Monday, 26 January 2015

Rezeki Dari Nuffnang

 



 

Alhamdulillah rezeki dari Nuffnang .
Walaupun dah lama Dik An tak hapdet blog sebab busy exam , tapi nuffnang masih sudi berikan CPUV kat blog Dik An ni.

Terima kasih Nuffnang . Walaupun sikit je earning nya , sikit sikit lama lama jadi bukit ye dop ? Hehe :) . Earning terkumpul pun dah boleh cash out tu , tapi Dik An nak kumpul dulu mana tahu boleh buat tiket flight balik raya nanti from Labuan-Penang khann huhu .



Giveaway Pertama Cinta Itu Indah

 



 

nak join terjah SINI !

p/s : dah lama tak join giveaway or segmen2 ni hehe :P

Sunday, 25 January 2015

Nasi Kerabu Ganu , Labuan

 


Siapa kata duduk kat Labuan tak dapat nak cari makanan pantai timur . Ada hoiii . Kawan Dik An teringin nak makan sangat musim exam pulak tu , time tu hari Jumaat kitaorg takde paper , apa lagi meronggeng lah ke Nasi Kerabu Ganu kat Labuan nii .

Nasi Kerabu Ganu ni terletak di Simpang Bersama , Kampung Tanjung Aru Labuan .  Nak bagitau direct location for orang orang Labuan tidak lah Dik An tahu, yang Dik An tahu ada singboard U-turn makan belok ke kanan masuk ke kawasan kampung...kedai makan ni bebetol atas bukit .

 

Menggoda tak ? Terliur tak ? Satu pinggan nasi kerabu berharga RM 7.50 . Bagi Dik An kira ok sebab portion yang banyak dan yang penting sangat lah sedappppp ! 

Selain nasi kerabu terdapat juga laksam dan nasi dagang . Kalau laksam RM 4 tapi nasi dagang Dik An tak sure pulak . Kira tak rugi lah nak cuba kan . Dik An dan kawan kawan lepas ni akan g lagi sebab sedapp sangat .

Jadi kalau ada orang orang Labuan takpun studeng UMS Kampus Antarabangsa Labuan boleh lah cuba Nasi Kerabu Ganu ni hehe .

p/s : kat insta berzaman dah upload ni kat blog baru dapat hapdet . Dah lama tak hapdet blog jadi memalu kucing pulak . Haha :D

Tuesday, 20 January 2015

RESEPI : Ayam Blackppper with Parsley

 




Sejak sejak masuk U ni dah lama tak maen masak masak dan share resepi kat sini. Jadi dah balik cuti sebulan ni , kena lah maen masak masak takut hilang bakat yang hado hahaha :P

Kat insta dari hari Jumaat dah post , tapi kat sini ni haa baru harini rajin nak hapdet resepi...jadi meh kita tengok resepi yang simple dan ringkas tapi sedap :)

RESEPI : AYAM BLACKPEPPER with PARSLEY

Bahan-bahan :

Isi ayam 
2 ulang bawang putih ditumbuk 
1 sudu sos blackpepper
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk blackpepper
1 biji bawang besar dipotong nipis/bulat
sedikit daun parsley

Cara-cara .

1 . Panaskan minyak dan masuk kan bawang putih sehingga nak bau wangi.
2 . Masuk kan isi ayam dan masak sehingga berubah warna.
3 . Kemudian masuk kan serbuk blackpepper , sos tiram , sos blackpepper dan kicap manis.
4 . Kemudian masukkan bawang besar dan daun parsley.
5 . Kacau kacau sehingga parsley tu lau sikit tutup api siap dihidangkan.

Siappp senang je kan. Simple tapi sedap...boleh lah cuba masak untuk lunch karang kan :P

p/s : isi ayam tu semua tu Dik An maen campak2 je . Kalau terasa masin adjust2 letak gula sikit ke hehe . 

Selamat Mencuba !!! :)

Rezeki Cuti Sem

 


Alhamdulillah sepanjang balik cuti sem dari hari selasa haritu non-stop Dik An wat lasagna....ada ja orang order...adalah income sikit kan Dik An dapat , boleh buat beli tiket flight huhu .

Alhamdulillah rezeki kan . Time macam ni lah dapat buat pun . Dik An buat suka suka , sebab suka buat suka masak lagi suka kalau orang tu repeat order...

Jadi Dik An rasa cuti sem Dik An ni keja wat lasagna je haha . Ok lah tu kan dari makan tido makan tido je kan ? Ada sesapa nak order ? meh sini meh ? :P