Sunday, 22 November 2015

Sup Cendawan Alaa Pizza Hut

 


Salam hujung minggu. Hujung2 minggu ni buat apa je . Dik An macam biasa weekend lah time nak mendobi nak mengemas semua hehe . Harini nak share dengan korang resepi Sup Cendawan ala Pizza Hut. Even dah ramai yang dah tahu takpe Dik An nak pahatkan resepi ni kat sini. Nak buat pastu lupa resepi boleh refer sini je kan :)

Dulu pernah buat sekali masa cuti sem kat rumah haritu. Siap sempat buat video kat IG lagi. Sapa follow Dik An kat IG tahulah kan yang IG Dik An penuh gambar makanan je kan hehiks. Tapi video dah di delete sebab Dik An sekarang ni tengah delete gambar2 yang nampak kaki , nampak kaki kawan ke kan lepastu tah macamner terdelete sekali video tu. Wuwuwu sedih. Takpe nanti buat video baru :D


Nampak kurang menarik siket sebab masak pun guna rice cooker je , blender takde nak kasi hancur tepung , daun parsley pun takde tapi takpe rasa tetap sama je . Housemates pun cakap sedap , alhamdulillah :) , jom kita usha resepi dia..

Resepi Sup Cendawan 

200 ml air
450 ml susu ( Dik An guna low fat)
1 tin cendawan di potong nipis
2 kiub pati ayam
garam secukup rasa
blackpepper secukup rasa
1 cawan tepung gandum ( Dik An bancuh dengan air dulu)

Cara - cara :

1 . Masukkan susu dan air sehingga mendidih.

2. Bila dah mendidih , masukkan kiub pati ayam dan cendawan.

3. Masuk kan garam dan blackpepper dan tepung gandum.

4. Biar sehingga mendidih dan pekat dan SIAPPP !

Haaa mudah je kan . Kalau kat umah Dik An bahagikan cendawan kepada dua bahagian , half potong nipis , half lagi blend dengan tepung gandum . Baru terasa siket kan. Tapi kat U ni nak cari mana blender buat ala kadar je...korang boleh lah buat jugak sebab bahan dia pun senang dan tak mahal sangat :)

Selamat mencuba dan enjoy your reading :D


4 comments:

  1. nanti boleh cuba try test,, haha ~

    ReplyDelete
  2. Thnks dik an..Lya blh try buat ni nmpk mudah..slalu bli jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome hehe...memang mudah lya...cuba lah hehe...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.