Tuesday, 28 October 2014

Jelly Bunny Shoes

 
Kembali bersiaran walaupun test dan assignment bertingket tingket menanti . Test minggu ni dan all assignments kena submit next week . Releaste tension kasi bukak ini blog , tak kan nak biar bersawang je ye dok ? 

Entry ni nak ceghita pasai Jelly Bunny Shoes ? Hampa semua pernah dengaq dak ? Haritu sebelum balik cuti Dik An memang dah berazam nak beli Jelly Bunny Shoes ni . Bukan apa simple je kan sesuai bawak pakai untuk ke kelas .

Jadi balik haritu memang azam tercapai lah kan dapat lah beli dua pasang kasut dia . Dik An beli kat Queensbay Mall Penang , Level 1 . Masuk kedia dia Ya Allah wangiii . Bau candy gituu . 


 

Acah acah nak jadi princess -.- . Serious wangi gila kasut ni tau , rasa macam nak makan je haha . 

 

Ni sepasang lagi . Pun wangi . 

Kalau korang pakai stokin , bau dia akan melekat kat stokin korang tau . Bau candy gituuu. Tak sakit kaki bila pakai . Harga Dik An lupa tapi both ni dalam 90 hengget lebih lah . Range dia start dari 29.90...

Kalau ikut hati nak je beli banyak pasang tapi sayang duit haha . Ada rezeki lebih nanti boleh beli lagi . Kat KLIA2 pun ada Jelly Bunny Shoes ni :)


Thursday, 16 October 2014

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

View from Tingkat 11

 




 

Tadi Dik An ada nak kena submit latihan math . So pegi lah menara naik ke tingkat 11 . Sampai2 je terus nampak view yang macam dalam gambar tu . Ya Allah cantik sangat-sangat . So inilah view dari tingkat 11 Menara UMSKAL . UMSKAL stand for Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan .

Sampai tingkat 11 bukan sibuk nak hantar asignment tapi terus jalan laju2 pegi tepi tingkap tangkap gambar hehe . Buruk betol perangai -.-

Tuesday, 14 October 2014

Pisang Cheese



Baru baru ni tengok makcik cafe ada jual pisang goreng ke goreng pisang ? Haha marah cikgu bm dan jugak ayah Dik An . Ayah guru pakar BM tapi anak dia kelaut haha . Maap dan ampun dipinta ayah. Back to the story , Dik An tengok makcik ni jual Pisang Cheese sekali . Dah lama tahu kewujudan pisang ni tapi kat area umah Dik An macam takde yang jual , nak buat tak tahu cara dan gaya .


 

Maka Dik An pun beli lah Pisang Cheese ni . Bila tengok makcik ni buat laaa senang yang amat rupanya . Pisang , letak susu pekat , letak milo letak lah cheese yang disagat . Dalam gambar tu cheese tak nampak sebab naik bilik sakan Dik An tabur milo lagi haha .

Satu bekas tu tiga hengget , sekali sekala best jugak makan . Balik nanti nak ajak mama buat hehiks . Lepastu kat sini jugak Dik An makan pisang goreng letak sos ataupun cicah sos. First time ni haha , sedap !!!  Boleh try ni kat umah . Selama ni pernah makan pisang goreng cicah sambal kicap je !





Nasi Ayam Lalapan

 



Tadi blogwalking blog AshaLya tentang entry lya makan nasi lalap. 
Baru Dik An teringat yang hujung september Dik An ada outing ke UK , Ujana Kewangan...masa outing tu Dik An makan Nasi Ayam Lalapan . Apa tu Nasi Ayam Lalapan ? Dik An pun first time dengar nama dan first time jugak makan . Moh tengok gambar nya.


 

Ini lah Nasi Ayam Lalapan . Nasi putih dihidangkan bersama ayam goreng garing , tempe , serta ulam ulaman berserta sambal belacan , limau dan jugak sup kosong . Alaaa2 makan masakan kampung gituu. Harga satu set 9 hengget . Hmm kat Labuan ni makanan memang mahal2 sikit :)

Sedap jugak tapi portion ulam ulaman dia banyak gila . Kalau tahu share 3 orang je . Ni semua sorang satu sudahnya ulam ulaman dibiarkan tak habis....sayang pulak membazirkan. Balik umah boleh buat ni sebab simple je kan . Sambal belacan tu yang penting hehe.

Owh ya , selain Nasi Ayam Lalapan , terdapat Nasi Udang Lalapan dan jugak Nasi Ikan Lalapan . Sama je cuma tukarkan ayam kepada udang atau ikan je hehe...

Tak sabar Dik An nak balik umah sebab nak menikmati makanan dekat umah sepuas puas hati . Habis lah berat yang menurun kian bertambah lah jawabnya . Haha :P

Sunday, 12 October 2014

Menu Lunch : Maggi Tomyam + Seaweed

 




 

Sejak masuk universiti ni dah lama Dik An tak post gambaq makanan ataupun hapdet resepi kann. Rindu semua tu tau T__T . Jadi tadi dah decide dengan kengkawan nak makan lepas balik kelas pukul 7 karang .
Ye harini hari ahad dan Dik An hado kelas . Kelas ganti . 

Jadi memandang perut berdongdang sayang , rasa nak masak maggi pulak , lagi lagi terpandang seaweed yang rangup tu kan. Nak masak then campur seaweed dalam maggi .

Maka itulah menu lunch Dik An , rasa dia boleh tahan , biasa2 je...alhamdulillah dah kenyang dah...perut dah kenyang boleh lah nak print out nota kuliah untuk minggu ni dan tggu kelas pukul 4 petang karang.

Selamat berhujung minggu semua ! :)

Friday, 10 October 2014

Nuffnang Murah Hati Kasi 9 CPUV on going !

 




 
Bila bukak blog tengok ramai kengkawan blog hapdet yang dapat CPUV on going serentak banyak gila . Ehh tak boleh jadi ni , nak jugak check sendiri punya haha...check check alhamdulillah...merasa jugak macam kengkawan laen merasa . Ada 9 CPUV yang on going . Alhamdulillah . Terima kasih NUFFNANG !

Tapi benaunya macam pelik sikit tau sebab selama ni bukak takde pulak bnyak mcm ni tau...yang Proton tu sebelum ni takde , tapi tetiba ada...takpe , anggap je NUFFNANG buat kenduri untuk semua haha :P

Alhamdulillah terima kasih untuk korang jugak sebab sudi klik klik iklan Dik An tu . Hmmm harapnya bertambah lah tabung tiket flight Dik An tu kan . Hehiks !

Monday, 6 October 2014

CPUV KETIGA OCTOBER

 



 

Alhamdulillah dapat CPUV yang kedua dan ketiga di bulan October . 
CPUV bertarikh 3 Oct from Kasi App Campaign dan harini punya dari SME Micro Finance . Terima kasih Nuffnang sebab sudi kasi CPUV kat Dik An .

Terima kasih jugak buat pembaca setia blog Dik An dan yang setia klik klik iklan Dik An kat tepi atas dan bawah tu haha . Sayang korang . 

Moga tabung tiket flight Dik An untuk tiket flight akan akan datang . Terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan . Alhamdulillah :)

Saturday, 4 October 2014

Liebster Awards Part 4

 


Sambil layan perasaan sambil lah kita buat liebster award ni . Ingatkan dah takde dah rupanya masih ada yang sudi tagged Dik An hehe . Trima kasih pada Athirah sebab sudi tag Dik An . Moh lah lihat soklan Athirah dan jawapan Dik An yang sambil taip sambi syahdu tak dapat balik raya . Haha .


1 . Nama yang mak abah tok nenek bagi kat kamu ?

Nor Farihan Binti Ayob 

2 . Hostel atau rumah sewa ?

Hostel sebab save budget haha . Lepastu dekat nak ke kuliah :P .

3 . Lecturer paling garang and paling straight adalah orang yang paling kita geruni. Pastilah, kan? Kalau aku, Bila lect ni speaking arab tanpa putus dan wajib dengar cakap dia lepas tu kena hafal setiap satu hari satu mukasurat surah al Baqarah lepas tu hanya dapat 1 markah 1 mukasurat lepas tu suka tengking tengking students adalah sikap lect yang paling aku berhati hati setakat ni. Korang pulak mcm mana?

Dekat UMS ni takde lagi lah lect paling garang lagipun baru sem 1 kan . Tapi kat poli dulu lect paling Dik An takut lect Taxation . Ya Allah setiap kali nak g kelas dia memang terketar sebab dia garang , tegas dan suka panggil wat kat depan . Lepastu akan tanya macam mana dapat jawapan tu sampai lah jawapan kita betol . Ehh rindu pulak hehiks !

4 . 5 habit korang tak dapat dielakkan

1 . suka menangis
2 . kuat makan
3. kalau tak suka seseorang , akan tak suka selamanya
4 . sebelum tido goyang kaki
5 . suka beli dan kumpul handbag !

5 . Korang pernah join street dakwah ?

tak pernah tapi teringin nak join

6 . Siapa orang yang paling korang ingat dalam hati selain ibubapa dan keluarga ? Kenapa ?

Hmmm someone special maybe and kengkawan . Sebab diorang ni yang selalu ada di saat susah dan senang Dik An . and ALLAH . Sebab Allah lebih mengehtahui setiap apa yang berlaku .

7 . Memori manis yang paling tak dapat dilupakan .

Hmm bagi Dik An apa yang manis apabila dapat kumpul sesama family .

8 . Jenis suppliment yang korang suka atau gunakan ? Berkesan atau tak ? Kelebihan ?

Hmmm tak amik apa2 suppliment :)

9 . Chocolates atau ice cream ?

I choose both :)

10 . Apa yang paling idamkan dalam hidup ? Kereta mewah ? Keluarga bahagia ? Rumah besar ? Kenapa ?

Apa yang Dik An idamkan adalah sebuah keluagra yang bahagia . Kereta yang diimpikan sejak lama adalah Honda Accord tapi apa2 pun biarlah family come first :)

11 . Pendapat anda tentang kawin muda ?

Alhamdulillah sejujurnya Dik An suka tengok orang yang kawin muda ni sebab kawin muda ni dapat mengelak berlakunya maksiat . Kawin muda ni elok sebenarnya daripada couple2 ni . Dik An pun kalau boleh nak kawin muda , muda ke 23 tahun ni haha tp biarlah semuanya Allah yang tentukan sebab perancangan Allah adalah yang terbaik . Doakan Dik An :)