Monday, 27 April 2015

Resepi Spaghetti Aglio Olio

 


Since dah lama tak hapdet resepi meh lah Dik An nak share Resepi Spaghetti Aglio Olio yang super duper sedap ni . Ewah masuk bakul angkat sendiri :P
Resepi ni Dik An wat masa cuti sem sebulan January haritu tapi sekarang baru nak hapdet haha . Biasalah tak studeng ah kalau tak sibuk kan :p 



Aummm lapar pulak tetiba . Jom Dik An share resepi .

Resepi Spaghetti Aglio Olio 

Bahan - Bahan :

Spaghetti ( Dik An guna half packet )
Butter ( satu sudu )
Udang ( 15- 20 ekor )
Sotong ( 5-8 ekor)
Kepah ( 500 gm )
Capsicum ( guna je semua warna tp time ni merah takde , potong dadu )
Bawang putih ( 5 ulas , didadukan )
Chili flakes ( 3 sudu , suka pedas masuk lebih )
Serbuk lada hitam
Serbuk Oregano
Serbuk Parsley
Minyak zaitun 
Garam dan gula jika perlu

Cara - Cara
  • Rebus spaghetti dan selepas ditoskan , kacau spaghetti dengan sesudu butter.
  • Panaskan minyak zaitun , dan masuk kan bawang putih .
  • Lepas dah bau wangi bawang putih tu , masuk kan udang , sotong dan kepah .
  • Setelah segala seafood dah tukar warna maka , masuk kan chili flakes , serbuk lada hitam , serbuk oregano dan juga parsley.
  • Kacau sebati rasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  • Bila rasa semua dah ok , masuk kan spaghetti gaulkan sebati dan lastly masuk kan capsicum . Siapppppp ! 
Siap . Senang je kan . Masa Dik An masak ni Dik An maen campak campak je . Balik cuti nanti nak buat lagii but this time kena avoid sotong . Tetiba alergic sotong T_T . Selamat mencuba semua :)

4 comments:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.