Tuesday, 20 January 2015

RESEPI : Ayam Blackppper with Parsley

 




Sejak sejak masuk U ni dah lama tak maen masak masak dan share resepi kat sini. Jadi dah balik cuti sebulan ni , kena lah maen masak masak takut hilang bakat yang hado hahaha :P

Kat insta dari hari Jumaat dah post , tapi kat sini ni haa baru harini rajin nak hapdet resepi...jadi meh kita tengok resepi yang simple dan ringkas tapi sedap :)

RESEPI : AYAM BLACKPEPPER with PARSLEY

Bahan-bahan :

Isi ayam 
2 ulang bawang putih ditumbuk 
1 sudu sos blackpepper
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk blackpepper
1 biji bawang besar dipotong nipis/bulat
sedikit daun parsley

Cara-cara .

1 . Panaskan minyak dan masuk kan bawang putih sehingga nak bau wangi.
2 . Masuk kan isi ayam dan masak sehingga berubah warna.
3 . Kemudian masuk kan serbuk blackpepper , sos tiram , sos blackpepper dan kicap manis.
4 . Kemudian masukkan bawang besar dan daun parsley.
5 . Kacau kacau sehingga parsley tu lau sikit tutup api siap dihidangkan.

Siappp senang je kan. Simple tapi sedap...boleh lah cuba masak untuk lunch karang kan :P

p/s : isi ayam tu semua tu Dik An maen campak2 je . Kalau terasa masin adjust2 letak gula sikit ke hehe . 

Selamat Mencuba !!! :)

10 comments:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.