Friday, 7 August 2015

Kak Sue Mee Kuah Tulang @ Kak Sue Station

 

Harini Dik An nak share dengan korang satu tempat makan yang best . Tapi benda ni terjadi masa Dik An cuti midsem April lalu . Tapi takpelah tempat best harus lah dikongsi ye dak ? Orang orang Nibong Tebal ke , Parit Buntar ke , Bukit Minyak dan Kulim mesti pernah dengar kot Kak Sue Mee Kuah Tulang ataupun Kak Sue Station .

Kak Sue Station tu merupakan nama kedai tersebut , manakala di fb nya pula ialah Kak Sue Mee Kuah Tulang . Location ? Kak Sue Station terletak di Bukit Minyak dimana lokasi dia di Astaka betol betol berhadapan dengan Aeon Big dan Kak Sue Station ni ada buka cawangan juga dekat Kulim . Kalau dekat Kulim berhadapan dengan Nasi Kandar Pelita . 

Apa yang special ?

 

Inilah yang specialnya . Mee Kuah Tulang . Sedap sesangat . Memang recommended sangat lah sapa yang nak g makan . Sure tak nyesal . Paling sedap bila sedut straw tu hekhek . Harga dia pula mengikut saiz tulang or gear box tu . Macam Dik An punya ni 12 hengget . 

 

Selain Mee Kuah Tulang Special tu , terdapat juga Nasi Ayam Madu Bijan , Sizzling Hot Plate dan juga bihun , mee and kotiaw sup . Harga dia semua sangatlah berpatutan . Sizzling dia pun sangat lah sedap .

 

Nampak tak betapa kusyuk nya muka cousin Dik An menyedut lemak lemak dalam gear box tu . Memang sedap lah . In shaa Allah sebelum balik Labuan ni nak g makan lagi kat sini . Korang yang duduk area area Parit Buntar ke Nibong Tebal ke Jawi ke Kulim dan Bukit Minyak boleh lah merasai keenakan makanan di Kak Sue Station ni . Kak Sue Station ni beroperasi petang hingga malam , so kalau nak g boleh lah g pukul 6 macam tu . 



10 comments:

  1. tu dia dlm mee ada gear box.. terbaik la..

    ReplyDelete
  2. Vavavavah...dapnyer nampak...yummeh....

    ReplyDelete
  3. dlu masa dok Bukit Minyak.. astaka tu x bukak lagi.. skrang je da maju kemain tempat tu..
    dlu macam zombi land.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dah maju dah tempat tu hehe...kat kulim pun ada cawangan dia ni hehe

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.