagi dia lagi tinggi dari Cik Baby dia lah huhu...Huwaaa dalam gambau ni nampak gemuk , duduk Labuan lost 7 kg , balik rumah ni faham2 jelah kan haha :'D , conclusion nya memang puas hati lah makan Seoul Garden ni , lepasni boleh cuba Johny pulak :)




Wednesday, 1 July 2015

Menu Berbuka Today

 


 
Kasi can lah Dik An upload sikit gambar menu berbuka harini . Kalau kat Labuan asyik telur dadar + makanan dalam tin . Itu je yang kitaorg mampu . Dua hari sebelum balik semenanjung je baru kitaorg beli . Save lah sikit duit .

Jadi harini menu Dik An udang masak lemak cili api + carrot + cendawan , ayam goreng sos tiram + brocoli + cendawan...ikan rebus dengan air asam tu mama masak . 

Bila dah lama tak balik , hari hari jadi keutamaan nak makan apa , kasi duit untuk beli apa yang nak kat bazar tu . Syok pulak rasa muehehe . Nanti memalam atau esok kalau Dik An rajin , Dik An update resepi udang masok lomak tu eh..sonang je .

Selamat berbuka kengkawan :)