Sunday, 30 November 2014

Kenapa Dik An pilih MAS ?

 


''wuuu orang kaya boleh lah naik MAS''
'' pergh naik MAS , berlagak lah tu ''


Dik An ni tak kaya apatah lagi nak berlagak . Kenapa asal naik MAS je orang cakap , kaya berlagak bagai tu ehh . Sentap hati Dik An tau . Setiap orang ada diorang punya favourite dan pendirian . Macam Dik An ada sebab kenapa Dik An amik MAS kenapa bukan Air Asia .

 Ok memula bagi Dik An kalau dari segi tiket bagi Dik An lah kan , Dik An rasa sama je . Beza pun dalam 20-30 hengget cam gitu . Tapi kita kena pandai cari tiket lah , means , kalau tengok harga tu mahal tggu dari semasa ke semasa sebab biasanya dia akan turun , walaupun tak bnyak sikit jadi lah .

Kedua dari segi masa . Ok kalau Air Asia kat Labuan ni timing dia ada pagi je dan MAS  bnyak pilihan masa dia .

 Ketiga dari segi charge tersembunyi , orang kata Air Asia ni banyak charge tersembunyi , erk betol ke ? Yelah tertera harga tiket dalam 190 , lepastu klik bagasi , klik sana , klik sini haaa dah jadi 2++ . sebab tu Dik An kata tak bnyak beza harga dengan MAS . MAS kalau tertulis 211 kita perlu tambah harga tax and insurance tu je , kalau nak pilih seat tambah lagi soploh hengget .

Lepastu pulak kalau macam Dik An ni nak balik Penang . Kalau Air Asia Dik An kena book dua tiket means , Labuan KL , KL Penang . Dan harga pun dah jadi mahal kan ? MAS pulak , Labuan - Penang . Memang akan transit kejap kat KL tapi MAS ni semua bagasi diorang yg uruskan . Kalau Air Asia Dik An kena check in semula bagai kan .

Seterusnya , benda paling Dik An suka makan haha . Macam MAS service makan tu memang ada kira charge sekali dalam tiket , kalau Air Asia kita kena beli kan ? Even naik MAS KL - Penang yang 45 minit tu pun diorang still kasi orange or apple juice and kekacang wat kudap2 . 

Lepastu MAS ada skrin kat tempat duduk tu so boleh lah layan movie , dua jam atas flight bosan oii layan movie lah jawabnya . Dan yang seterusnya mama cakap , biar mahal asal kita selesa dan menyudahkan kita .

Maksud mama , berbaloi lah bayar mahal tapi layanan dia okey dan menyudahkan maksud mama dari segi bagasi tu . Kalau Dik An naik Air Asia Dik An kena kuar g arrival hall amik bagasi then nanti check in semula untuk flight ke Penang tu kan .

So sebab tu lah Dik An amik MAS . Bab keselematan in shaa Allah yakin lah pada Allah . Doa banyak2 je masa kat atas awan tu :)


Monday, 3 November 2014

Homestay Manzil Muaqat , Sepang

 
Harini free sikit takde kelas boleh lah nak hapdet blog kesayangan hamba ni . Kali ni Dik An nak review and share dengan korang pasal homestay . For sure lah kita kalau berjalan mesti nak dapat homestay , hotel or apa2 je yang selesa kan ? Macam family Dik An pulak kalau setiap kali bercuti or berjalan mama lebih prefer tido homestay walaupun anak dia yang sorang ni suka tergedik gedik nak tido hotel haha .

Mama cakap homestay ni senang sikit , sebab ada washing machine ( mama kalau berjalan dengan Dynamo mama bawak tau) , boleh masak masak and besar sikit sesuai untuk kteorang yang ramai ni . Kalau hotel for sure nak kena amik 2 bilik kan . Bila homestay mama cakap senang semua sekali dalam satu umah hehe .

Dan setiap kali nak berjalan bercuti semua bagai Dik An lah yang wajib cari homestay ni tau . Even Dik An tak pegi pun , Dik An lah tukang cari nya jugak . So masa Dik An balik cuti haritu , ada cousins kawin kat Sepang and esok nya terus naik flight balik Labuan dekat KLIA , so mama pun suruh lah cari homestay area Sepang tu .

Cari punya cari terjumpa lah satu homestay ni . Serious puas hati . Dik An review and share ni pun sebab Dik An puas hati sesangat . Boleh lah lepas ni korang pun mana tahu tetiba ada hal kat sana boleh lah amik homestay ni .

 
ni contact number and alamat homestay . Manzil Muaqat . Jom kita lihat isi rumah and maap sebab gambar banyak goyang , semua gambar dari Mirul sepupu Dik An sbb mintak tolong dia amik kunci so dia masuk jelajah dulu . Dia sendiri cakap puah hati gilaa ! Haha .

 
Luar rumah . Luar umah pun dah cantik dalam macam mana lah kan . Lepastu pulak owner ada tanam pokok pokok bunga lagi lah cantik dan sejuk je mata memandang kan :)

 
ruang tamu . Ruang tamu dia besar and ada dua sofa bed , so kalau datang ramai ramai tak muat bilik , boleh lah tido atas sofa bed ni hehe .

 
sofa bed kedua dan meja makan . 

 
dapur complete dengan peti sejuk , heater , microwave , dapur .

 
ruang tamu atas ada tv jugak lepastu ada iron and iron board . Kat ruang tamu bawah pun ada jugak iron and iron board . 

 
master bedroom . ya Allah besaunya lahai tengok tu siap ada dua katil queen ! 

 
bilik tido kedua . 

 
bilik tido ketiga . 

Bagi Dik An dengan famili serious puas hati sesangat + owner dia ada sediakan setiap bilik surah Yassin dan Al Mathurat dan kat ruang tamu bawah banyak lagi buku buku berkaitan dengan agama . Even takde washing machine and air cond mama tetap kasi 5/5 . Sebab malam sejuk so takde air cond pun takpe hehe .

So sesapa lepas ni boleh lah tido kat homestay ni . Dik An recomended and suggested sesangat tau . Harga untuk semalam 250 hengget . For famili Dik An harga tu kira okey dan berpatutan dah :)







Saturday, 1 November 2014

1st Segmen : Blogwalking bersama sama by Khairunnisa Hassan

 




 

Nak join boleh terjah SINI :)

Selamat Datang November !

 



Alhamdulillah Oktober dah melabuhkan tirai dan datang pulak bulan baru . Selamat Datang November . Masuk November bermakna dah dua bulan Dik An hidup dekat UMS Kampus Antarabangsa Labuan ni . Kejap je masa tu berlalu kan ? Nanti pejam celik pejam celik *sambil terkebil2 mata* dah masuk Disember , dah nak exam ! Takutttt !

Berakhirnya Oktober semalam berakhirnya jugak segala test . Tinggal nak kena submit segala assignment je bulan November ni . Kepala dah mula rasa berat hoi memikirkan assignment yang kena submit memikirkan dah nak exam dan memikirkan tiket flight tak book lagi untuk balik bulan Januari nanti ! 

Haha kemahen tiket flight yang Dik An fikir kan . Harapan Dik An lepas ni rajin lah usha usha blog ni dan Dik An mintak maaf sesangat sebab tak sempat nak blogwalking . In shaa Allah harini dengan esok Dik An free sikit Dik An blogwalking blog korang ya ! 

Salam sayang - Dik An-