Monday, 29 September 2014

CPUV SENHENG

 


 
Walaupun sekarang dah jarang hapdet blog , tapi Alhamdulillah masih dapat CPUV lagi . Terima kasih NUFFNANG dan SenHeng sebab sudi kasi CPUV dekat blog Dik An ni . Kasi lah lagi lepas ni haha . Sesapa yang nampak iklan bersiaran langsung sudi2 kan lah klik iklan tu , boleh tambah duit tiket flight Dik An kan ?huhu...

Terima kasih jugak untuk korang yang selalu datang singgah blog ni , selalu klik2 iklan kan . Terima kasih daun keladi , klik lah lagi kalau sudi :P

Sunday, 28 September 2014

Liebster Award Part 3

 
Since Dik An terlampau jujur suka menjawab soalan soalan cam gini maka Dik An kena tag lagi . Nak tahu dengan sapa ? Baru semalam Dik An kena tag dengan beliau , harini Dik An kena lagi dengan orang yang sama wey ! Haha .

Orangnya tak laen tak bukan adalah Mama Ka0ri . Akak kasi cukup 3 tag baru afdal kak haha :P . Kali ni soklan hmm mencabar minda sikit nih nak pikir huhu . Moh kita jawab soklan akak shila ni ehh .

 1. Sejak bila anda berblogging ?

Dik An mula buat blog mulanya pada tahun 2011 , lepastu Dik An menyepi tak hapdet walau sepatah pun sebab Dik An tak reti apa2 . Lepastu Dik An mula hapdet since FEB 2012 sampailah sekarang ni :)

2 . Apa nama blog anda ?

Dik An's Story . Kalau link pulak coratcoretsibudaktembam.blogspot.com .

3 . Kenapa anda berikan nama anda dengan nama tersebut ?

Kenapa ehh ? Kalau link tu coratcoretsibudaktembam tu sebab dekat blog ni lah Dik An membuat membebel dan mencoret macam macam kan , budak tembam terhasil sebab someone yang rapat dengan Dik An always call me TEMBAM T_T , kalau untuk Dik An's Story pulak sebab blog ni merupakan segala cerita yang hasil penulisan dia dari Dik An dan cerita cerita dalam ni semua berkisahkan Dik An . Owh ya nama Dik An tu makcik2 kat kawasan taman ni yang panggil camtuu :)

4 . Siapa idola anda dalam bidang blogging ?

Sejujurnya waktu memula berblogging Dik An hanya kenal kak Ana Suzana sebab selalu cilok resepi kat blog dia . Kira pas baca blog kak Ana buat Dik An nak berblog nih...lepastu baru lah Dik An kenal blogger terkenal femes yang laen macam Irine Nadia , Yuyu Zulaikha , Fatin Liyana , Abg Ben dan lenlaen lagi .

5 . Apa yang menyebabkan anda terus blogging sampai sekarang ?

Sebab Dik An suka . Dah jadi hobi pulak sekarang ni hehe . Lagi satu sebab dapat share resepi dengan korang haha...lepas tu sayang dengan ikatan silaturahim yang terbina dengan kengkawan blog .

6 . Kalau tidak berblogging apa yang anda akan buat ?

Hmm susah nieh nak jawab . Tido . Study . G kelas . Kalau kat umah pulak melayan anak sedara , jadi baby sitter :)

7 . Berikan tiga sebab kenapa orang perlu terjah masuk blog anda ?

Blog Dik An ni blog biasa je , tak famous amous pun ada ke orang nak masuk ? Haha .

1 . Sebab Dik An suka share resepi
2 . Sebab Dik An rasa blog ni kiut miut *masuk bakul angkat sendiri*
3 . Sebab gaya penulisan Dik An yang gila gila mungkin ?
4 . Sebab nya terpulang pada korang yang suka baca blog Dik An . Dik An pu  nak tahu ada apa dengan blog Dik An ni eh ?

8 . Apa pendapat anda melalui blog Mama Kaori ?

Blog Mama ataupun kak shila bagi Dik An okey je , walaupun blog personal tp gaya penulisan akak santai je buat kadang tu Dik An suka senyum sorang sorang...lepastu nak masuk blog akak kejap je tak payah tunggu loading lelama pun hehe...

Kak Shila maaf eh lambat wat sebab mood kelaut haha :P

Wednesday, 24 September 2014

Liebster Award Part 2

 



Di sebabkan semalam dengan gahnya menulis kalau ada sesapa yang nak tag Dik An , i iz okey je , haaa ambik terus kena tag dengan Kak Shila @ Mama Ka0ri nih tau . Haha nyesal gila tulis ayat tu semalam haha .

Tapi seghonok jugak benda benda macam ni . Tanpa buang masa meh lah tengok soklan Kak Shila dan jawapan Dik An...nasib 4 soklan yang simple je hehe...tp jenuh nak flashback dengan merenung masa depan haha...


1. Berapa umur anda sekarang ?

Harini tepat 23 tahun 1 bulan . Alhamdulillah dah 23 tahun hidup kat bumi Allah ni :)

2. Siapa anda 5 tahun sebelum itu ?

5 tahun sebelum tu umur Dik An 18 tahun . Time tu tunggu result SPM lepastu sambung form 6 . Tp sempat habiskan lower six je , upper six umur 19 Dik An masuk politeknik . Bila pikir balik nyesal pon hado tak habiskan form 6 . sudahlah nak nasik dah jadi bubur . tsk tsk tsk *lap air mata*

3 . Siapa agaknya anda 5 tahun selepas itu ?

5 tahun selepas itu kira sekarang lah kan ? Sekarang Alhamdulillah tngah sambung study dekat UMS kos kewangan islam. Doakan Dik An berjaya ye :)

4 . Apa yang anda impikan untuk 10 tahun akan datang ?

Haaa bab ni suka nak jawab ni . Dik An kan suka berangan haha . 10 tahun akan datang apa yang Dik An impikan Dik An dah bekerjaya , dah ada famili sendiri means dah kawin dah ada anak ...ada kereta dan rumah yang Dik An impikan keta Honda Accord , balas jasa mak ayah...bawak diorang g Makkah dan in shaa Allah Dik An 10 tahun akan datang Dik An akan pastikan Dik An ada sebuah bakery cafe...ada sesapa nak jadi bisnes partner ? wakakaka.

Tujelah jawapan ikhlas dari hati yang tulus lagi suci ini . Dik An tak tag sesapa sebab tak tahu nak tag sapa . Err ada sesapa nak Dik An lagi ? Suka pulak jawab soklan2 ni hikhik :P


WW : Sunset From Labuan

 



 

SubhanaAllah cantik dan indahnya ciptaan Allah kan ? Ni kalau dapat tengok dengan insan tersayang lagi best haha . behave Dik An , behave :P

Tuesday, 23 September 2014

Liebster Awards

 



Mekasih untuk adik kite Ana yang kiut lagi miut sebab tag akak . Hado jugak benda boleh buat entry . Dan mekasih lagi sekali sebab kasi soklan yang senang , kalau ni soklan SPM confirm akak lulus dengan cemerlang ni haha :P

Meh kita tengok soklan Ana dan jawapan Dik An hehe .


1 . Berapakah umur anda ?

Umur Dik An 23 tahun . Tapi masih hado yang ingat Dik An ni baru nak hamik SPM :(

2. Masih belajar atau bekerja ?

Alhamdulillah baru je dapat sambung belajar dalam Degree in Islamic Finance dekat Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan . Sebelum ni setahun lebih kita tanam buah strawberry aje :P

3 . Kenapa anda berblog ? Adakah ia hobi ?

Pada asalnya berblog sebab suka suka gedik gedik sebab tengok orang buat blog macam best je . Tapi sekarang dah jadi hobi dah hehe :)

4. Hajat yang ingin dikecapi tapi tak pernah dapat ?

Nak kawen tp tak dapat dapat lagi . Awak jom kawen ? Haha . Hajat Dik An nak balas jasa mama dengan ayah...kalau boleh nak dapat result yang bagus untuk mama ayah every sem . Hajat seterusnya in shaa Allah nak bukak sebuah bakery cafe satu hari nanti. Ameen .

5 . Ceritakan sesuatu yang menarik tentang blog anda ?

Hmmm tak dikatakan masuk bakul angkat sendiri ke ni ? Haha . Blog Dik An ni biasa biasa je . Blog personal tp apa yang Dik An rasa menarik sebab Dik An suka share resepi . Korang yang baca entry ni boleh bgtau tak apa yang menarik blog Dik An ni ?

6 . Bagi anda , berblog membawa manfaat atau sebaliknya ?

Yang ni bergantung pada jenis dan ciri blog tersebut . Tp bagi Dik An bawa manfaat sebab Dik An dapat kenal dengan korang semua :)

7 . Ada yang tak suka dengan blog Ana ? Luahkan .

Akak suka je Ana . Sekali dengan tuan blog akak suka and akak suka baca penulisan Ana :)

8 . Apa komen anda tentang Ana ?

Ana seorang yang mudah mesra , baik , rajin , garang pun macam ada . Hmm akak cakap based on apa yang akak baca kat blog Ana , teringin nak kenal Ana , nak jumpa Ana depan2 . Ana jom dating ? :P , ehh tertinggal lagi satu . Ana ni comel tau hikhik :D

Tu jelah jawapan spontan Dik An . Dik An tak tag sesapa dah kot tapi kalau ada yang nak tag Dik An , i iz okey je hehe :)

Saturday, 13 September 2014

CPUV untuk September

 



 
Dulu dulu boleh dikatakan tetiap hari check nuffnang ni . Eh bukan nak check CPUV tapi tak check UV , kalau tak capai target boleh lah up kan satu dua entry lagi kan . Tapi alang alang dah bukak tu tangan ni mesti gatal gatal nak tekan 'earnings' tu nak tengok ada ke tak CPUV baru kann .

Tapi memandangkan sekarang dah bergelar studeng semula jadi dah tak boleh tetiap hari nak check nuffnang . Entry terkadang ada auto publish . UV tak capai target pun tak penting dah , yang penting korang yang ada sudi baca blog ni . Mekasih mekasih *tepuk tangan untuk diri sendiri*

Tadi sesaja lah nak bukak nuffnang . Nak jumlah UV terkumpul untuk mggu ni kan , lepastu kan tangan ni macam biasa g tekan earnings . Maka lantas hati mengucapkan rasa syukur sebab masih hado CPUV yang sudi bertandang walaupun bulan 9 jarang hapdet blog .

CPUV yang bertarik 10 September datang dari Mayfair Bodyline dan Sanofi Lactacyd Phase 2 , korang nampak iklang ni bersiarang langsung klik klik lah eh , boleh tampung jumlah tabung tiket flight ahaha :P . Ada jugak CPUV  bertarikh 2 september dari Xperia z2 tapi dah credited . Alaaa kejap je on going nya huhu.

Takpelah masih ada dua yang masih on going . Terima kasih Nuffnang sebab sudi kasi CPUV untuk blog ni . Terima kasih jugak pembaca blog Dik An's Story yang selalu datang baca , kasi komen dan klik2 iklan Dik An . Mekasih korang semua :)

Wednesday, 10 September 2014

Fruit King Parit Buntar

 


Harini meh Dik An nak share dengan korang semua , satu lagi location untuk korang jenjalan cari makan . Bagi penduduk sekitar Parit Buntar , Nibong Tebal , Jawi dan berdekatan dengan nya mesti pernah dengan Fruit King kan ?
Alaaaa kat rounboud jam besaq tu...

Apa tu Fruit King ? Ye Raja Buah dalam malaynya tapi korang jangan ingat dia jual buah buahan pulak , dia jual burger . Main dia burger lah tapi terdapat side dish dia lagi macam spaghetti , chicken chop , and nasi dan asam pedas . Haish lapar pulak pepagi ni . *panaskan kettle masak maggi*

Dik An pernah beli dua kali dah burger dia . Sedap dan kena dengan taste Dik An . Sesiapa yang kenal Dik An yang kuat makan ni tahu lah macam mana , even kuat makan , Dik An tetap memilih okey . Kalau tak suka , tak sedap memang Dik An akan tinggal kan wuwuwu. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitonn. Jangan ikut perangai Dik An yang satu ni ye -.-

 
Ni antara yang Dik An sukaa . Paloma Burger . Burger dia tinggi tapi sebab Dik An take away maka dia mampat dalam polistren . Paloma burger ni ayam dan daging . Di mana daging dibuat sendiri dan ayam pulak digoreng macam chicken chop tu . Sedap sangat . Bagi Dik An ni sesuatu yang baru sebab Dik An tak pernah makan lagi burger yang daging ayam dia digoreng macam chicken chop tu...makan dengan anak anak buah diorang hamek ayam daging je lepastu kentang dengan roti tinggal kat Dik An . Huwaaa korang kejam tahu . Owh ya harga dia dalam 11.90 . Berpatutan bagi Dik An . Nora kasi hempat bintang :*

Ni antara gambar yang Dik An hamek dekat facebook fruit king sendiri . 

 

Ni nama dia Y kiki burger . Tinggi nau nau kan . Isi hayam yang digoreng rangup . Harga dalam 8.90 . 

 

Tower burger . Mak aiii tergoda hati tengok keju dia tau . ni isi hayam dan daging .

 

Burger Daging :) Harga dalam range 8-10 hengget .

 

selain itu fruit king jugak menyediakan kek burger kawin . ahaha macam pelik bunyinya tapi itulah realiti tau . Nanti kawin nak macam ni jugaklah . Okey tak ? -.-

 
Ni ayaq hat paling femes kat sini . Ayaq hutan . Campura segala daun daun hijau gituu , mint2 sikit tapi sodap tau .

 
Ni hotplate namanya . Isi ayam atau daging ikut apa yang kita pilih , lepastu ci cairkan cheese dan di makan bersama telur dan kentang yang dibanjiri kuah black papper . Ala ala sizziling gituu .

 

Selain tu jugak fruit king jugak jual susu segar ni . Alaaaa old school sangat tau sebab sekarang susah nau nau nak jumpak. Dulu kecik2 selalu beli sampai 15 botol minum berebut ramai ramai . Susu ni memang peberet Dik An laa...ni kalau beli memang tak sampai 10 minit dah habis 10 botol tu ahaha. 

Haaa apa macam korang tgok Fruit King ni ? Yang nak makan nasi ada je nasi dengan asam pedas takpun kari sembilang . Dan sesapa yang friends dengan fruit king ni kat facebook , setiap kali birthday korang boleh dapat burger free tahu ! Tapi Dik An ni kan memalu kucing so malu plak nak tuntut burger free haritu haha.

Balik cuti midsem bulan 10 ni in shaa Allah kalau tiket murah , mahal pun nak balik jugak...tak kira -.- . Balik je nanti nak serbu fruit king ni . mengidam dah ni dok sini makanan takde pedas2 langsung tak kena dengan selera Dik An -.-










Tuesday, 2 September 2014

Resepi : Sambal Tumis Hati Pari

 
 

Pernah dengar hati pari ? Ikan pari Dik An tahu . First time Dik An dengar kewujudan dan makan hati pari adalah pada hari raya haritu . Famili maksu buat makan makan , ada sambal tumis hati pari . Memula taknak rasa sebab takut ahaha...Lepastu cousin Dik An cakap , Kak Eifa ni hati ayam pun tak makan apatah lagi hati pari wuwuwu . Kita geng Kak Eifa .

Lepastu tengok semua pakat pulun makan , Dik An pun try...bila try ehhh sedap. Sedap . Sedap sangat . Bila balik umah mintak mak masak kan . Tapi hati pari ni susah nak jumpa kat market . Kalau ada pun nasib je sebab kebanyakan dah ada orang booking . Dan haritu alhamdulillah ada rezeki Dik An nak makan hati pari . Jom kita tengok resepi dia :)

Resepi : Sambal Tumis Hati Pari

Hati Pari
25 tangkai cili kering dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
seinci halia dikisar
serai diketuk
serai dikisar
garam
gula

Cara-cara .

1 . Memula basuhkan hati pari dengan garam dan jugak serai yang telah dikisar .

2 . Panaskan minyak , masuk kan serai yang telah diketuk. Naik bau masuk kan cili kering , bawang merah , bawang putih dan jugak halia yang telah dikisar .

3 . Bila dah pecah minyak ,agak kering sikit perasakan bersama garam dan gula .

4 . Masuk kan hati pari . Biarkan sehingga hati pari masak.

5 . Siap untuk dihidang.

Haaa apamacam ? Simple je kan ? Masa masak jangan takut kalau hati pari ni hancur ke apa sebab dia memang lembut lembik gituu . Boleh lah korang cuba benda baru pulak kann ? Selamat mencuba !

p/s : -autopublished- segala komen akan direply selepas Dik An selesai orentasi .

Monday, 1 September 2014

Review : Mee Udang Berasap Kak Ros

 
Sapa peminat mee atau udang ? Kalau digabung kan akan menjadi lah makanan yang bernama Mee Udang ! Bagi peminat Mee Udang anda diwajibkan mencuba sesuatu yang baru . Baru baru ni sebelum berlepas ke Labuan Dik An sempat ajak famili g makan Mee Udang Berasap atau lebih dikenali sebagai Mee Berasap Kak Ros .

Location dia dekat Perak . Dekat Sungai Baru , Tanjung Piandang . Gerai tepi jalan yang betul betul berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Baru .

 

Banner + Menu . Nak apa semua ada . Yang paling special tentulah Mee Udang Berasap ! Jangan risau , kalau korang tak suka udang , ada jugak Mee Berasap Ketam , Mee Berasap Udang Lipan dan jugak Mee Berasap Sotong . Nasi Berasap pon hado .

Selain tu ada jugak Satay , pelbagai jenis nasi goreng , steamboat , laksa dan jugak Udang dan Sotong Goreng tepung . Air pulak semua jenis air ada tapi yang selalu diminta adalah Laicikang , Coklat 3 musim  dan jugak Aneka Sirap Bandung . Sebut je nak Bandung Laici , Bancung Jagung semua adaa . 

Harga dia bagi Dik An sekeluarga sangat lah berpatutan . Sesuai lah sebab seafood kan . Semua pun mesti sedia maklum harga seafood macam mana kan ? Untuk setia jenis set "berasap'' akan ada tiga choice , Biasa , Sederhana dan Banjir . Apa yan unik nya yang banjir bukan nya kuah tapi adalah seafood tersebut . wahhh best kan ?

 

Nampak tak berasap dia . Sebab tulah dipanggil Mee Berasap !

 

Haaa nampak menarik tak ? Ini Mee Udang Berasap Sederhana . Sederhana udang dia ada 6 ekor je .
Yang ni harga 7.50 je .

 

Ni Dik An punya . Mee Udang Berasap Banjir . Yang banjir bunya 9 ekor udang dan yang biasa 3 ekor udang . Alaaa sifir tiga gituuu kehkehkeh :P
Harga untuk yang banjir 10 hengget :)

 

Air pulak kitaorang hamik Three Layer Tea dan Bandung Cincau . Mee dia sedap , puas lah makan dengan udang banyak kann . Air dia yang Three Layer Tea tu kurang sikit lebih prefer kepada bandung :)

Harga dia pun boleh tahan , total 5 orang makan Mee Berasap Banjir 1 , Sederhana 3 , Nasi Goreng ikan masin 1 , sotong tepung 1 dan 5 gelas air adalah 56 hengget . Bagi Dik An okey lah harga dia . 

Korang yang datang jenjalan Penang ke Taiping ke meh lah cuba Mee Berasap Kak Ros ni . Dijamin sedap dan pernah masuk tv dah pun . Kalau korang tak tahu jalan google je . Dik An kasi 4 bintang . 1 bintang lagi Dik An simpan untuk bintang hati Dik An hehiks ! :D

p/s : auto published - segala comment akan direply selepas Dik An tamat Minggu Suai Kenal -