Sunday, 26 July 2015

Beraya Di Seoul Garden



Salam 10 syawal . Raya sakan Dik An sampai tak update blog . Sekali update terus hilang tak muncul muncul kan . Inilah jadinya bila dah lama tak update , rasa malas je kan . 

Syawal ke 4 haritu Dik An sempat pergi beraya dekat tempat makan yang fofular tuh . Seoul Garden . Actually teringin nak makan Seoul Garden ni memang dah lama gila . Tapi kadang tu takde geng , lepastu belajar kat Labuan pulak mana ada Seoul Garden bagai ni . 

Pastu raya ke 4 tu pergilah kami berlima , kakak , Dik An , adik and amani dengan Aryan . Kitaorg pergi dekat Autocity , Juru je . Kakak kata kang g Queensbay mesti melayang duit lagi nak beli itu ini haha .

 

Ni harga bayaran untuk seorang . Kanak kanak kalau lebih 90 cm kena bayar . Macam Aryan even baru 4 tahun just makan aiskrim and nasi goreng je sebab tggi dia lebih 90 cm kena lah bayar . Masa kitaorg pergi pukul 4 , so cashier tu cakap nak amik lunch ke dinner ? Bila Dik An cakap apa beza , dia cakap lunch until 5 pm , lepas tu you kena stop makan . So kitaorg pun decide amik dinner lah .

Harga dia untuk setiap outlets berbeza . Dik An baru tahu bila search dekat Seoul Garden (pricing ) . Mengapa dan kenapa tidak lah Dik An tahu haha . 

 

Nah makan puas puas . Tapi memang puas lah makan . Habis je Dik An ulang ulang amik . Masa nak amik makanan terus jeling jeling KimChi , amiklah semangkuk nak rasa , hmm not bad lah even dok paksa anak tekak telan bahahah . Kat situ dia ada tulis setiap 100gm yang kita amik tu tak habis means kita tak masak dia lagi akan dikenakan charge . So, kitaorang amik sikit sikit je dulu .

 

Tersandar kekenyangan . Hmm nak amik gambar banyak banyak pun takut sebab pekerja dia dok usha2 haha . 

 

Lastly with Amani , tak lama lagi dia lagi tinggi dari Cik Baby dia lah huhu...Huwaaa dalam gambau ni nampak gemuk , duduk Labuan lost 7 kg , balik rumah ni faham2 jelah kan haha :'D , conclusion nya memang puas hati lah makan Seoul Garden ni , lepasni boleh cuba Johny pulak :)




11 comments:

  1. haritu raya ke 8 beraya di Seoul Garden cuma takdak kuih raya jee hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lebih dari kuih hado kat situ kenn hehe :)

      Delete
  2. Wahh dik an Lyn menu Korea erkk hhehe, slmt ari raya buat dik an..lma benar x dtg jenguk cne

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sekali sekala berkorea hehe...selamat hari raya lya :)

      Delete
  3. Hi kak An :-)
    gamba last ni macam kat korea pulakk hahah
    A ah dekat seoul garden pekerja dia duk usya usya takut kita tapau bawak balik rumah haha .. aliah pernah gak tapau bawak balik.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai aliah :)
      wah pernah tapau ek . akak takut nak tapau hehe...

      Delete
  4. Jom Singgah Blog Saya

    Koleksi Resepi emak
    http://koleksiresepiemak.blogspot.com/

    Info Muzik Terbaru
    http://muzikmp3terbaru.blogspot.com/

    Info Filem Terkini
    http://filemhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Belum terlambat untuk akak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin dari akak yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak. Selamat Har Raya Maaf zahir Batin dari Dik An jugak ye kak :)

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.