Saturday, 30 August 2014

CPUV Jacob's- Simpe Pleasures

 



 
Alhamdulillah dapat satu CPUV baru . Last dapat CPUV awal Ogos haritu .
Lepastu sunyi sepi . Lepas dah banyak credited alhamdulillah Nuffnang sudi kasi CPUV lagi .

CPUV kali ni dari Jacob's Simple Pleasures . Memang peberet Dik An biskut Jacob's ni . Buat sesapa yang nampak iklan ni bersiaran langsung jangan lah segan silu nak klik tau . Eceh benaunya Dik An yang segan silu ni nak suruh korang klik. *tutup muka*

Terima kasih korang yang selalu baca blog , kasi komen , klik iklan...terima kasih sangat . Allah je dapat balas . Terima kasih jugak Nuffnang !

p/s : Menabung nuffnang untuk ticket flight balik cuti midsem :P

Friday, 29 August 2014

7 things you should know about me - Versatile Blogger Award

 
  



Versatile Blogger Award

Syarat-syaratnya :

Thanks the nice fella who gave you this award ;)
Include a link to their blog
Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly.
Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

Seronok baca tentang The Versatile Blogger Award ni tapi tak sangka akan terjebak sekali . Kalau lah Dik An wat wat tak nampak nama Dik An kat blog Mama Kaori boleh ? Haha...jangan marah akak...nanti cepat tua tau :P
Apa apa pun thank you akak sebab sudi tag Dik An .

Hampir terlupa dah yang Mama Kaori a.k.a Kak Shila tag Dik An . Nasib tadi ada nampak blogger laen wat , terus teringat terus wat entry . Benaunya tak tau nak tulis apa je tentang diri Dik An ni . Sebab semuanya lebih kurang je hehe . Takpe2 meh Dik An bagitahu korang tentang diri Dik An .

1 . GARANG

Tudiaaa . No 1 terus letak garang . Yes Dik An ni sangat sangat garang . Dulu kalau kat hostel zaman sekolah seriously semua junior takut nak rapat dengan Dik An . Salah sikit je habis lah. Memang Dik An naik angin marah marah . Dengan anak buah pun Dik An garang . Terkadang marah ni bukan suka suka tapi bersebab . Sekarang makin meningkat umur selalu pikir alaaa napa lah aku suka memarah junior aku , padahal aku bukan ketua aspuri pun . Haha.

2 . SENSITIF

Dah garang sensitif pulak doh . Nampak je garang tapi dalam hati ada taman tau . Dik An walaupun garang tapi hati mudah terasa , tersentuh . Sikit sikit je mesti mengalir air mata . Kena marah je nanges , tak dapet apa Dik An nak pun nanges . Tapi semua ni dengan famili dan insan insan tersayang je . Dengan diorang ni automatik jadi hati tisu wuwuwu. 

3 . TAK SUKA DIPAKSA

Dik An rasa semua orang tak suka dipaksa kan . Macam Dik An , Dik An tak suka orang paksa Dik An wat sesuatu benda tu . Biarlah Dik An wat dengan hati yang ikhlas . Dik An akan wat sesuatu tu tapi kalau tetiba ada orang paksa hmm memang buat sambil membebel lah jawab dia . Contoh , Dik An nak sapu sampah tapi Dik An cakap dalam hati kejap lagi , pahtu bila ada orang paksa hmm seriously GARANG dan SENSITIF bersatu tika saat itu. Haha.

4 . SUKA MEMASAK

Di akui bahawasanya Dik An bukan lah seorang yang rajin . Tapi bila sebut bab memasak je haa order je nanti Dik An watkan . Paling terror Dik An masak adalah western dan baked a cake . Bab masak kalau tak suruh pun Dik An akan watkan . Masak ni macam terapibuat Dik An . Dan bila sedih je mesti Dik An nak masak wuwuwu.

5 . PENDIAM

Dik An jenis tak banyak cakap . Lebih suka mendengar dan berkata kata . Tapi if orang tu satu kepala dengan Dik An boleh gila gila bersama , automatik pendiam tu tercampak jauh dari diri ni . Bila pendiam ni memang susah Dik An nak tegur orang dulu . Kena orang mulakan dulu baru Dik An bukak mulut banyak cakap .

6 . LEMAH MATH

K mesti ramai tanya biar betik Dik An tak suka math ? Kata budak Dip Akaun pahtu bakal sambung Islamic Finance . Percaya lah yang Dik An ni tak suka math ni , sebab tu lemah segala math and add math . Tapi jangan maen maen , kalau Akaun Dik An suka dan boleh ikut . Tapi math . Hmmm  kena asah bakat lagi sebab lepasni akan berjumpa lagi dengan segala mak nenek tentang math .

7 . PENCINTA MAKANAN

Dah suka masak haruslah kena makan kan . Tapi Dik An ni jenis kuat makan , suka makan , suka cuba makanan baru ahaha...letak lah apa jua jenis makanan pun Dik An makan kecuali belut huhu...Dik An dan makan berpisah tiada . Kalau Dik An suka Tomyam , semua jenis kedai thai Dik An akan cuba sebab nak tahu pelbagai version dan mana lagi sedap.

Itu jelah pasal Dik An yang tak seberapa ni wuwuwuw. Hmmm nak tag sapa lah ehh ?

Nama nama yang ditag adalah Asha Lya , Cik Akak , Kak Karya Mahirah , Ana . Haaa tu jee...Dik An tak tahu nak tag sapa dah seterusnya Dik An tag sesapa yang baca ni . Wajib haha xD

Tuesday, 26 August 2014

Shopping di Watsons

 




Sapa kat sini suka shopping kat Watsons ? Yeay kita geng hehe.
Tapi selalu pegi watsons beli mask muka yang Bird Nest tu...best pakai dia ehehe...Tu je lah yang selalu Dik An beli bila g watsons tu .
 
Tadi ajak mama g shopping kat watsons . Sebab selalu kat umah Dik An guna bedak simplysiti mama punya , jadinya dah nak Labuang dah tak boleh nak share share dah . Kena lah beli laen. 
 
 
 

tediaaa lighting . silau mata semua orang haha .
Wonder Powder SimplySiti Argan . Best pakai diaa . Terus jadi cun macam Dato Siti muehehe . K tipu jaa . Sejujurnya Dik An ni tak suka pakai bedak bagai , kalau keluar umah memang natural beauty gituu , tak pakai apa pun kat muka ni . Lagi pulak muka Dik An ni sensitif , pakai bedak yang tak sesuai je , habis muka naik jerawat huhu.

Sampai lah satu hari , mama beli bedak ni , Dik An mencuba nasib pakai dengan harapan terus berubah jadi Dato Siti haha . Bila pakai terasa best je , terasa sesuai dengan muka dan bila dah kerap pakai tak naik jerawat pun ! Alhamdulillah...lagi satu dia diperkaya dengan minyak argan . Mama kata minyak argan ni memang elok lah function dia.

 

Lepas tu beli spray untuk muka . Muka ngantok , lesu terus spray . Terus jadi fresh sejuk je . Sebelum ni Dik An guna yang Bio Essence punya , tadi dah amik dah Bio Essence tu lepastu cashier tu cakap ni lagi elok , terus amik yang ni...lepas tu bila balik umah macam nyesal pulak sebab yelah dah terbiasa guna from bio essence punya memang okey kann . Takpelah kita cuba dulu yang ni. Sama je function dia dengan Bio Essence tu .

Ni lepas pakai bedak simplysiti spray benda ni wahh lagi cantik hasil muka kita hihi . Selalu Dik An lepas pakai simplysiti ni spray yang bio essence tu haaa best tau terasa ayu je muka. Muahaha masuk bakul angkut sendiri :P


Lepastu dah nak bayar dah ternampak sunblock pulak .
Ada tester , letak kat tangan ehh best . Dia cooling sunscreen tau . Lepas sapu sejuk je hehe...yang ni sesaja beli sebab kampus depan pantai , mana tau petang petang nak p amik angin pantai ke kan...haha...takdelah , saje beli sebab dulu jarang keluar umah , sekarang akan selalu kena cahaya matahari nak g kelas , aktiviti , koko bagai kan . Beli lah satu . 

Tak salah berhabis sikit untuk kecantikan muka kan ? Lagipun Dik An jarang guna barang barang makeup ni semua , ni pun beli entah pakai entah tak , yang spray tu dijamin akan selalu guna hehe...beli semua ni tadi bayar guna kad touch and go . Bayar guna touch and go, points dalam kad watson akan bertambah 5 kali ganda ! Kalau bayar cash tak dapet lah 5 kali haa hehe...

Ni je barang keperluan peribadi yang baru beli , yang laen beli kat labuan nanti . sebab yelah naik flight kan , taknak lah bawak berat2...ikut hati satu bilik ni Dik An nak bawak tau wuwuwu :P
 
 

Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme




 

Jom join ramai ramai .
Nak join boleh lah ke Sini .
Tamat pada 310814 .

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# 48 Hour Marathon.

 



 

Nak join boleh terjah SINI .
Join cepat cepat cepat tau sebab segmen ni 48 jam je .
Tamat pada 27 August 2014 12 pm.


Segmen : Mrs Mustache Bloglist

 



http://4.bp.blogspot.com/-97Uxl5plCN8/U_jJwmDcMdI/AAAAAAAACAM/ypwfPh98Kpw/s1600/SEGMENBLOGLISTCICAKTERSEPITAUGUST2104COPYRIGHT.jpg 
 
Dik An telah ditag oleh Kak KM hihi.
Mekasih akak sudi tag Dik An . 
Sesapa nak join terjah SINI .
Tamat pada 1 September .
 
Dik An tag pada semua yang baca ni wiwiwwi :') 

Saturday, 23 August 2014

Apa Itu Wang Pendahuluan Pinjaman ?

 
 


 

Pernah dengan WPP tak ? WPP tu adalah Wang Pendahuluan Pinjaman.
WPP ni akan diberi sebanyan 1500 hengget as pendahuluan kepada studeng yang dapat further study . 

Bagaimana untuk mendapatkan WPP ini ? Masa korang isi UPU tu kan ada korang kena 'tick'  Ya atau Tidak untuk menerima WPP ini . Sekiranya korang 'tick' ya maka korang akan dapat lah WPP ni .

Tapi WPP ni ada kebaikan dan keburukan jugak . Kebaikan dia adalah korang boleh lah guna duit tu dulu untuk bayar yuran ke , beli barang keperluan ke takpun buat tambang tiket flight buat yang dapat study jauh macam Dik An ni kan kat UMS or UNIMAS .

Keburukan dia pulak dah dia kasi pinjam mesti lah kena bayar balik kan ? Adat meminjam kan...kena lah pulangkan balik . Cara nak bayar balik pinjaman tu adalah dia akan tolak duit PTPTN yang kita pinjam tu setiap sem . Maybe start sem 2 3 dan 4 ataupun , sem 1, 2 dan 3...setiap sem tu dia akan tolak duit PT kita sebanyak 500 hengget . Jadi kalau kita terima WPP ni berkurang lah duit kita 500 hengget awal2 sem ni .

Tapi korang boleh je taknak terima . Nanti dia akan sampai surat dan kita ke tunaikan dekat bank . Means kalau korang tak g tunaikan kira korang tolak lah WPP ni . Dik An sendiri taknak WPP ni . Bak kata jiran Dik An , kalau kita mampu tak payah lah WPP ni .

Oppps bukan nak berlagak cakap mampu ke apakan . Tapi terpulang pada diri masing masing . Sebab Dik An pikir kang 3 sem terawal dia tolak 500 hengget . Banyak tuu . Dik An pulak dia ikut gaji mak ayah . Makin banyak gaji makin sikit lah duit PT yang dia kasi . Macam dip dulu . Jadi kang Dik An dapat sikit ke kan , jadi Dik An decide taknak terima WPP ni...

Korang yang dapat UPU boleh lah check kat SINI dapat ke tidak hehe :)



Friday, 22 August 2014

Selesai Masalah PTPTN

 
Masih ingat dengan entry Dik An semalam yang Salah Siapa tu ?
Disebabkan kecuaian pihak sana iatu pihak PT terpaksa lah Dik An g cawangan PTPTN yang terdekat untuk selesaikan masalah tersebut .
 
Nasib lah dekat Bandar Sunway Seberang Jaya ada cawangan PTPTN tu , kalau tidok drift ke Ipoh lah jawabnya . Nak pegi sana makan masa , 40-45 minit , tapi disebab kan mak ikut sekali makanya jadi 1 jam . Dik An kalau laju sikit , mula lah mak bersuara huhu...jadi slow slow je lah . Biar lambat asal selamat  kan ? Tapi selama ni biar laju asal cepat sampai je Dik An ni haha...
 
G sana , alhamdulillah orang tak ramai...masuk amik nombor kejap dah dipanggil . Duduk pulak kat kaunter tak sampai 3 minit dah selesai . Hmm nampak tak menyusahkan orang tau depa ni. Kalau lah depa ubah status ''tamat pembiayaan'' masa Dik An selesai bayar dip punya 29 Ogos lepas kan senang...tak payah Dik An nak g sana pegi dan balik dah 2 jam dan urusan yang makan masa tak sampai 3 minitt !!
 
 

kalau semalam ''dalam pembiayaan'' tapi tadi dah g tukar jadi ''tamat pembiayaan'' . Eh tipu je tau orang PT yang Dik An call semalam tu , dia kata tak boleh nak tolong sebab kena isi form bagai . Takdepun isi form pun tau. Ke diaa malaaassssssssss??? Sebab orang yang wat tadi just klik tukar status je dah siap.
 
 
Takpalah , Dik An maafkan jelah mereka . Manusia semua buat silap kan . Apa2 pun alhamdulillah dah selesai dan siap apply dah PTPTN untuk degree . Moga segala urusan dipermudahkan...amin :)

Thursday, 21 August 2014

Salah Siapa ?

 
 
Masih ingat dengan entry Semalam ? Di mana Dik An stress sebab kata lalaun ptptn tu ? Alhamdulillah dah setel sebab berjaya log in dah . Setel satu masalah , masalah laen pulak datang . Betul kata Ana nak dapat pahala belajar ni , macam macam halangan yang ada .
 
Masalah seterusnya setelah berjaya log in mestilah nak daftar yang baru untuk PTPTN kan sebab yang diploma punya pun dah habis bayar . Malang sekali sebab pendaftaran tak berjaya . Sebabnya dikatakan status Dik An masih dalam ''pembiayaan'' .
 
 

Nampak tak status ''dalam pembiayaan'' . Walhal time dip punya Dik An dah bayar habis tahun lepas bulan 8 , dekat PTPTN time tu cawangan POLITEKNIK SEBERANG PERAI dan siap dapat discount 20% lagi . Tudiaaa segala detail Dik An kasi . Haha . 

Lepastu disebab kan segala dokumen nak disahkan secepat mungkin yelah sebab Dik An tak bleh nak blik everyweeks macam kat Ipoh dulu , Dik An pun call PTPTN direct pegawai yang uruskan akaun Dik An .

Dik An : Saya nak tanya kenapa saya tak boleh nak daftar baru sebab musabab status saya masih dalam pembiayaan .

PTPTN : Owh ada apply untuk diploma ya dahulu ? Sebab tak tukar status lagi , tamat pengajian . Kena datang cawangan PT dan isi form tamat pengajian baru boleh daftar untuk degree.

Dik An : Ya ada apply dan dah habis bayar dah pun . Jadinya saya kena pegi PT nak setelkan benda ni ?

PTPTN : Yaa. Selagi status awak tak tukar selagi tu tak boleh daftar untuk degree.

Dik An : Kenapa saya pulak . Kenapa pihak PT tak alert sedangkan saya dah bayar tahun lepas . Dah nak masuk setahun .

PTPTN : Belajar mana dulu ? 

Dik An : Politeknik Ungku Omar .

PTPTN : Owh salah poli tu diorang tak alert . Biasalah ramai kan studeng nak kena jaga.

Dik An : Jadi nak salahkan poli ? Bukan salah PT . Tapi saya rasa salah PT tak alert sebab dah masuk setahun saya bayar , kalau poli diorang sendiri tahu saya dah habis belajar sebab dah konvo dah pun .

PTPTN : Mintak maaf , salah pihak PT . Jangan lupa datang cawangan PT isi form ye untuk nak daftar yang baru . *klik* terus letak phone .

Hurm . Tak kan rasa menyusahkan orang . Sepatutnya bila seseorang tu dah bayar habis diorang kena lah tahu kena lah alert . Alasan dia banyak peminjam yang nak kena jaga , bukan Dik An sorang...tapi kalau dah setiap orang ada pegawai PT yang uruskan kenalah alert kan . 

Tak pasal pasal Dik An nak kena g cawangan PT terdekat . Paling geram taknak ngaku salah nak salahkan poli . Salah siapa sebenarya . Yang pasti bukan salah Dik An sebab Dik An hanyalah insan lemah yang teraniaya . Cewaaah haha . 

Sekian saja sesi luahan hati geram pada pihak PT .

p/s : awak awak awak awak yang keje PT tu kita tak cakap awak tau sebab awak urus bahagian laen :) :) :)
 


2048

 



 

Tengok tajuk tu 2048 . Tarikh apa tu ? Tapi kalau 0 dengan 4 bertukar tempat jadi lah tarikh birthday Dik An...haha tapi bukan tu nak bagitau . Dik An tak tahu lah ramai yang dah tahu tentang game ni ke tak .

Dik An pun baru je tahu sebab masa raya haritu tengok all cousins with their phone and maen game ni . Memula terdetik kat hati ''best sangat ke game tu''. Lepastu bila tengok kakak pun turut join install game ni kat phone dia , dan maen tak hengat dunia Dik An pun turut join...

Bila dah maen baru lah Dik An tahu sebab musabab diorang asyik maen je . Disebabkan ketidakpuasan hati . Why why why ? Sebab kita kena campur nombor nombor tu sampai terbentuk nya angka 2048 . Ex : 8+8 =16 , 16+16 =32 , 32+32 = 64 , 64+64 = 128 dan tambah lah berikutnya sampai lah dapat angka 2048 tu !

Tapi tak pernahnya Dik An dapat . Paling tinggi 512 tu lah . Kakak Dik An dapat lah jugak cecah angka 1000 . Sebab tu kalau maen jadi addicted nak maen lagi. Sebab pikir orang laen boleh je dapat angka tinggi dari kita , asal kita tak boleh kan...

Kalau maen selalu jemu lah jugak kan . Sapa yang tak pernah maen atau nak try maen boleh lah install dekat Playstore dan Appstore .  

Tuesday, 19 August 2014

Resepi : Sambal Ketam Campur Telur

 



 

Gambar ni dah lama post dalam two weeks yang lepas . Tapi resepi harini baru rajin nak hapdet . Terkadang sesaja peram dalam entry , agak kurang ideaa nahh muncul lah resepi untuk semua :)

Sangat simple dan senang masak sambal ketam ni . Dik An suka makan ketam tapi tak pernah nak masak . Kira first time lah Dik An masak ketam ni , alhamdulillah menjadii :)

Resepi Sambal Ketam Campur Telur

Bahan bahan :

5 ekor ketam 
15 tangkai cili kiring diblend
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
seinci halia *
1 batang serai*
2 bijik buah keras*
1 batang serai diketuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 bijik telur
daun sup
daun bawang
garam
gula
kunyit
knor pasti sedap

** bahan yang bertanda (*) tu di blend asing dari cili kering . Serai ada dua batang kan , guna sebatang je untuk diblend**

Cara -cara :

1 . Gaulkan ketam bersama garam , kunyit dan knor pasti sedap .
2 . Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga berubah warna .
3 . Angkat dan ketepikan ketam , masuk serai yang telah diketuk .
4 . Naik bau masuk kan cili kering yang diblend . Masak sampai pecah minyak , masuk kan bahan (*) yang telah diblend.
5 . Biar sebati masuk kan sos tiram , sos tomato dan sos cili.
6 . Kacau sebati perasakan bersama garam dan gula .
7 . Masuk kan ketam yang telah digoreng tadi , balik balik kan supaya rata.
8 . Pecah kan dua bijik telur dan kacau kasi sama rata . 
9 . Hiaskan bersama daun sup dan daun bawang .
10 . Siap untuk dihidangkan !

Haaa senag tak ? Nampak macam agak susahkan ? tapi senang je sebenarnya...selamat mencuba ! :)


Thank You Aniesa Ahmad

 
Al kisah malam tadi sambil tunggu brownies dan lasagna siap bakar , Dik An pun jenjalan lah dulu kat blog . Jalan punya jalan terjumpa satu entry ni Blog yang selalu aku terjah . Dik An pun klik lah nak baca sebab yelah nak tau blog mana , kalau Dik An tak follow lagi boleh lah nak follow kann ?

Bila bukak tiba tiba....jeng jeng jeng .

 

Ehh blog Dik An sendiri. Ya Allah nak nanges terharu tengok dak Aniesa Ahmad tuliss. Dah gaya macam nak review blog je ni hihi. Too niesa , terima kasih sangat sebab suka baca blog akak , al maklum lah akak ni banyak merapu je dari yang baik haha...

Nanti ada rezeki kita jumpa depan depan niesa picit picit lah pipi akak eh , akak kasi hehiks ! Bila bila datang penang roger akak tau ehh tapi akak dah nak g labuan..tukar tempat...bebila g labuan roger roger tau...haha :D

Terima kasih lagi sekali niesa . Terima kasih jugak sebab selalu komen kat blog akak ni... *lap air mata*

Resepi Nutella Brownies Step by Step

 


Kepagian semua. Gigih tak bangun pagi pagi hapdet blog semata mata nak share resepi dengan korang . Alaaaa lepas ni dah tak boleh nak share resepi macam selalu dah , tunggu cuti sem je lah kot baru Dik An hapdet pasal resepi hehe.

Kali ni nak share dengan korang resepi Nutella brownies. Siap step by step lagi tau . Step by step siap bergambar ni hanya terjadi bila kerajinan melanda diri Dik An . Maklum lah tangan dua je , satu nak kacau satu lagi kalut pegang fon nak snap pic wuwuwu :')

Resepi Nutella Brownies Step by Step :

Bahan bahan

 

113 gm butter .

 

1/2 cawan brown sugar .

 

50 gm tepung naik sendiri .

 

1 sudu besar serbuk koko.

 

 1 tsp baking powder .

 

1 cawan nutella.

 

cekelat cip .

 

dua bijik telur .

Cara cara :

 

pukul telur sehingga kembang dan ketepikan .

 

Ayak tepung naik sendiri , serbuk koko dan baking powder . Satukan .

 

Cairkan butter dan brown sugar . Kacau sebati .

 

Masuk kan telur . Sebelum nak masuk kan telur pastikan api telah ditutup dan cairan butter dan gula tadi dah sejuk tau . Kalau korang masuk time api bukak telur tu masak pulak kang . Tak caya cuba wat hehiks !

 

Lepas telur dah sebati masuk kan nutella . Masa ni dah masuk secawan baru ingat tak snap pic lagi . Terus acah acah masuk kan sesudu lagi . Kacau sebati .

 

Masuk kan tepung yang telah disatukan bersama serbuk koko dan baking powder tadi . Masuk sedikit demi sedikit kacau sebati .


Masuk kan kedalam loyang yang telah disapu dengan butter . Dik An guna loyang kecik je sebab adunan dia sikit je . Please jangan tanya ukuran loyang , sebab Dik An tau guna je haha :P

 

Taburkan cekelat cip. Siap untuk dibakar . Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 45 minit . Tapi ingat eh kepanasan dan kecepatan oven kita tak sama tau .

 

Siap dibakar . Nampak tak yang lobang lobang macam permukaan kawah yang terdapat di bulan itu ? Itu cekelat cip yang telah cair sebab tu jadi cam gitu . Meh kita makan .

 

Jemput makan . Kenapa di panggil brownies kenapa tak panggil kek nutella ?
Sebab brownies lenih nipis sikit . Istilah Dik An je tu , nak tahu kena tanya yang lebih pakar huhu...

 

Bila dah makan baru teringat , kalau cairkan cekelat masakan untuk di makan bersama nutella brownies ni mesti lagi sedap . Tapi Dik An ni benaunya pemalas jadinya amik nutella letak sikit atas brownies tu dan makann. Hmm sedap jugak . Eh terpuji pulak kan . Siapa lagi nak puji kalau diri sendiri , tak gituuu ? hehiks !

Haaa senang je kan wat Nutella Brownies ni ? Selamat mencuba ! :)




















Monday, 18 August 2014

Segmen Blogwalking Merdeka Bersama AyuInsyirah

 





http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html 

Nak join boleh klik SINI :)

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.Com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...