Thursday, 24 July 2014

Azam Ramadan Su episod 19 by MalayMovie




Azam Ramadan Su episod 19 by MalayMovie. Dalam episod kali ni terdapat resepi Ayam Masak Kicap Hainan , Kuih Onde Onde dan Laksa. Selamat menonton semua ! 

Rezeki di tengah malam

 




 

Alhamdulillah rezeki di tengah malam abang and kakak ipar bawak balik Domino Pizza . Bawak balik full satu kotak , mai time Dik An nak makan ini aje tinggal . Sakit tekak sakit tekak pun , dah rezeki depan mata jangan ditolak kan . Makan jugaklah sepotong pizza yang ditabur dengan chilis flakes.

Rezeki jangan ditolak , musuh jangan dicari ye dop ? Selesai makan sepotong pizza moh lah kita tido . Selamat malam semua :)

Wednesday, 23 July 2014

Berbuka Dengan Marrybrown

 


Tengah hari tadi lepas Dik An hapdet entry the latest episod Azam Ramadan Su , terus Dik An tido...selubung dengan selimut semua. Kurang sihat sikit. Lepastu bangun tu mandi alhamdulillah segar sikit...panas badan dah kurang sikit.
 
Since semalam tekak Dik An sakit , semalam berbuke dengan Moi Sup beli kat bazar je . Then tadi tetiba idea tingting datang. Nak beli Bubur Marrybrown je. Al maklum lah marrybrown baru bukak kan , dekat pulak dengan umah . So pegi lah beli bubur. Sesekali tukar selera kan.
 
 
 

Ni Nasi Ayam Marrybrown untuk amani dengan mak . Since bertiga je kat umah so mak kata tak payah masak nasi . Sedap :)

  

image from google.

Ni bubur Dik An beli . Tak sempat nak snap gambar tadi . Sebab lapar sangat haha. Spicy Seafood Porridge . Even ada chicken porridge tapi Dik An ni pantang dengar benda yg spicy spicy ni . Makanya sakit2 tekak pun layankan je lah bubur yang pedas ni...sedap sebab pedas hikhik...

Alhamdulillah kenyang sudah...sesekali ubah selera kan . Dulu selalu terjah KFC je , sekarang terjah Marrybrown pulak hehe. Boleh tahan makanan makanan dia :)


 
 

Azam Ramadan Su episod 18 by MalayMovie




Azam Ramadan su episod 18 by MalayMovie. Kali ni special sikit sebab diorang wat biskut raya . Nak tahu biskut apa kenalah tonton ! 

Tuesday, 22 July 2014

Adele Top Chiffon

 



 

Entry sesaja nak share dengan korang baju yang Dik An baru beli . Kat tempat Dik An ni susah nak jumpa blouse/kemeja yang longgar dan yang pasti labuh bawah punggung . Kalau ada pun mahal nau nau.

Jadi dengan kemudahan media sosial yang ramai online seller kan , jadi Dik An pun bersengkang mata usha satu2 profile instagram dan facebook nak cari baju yang betul2 menepati citarasa Dik An dan jugak mak. Dik An before nak beli baju bajan yang ready mate ni mesti kena dapat kelulusan mak dulu tau .

Tetiba terjumpa instagram @azwanieycollection yang jual blouse cantik cantik ok . Maka setelah berwassap dengan tuan punya instagram , dapat kelulusan mak Dik An pun beli lah satu dulu . Nak cuba dulu.

Blouse yang diberi nama Adele Top Chiffon . Ok serious best sangat tau . Sebab dibuat dari kain chiffon tapi tak jarang sebab dah fully lining tau. Material dia pun elok . Labuh bawah punggung , longgar dan tak ketat . Haaa even pergelangan tangan dia getah tapi longgar tau , tak ketat macam sesetengah baju sebab dia wuduk friendly .

Setelah pakai Dik An rasa lepas ni nak beli lagi lah . Nak buat collection bebanyak sebab corak dia cantik2 tau . Harga dia pun boleh tahan dan mampu milik , 49 hengget saja dan free postage . Kalau ada yang berminat boleh terjah @azwanieycollection !!!

Azam Ramadan Su episod 17 by MalayMovie




Azam Ramadan Su episod 17 by MalayMovie . Dik An pun tak tgok lagi episod ni so tak tahu ada resepi apa ehehe. Jom tonton sesama ! 

Monday, 21 July 2014

Weekend yg Busy

 


Alhamdulillah dapat jugak hapdet blog harini . Dah dua hari tak hapdet tau. Selalu kalau tak hapdet Dik An bukak jugak blog balas komen , blogwalking blog orang . Ni tak dapet haa...Dik An busy sikit weekend ni.
 
 
 

Ni lah penyebab kepada Dik An busy . Wat lasagna . 
Rasa nak nanges pon hada sebab orang laen sibuk wat kuih raya Dik An pulak wat lasagna . Kawan kawan kilang abg dengan kakak ipar dengan cikgu2 sekolah ayah punya order . Tak hamik kang serba salah .

Harini last kot Dik An wat , lepastu sapa nak lepas raya lah pulak ek. Sebab Dik An sibuk nak wat kuih raya , iron langsir , kemas umah dan Dik An jugak jadi driver tak bergaji ke hulur ke hilir . Takpe anggap ni sebagai rezeki jugak :)

Selain sibuk wat lasagna , Dik An sibuk shopping barang dapur dengan mak kat Mydin yang baru bukak tu . 3 hari pertama sale gila2 , jadi umah pulak dekat je kan , 3 minit dah sampai...ulang alik lah sebab Sunglight 3.99 terhad dua unit je , Downy pulak 13.90 jadi memang borong sakan . Mak Dik An memang jenis suka beli banyak2 , sebab nanti time sesak2 duit ke , ada lagi simpanan semua dalam stor :)

Nanti petang2 sikit in shaa Allah Dik An blogwalking blog korang ye :)
 

Friday, 18 July 2014

Kepingan Lasagna : San Remo vs Reilis

 



Harini sesaja lah nak share dengan korang tentang perbandingan kepingan lasagna. Ewah mentang mentang Dik An ni penjual lasagna kan , terus buat review ye. Dik An sebelum ni buat lasagna Dik An guna kepingan San Remo . Even tak puas hati sebab kepingan dia mudah pecah , relai tapi dekat tempat Dik An itu je ade tau . Nak taknak kena lah guna jugak dan berhati hati waktu nak rebus dia.
 
Nak dijadikan cerita satu hari , kat econsave kepingan lasagna habis stok. Cari satu PB , Jawi semua takde , maka ke Giant Taiping lah Dik An g...kat Giant pun brand San Remo habis nak tak nak terpaksa amik brand laen sebab order bertingket-tingket. Survey harga yang paling murah hamik lah brand Reilis . Murah tapi mahal dua hengget dari San Remo . 
 
Bila dah guna kepingan Reilis ni serious jatuh hati tau . Kau rebus lah api kuat ke lama mana ke elok situ lah kepingan dia . Kalau brand San Remo api kuat , lama sikit mula lah terbelah dua . Even yang Reilis ni dia terlipat masa rebus tu tetap elok . Eh terus cakap mak , kita tukar brand lah mak . Mahal sikit takpe , janji kualiti elok. Owh ya Dik An jual lasagan ni bukan lah hamik untung banyak pun , just suka suka sebab Dik An kan suka masakk. Meh Dik An tunjuk gambar ye.
 
 
 

Ni lah brand Reilis. Lagi satu brand ni korang tak payah rebus pun takpe. Bakar nanti kepingan tu sendiri akan lembut. Tapi Dik An tetap rebus dulu kejap. 

 

Ni lah hasil dia. Elok je . Dan makin lama kita rebus dia akan mengembang. Boleh lah bahagi dua untuk bekas kecil , dah penjimatan di situ.

 

Ni brand San Remo . Brand ni pun ok jugak tapi kena pandai timing masa nak rebus tu . Tak bleh lama tak bleh api kuat . Hasil dia amat susah nak jadi macam Reilis tu tau.

 

Dan ini hasil kepingan San Remo . Boleh guna jugak even pecah , divide by two amik yang elok guna . Tapi kenkadang malas nak pegi jauh2 Dik An guna jugak lah San Remo ni ...

Ke ada sesapa ada tips taknak kasi brand San Remo ni pecahh ? Tapi bagi Dik An brand Reilis tu memang dah elok sangat tu . Rasa macam nak kekal yang tu je hehe..

Nak resepi lasagna terjah SINI .

 
 
 

Tak Sabar

 



 

Cari mana Dik An ? ^_^

Dik An baru dapat gambar ni dari sang pengantin. Dan sang pengantin pun sedang menghitung bulan untuk bersama orang ketiga. Tahniah buat sang pengantin. Yeay tak sabar nak jadi makcik untuk anak buah kawan huhu :D

Bila tengok gambar ni , Allah rindu nya time time macam ni , nak lagi rindu kenangan time sekolah . Nakal nakal belaka semua ni :P . Sejujur jujurnya bukan senang nak kumpul macam ni , dan setelah Dik An habis je SPM , ni lah first time dapat jumpa ramai ramai macam ni , 6 tahun baru dapat jumpa balik !

Tapi ada yang mana Dik An rapat tu selalu jugak jumpa lepak , kuar jenjalan sesama . Tapi tak ramai lah hehe. Raya keempat ni classmates Dik An , kira yang ketiga dalam kelas time form 5 dulu menamatkan zaman solonya. Yeay tak sabar nak jumpa dan kumpul reramai macam ni. 

Tak sabar jugak nak jenjalan raya umah cikgu . In shaa Allah panjang umur kita jumpa raya nanti ye kengkawan disayangi !
 

Raya Dahulu vs Raya Sekarang

 



Siapa dah tengok iklan raya by Petronas ? Dik An pun kebetulan semalam bukak youtube ada iklan tu sebelum nak tengok layan kartun Upin Ipin . Bukan anak buah je minat , Dik An pun minat tahu. 
 
Masa layan tu terus lah ''terulang'' tengok berkali kali . Eh bukan terulang sebenarnya tapi memang nak tengok berkali kali. Serious best dan terus menggamit kenangan . Terus terimbau kenangan lama raya dulu dulu. 
 
Kenapa Dik An kata raya dulu dulu ? Means time Dik An kecik kecik dulu.
Kecik kecik memang Dik An duduk kampung , even ada umah tapi time tu mak ayah sewa je dulu , tetap akan duduk kampung. Kampung side mak . Sides ayah pulak 5 minit je dari kampung mak. So raya tak payah nak gaduh gaduh nak balik mana dulu . 

Seperti yang Dik An lihat dalam iklan , tido ramai ramai sepupu sepapat macam tu jugak lah Dik An dengan cousins . Malam raya maen pulak bunga api sama-sama , petang raya orang sibuk preparation raya kiteorang maen , mandi tali air , pancing ikan , maen mak mak . Allah rindu pulak raya zaman dulu .
 
Lepastu pagi raya dah siap bersalam-salaman , jalan ramai2 dengan cousins keliling kampung g kutip duit raya. Apa yang bestnya kampung belah mak , adalah dalam kawasan tali air tu memang sedara mara kteorang je . Lepastu sebelah petang akan balik sides ayah pulak .
 
Tapi itu raya dahulu . Raya sekarang ? Memandangkan sides mak dua-dua tok dan wan dah takde rumah , famili Dik An pun dah ada umah sendiri jadi memang dah tak terasa nikmat bermalam di kampung . Even sides ayah tok masih ada tapi jarak umah Dik An dengan tok 15 minit je so kiteorang akan balik hari raya tu je . Balik kejap kang petang dah balik umah Dik An balik.
 
So , raya dahulu dengan raya sekarang amat berbeza bagi Dik An . Rindu sangat raya dahulu . Raya sekarang dah tak semeriah macam dulu dah . Selalu petang petang raya , dah ramai amik port untuk tido . Ramai lebih kepada gadget memasing temasuk lah yang menaip entry ni -.-
 
Eh panjang lebar pulak entry Dik An ni kan. Siapa yang tak lihat lagi boleh search youtube iklan petronas ke pangkuan bonda :)

Azam Ramadan Su episod 16 by MalayMovie




Dalam Azam Ramadan Su episod 16 by MalayMovie ni terdapat kelainan sikit.
Menu alaaa western uolls. Ada resepi Macaroni ala Carbonara , Scallop Ayam dan Chicken alaa Pizza . Haaa nak nyebut tak reti eja haha . Selamat menonton !  

Malaysia Diuji Lagi

 
 


 

sumber : google images
 
Belum pun reda kejadian MH370 yang melanda negara kita , bahkan bangkai pesawatnya pun belum ditemui , negara dikejutkan lagi dengan kejadian terbaru iaitu Pesawat Malaysia Airlines MH17 telah terhempas di sempadan Rusia - Ukraine . Ada yang berkata pesawat telah ditembak peluru berpandu .
 
Berdasarkan wassap yg Dik An dapat dari group cousins side ayah , cousin yang kijo bernama tu kata Rusia claimed Ukraine yang tembak , Ukraine pulak claimed Rusia tembak . Apa yang pasti ALLAH lebih mengetahui semua ini.
 
Semalam masa dapat berita ni terus Dik An cakap , Ya Allah MAS dan Malaysia diuji lagi . Dugaan yang berat menglibatkan nyawa ramai penumpang serta anak kapal sendiri . Tahun ini saja berapa kali MAS telah diuji bahkan bukan MAS sahaja tapi negara kita jugak turut diuji .
 
Adakah ini petanda dari ALLAH ? Dik An pasti apa yang berlaku ni ALLAH dah tetapkan , punca dan musabab jugak ALLAh yang lebih mengetahui . Buat keluarga penumpang dan anak kapal , salam takziah . Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . Nak pulak raya hampir menjelma ni . Sedih sangat .
 
Moga keluarga pesawat MH17 tabah menghadapai dugaan dan ujian dari ALLAH.
 
-AL-FATIHAH-


Thursday, 17 July 2014

Azam Ramadan Su episod 15 by MalayMovie




Azam Ramadan episo 15 by Malay Movie . Dalam episod semalam terdapat 3 resepi iaitu , Kurma Ayam , Telur Puyuh Masak Taucu dan Kari Kambing . Selamat menonton !! 

Wednesday, 16 July 2014

Angkat tangan

 



Situasi sedang maen maen dengan anak buah Dik An , Aryan . Saja suka layan kepetahan dia bercakap tu . 
 
Dik An : sapa comel angkat tangan!
Aryan : Ayan comel *angkat tangan*
 
Dik An : sapa pandai angkat tangan
Aryan : Ayan pandai *angkat tangan*
 
Dik An : sapa gemuk angkat tangan !
Aryan : kakcik angkatla tangan , kakcik gemuk !!
 
 
wuwuwu sampai hati mu Aryan . Sentap kuasa doplohpat tau . Sabar je lah huhu...

Pelempung itu Paru

 



 
 
sumber : google images .
 
Entry kali ni takde kaitan dengan resepi . Bukan jugak nak cerita pasal paru paru organ dalaman manusia tapi nak cerita tentang paru organ dalaman lembu. Ehh ..
 
Dari Dik An kecik memang dah terbiasa dah makan paru goreng or sambal paru ni , tapi family Dik An even pakcik makcik , tok pun tak pernah sebut paru , yang disebut adalah "pelempung'' . Bukan pelampung yang wat mandi tu tau hehiks ! 
 
 Sampailah beberapa tahun yg lepas masa Dik An study kat Ipoh , barulah Dik An kenal sebutan paru tu . Masa nak beli lauk makcik tu cakap ''mai beli mai sambal paru semua ada '' dalam hati erk apa tu paru ? Lepastu kat umah sewa most of housemates adalah orang KL dan diorang pun sebut paru .
 
Nak tanya malu okey , sebab masa baru2 lagi dok satu umah haha. Tapi tengok rupa paru tu macam pelempung yang Dik An makan tu . Terus Dik An call mak .
 
Dik An : maaa paru tu apa ?
Mama : Paru paru pun tak tau yang ada dalam badan kita tu.
Dik An : Bukan maa , dia makanan , makcik tu jual tadi , rupa dia macam pelempung.
Mama : Paru tu pelempung lah adik oii.
 
Ngeh ngeh ngeh kesian Dik An kan , time tu lah baru tahu . Lepastu sampai ke sekarang dah tak panggil pelempung , panggil paru je huhu .
 
 

Segmen ''Ainim Nak Bagi Kad Raya''

.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.

Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014

Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^

Nak join klik banner !

Azam Ramadan Su episod 14 by MalayMovie



Azam Ramadan Su episod 14 terdapat resepi sambal paru , daging kebab dan jugak gulai ketam . Eh tetiba rasa lapar pulak huhu. Selamat menonton ! 

Tuesday, 15 July 2014

Segmen Apa Kata Promot by m.e

 



 

Nak join terjah SINI .

Facebook :  Nor Farihan Ayob
Twitter : @norfarihan
Instagaram : @nor_farihan
Blog : Dik An'Story

Tag : Asha Lya dan semua yang baca hehiks !

Segmen Blogger Aktif Julai

 



Nak join terjah SINI .

Resepi :Sambal Bendi Bilis

 




 

Resepi : Sambal Bendi Bilis

Bahan bahan :

10-15 tangkai cili kering dikisar
1 bawang besar dikisar sekali bersama cili kering
10 bijik bendi *bendi orang panggil apa ek*
segenggam ikan bilis * Dik An guna ikan bilis yang kecik tu*
garam gula secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing.
2. Selepas angkat ikan bilis masuk kan cili yang telah dikisar tadi.
3 . Biarkan pecah minyak , dah sampai agak kering sedikit , perasakan dengan garam gula.
4 . Masuk kan bendi , biar seketika masuk kan ikan bilis yang digoreng.
5 . Siap untuk dihidangkan !

*** garam tak letak pun takpe sebab ikan bilis dah masin***

Salam Nuzul Quran

 
 
 
Salam Nuzul Quran dari Dik An sekeluarga :) 
Ramai ke yang cuti hariniii ?



Azam Ramadan Su episod 13 by MalayMovie



Dalam episod Azam Ramadan Su episod ke 13 ni terdapat resepi sambal daging , lala tumis dan gulai lemak ikan talang . Selamat menonton semua !

Monday, 14 July 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes : Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu.

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org.
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Ramai yang dah join tapi Dik An baru je nak join hehe. Sesapa tak join lagi moh lah klik banner tu yee. 

CPUV : Waku Doki Campaign

 


 


Alhamdulillah minggu dapat lagi satu CPUV : Waku Doki Campaign .
Satu credited satu datang ganti . Alhamdulillah. Sebenarnya Dik An pun kurang pasti apa itu Waku Doki Campaign and Dik An sendiri tak nampak iklan dia bersiar-siar lagi . 

Tapi berdasarkan apa Dik An google dia under Toyota ehh ?


 
sumber : google
 
sumber : google
 
Sumber : google


Apa apa pun terima kasih NUFFNANG sebab sudi kasi CPUV kat blog Dik An yang suam suam kuku ni . Terima kasih jugak korang yang selalu baca dan kasi komen , klik iklan . Mekasih sangat2 :)

Alhamdulillah :)

Cukur Dagu

 



 

dagu raya katanya.


Al kisah semalam . Sesapa yang ada follow ig Dik An mesti dah tahu kan kan ?
Anak buah Dik An dak Aryan ni g cukur dagu dia sendiri . Tengah Dik An bersuka ria dok layang whatsapp sambil baring baring atas katil tetiba dia datang mintak tisu...''tacikkk nak ticu ni ayan darah ni'' .

Dik An pun terkejut tengok ehhh apesal ni , yang Dik An tahu dia ada maen kat meja solek tak kan lah dia amik pin toreh dagu sendiri kot kan . Lepastu g usha2 tengok ada pencukur yang fresh from plastic dok bersepah atas meja. Hmm tahu dah lah , dia cukur dagu sendiri .

Pencukur tu Dik An letak dalam satu case yang mana dalam tu semua barang2 Dik An , segala bedak ke , getah rambut yang tak guna lagi , sepit ke termasuk lah pencukur yang baru beli tuu.

Agaknya teringin kot hari2 tengok abahnya yang botak tu cukur kepala , maka dia pun cukur lah dagu . Like auntie like nephew . Dik An pun dedulu masa darjah tiga , teringin jugak , tak tau apa function g cukur kening haha. Dah lah nak raya terus jadi tak kiut sebab sebelah hado kening sebelah lagi kening tggal suku je haha.

Tapi Dik An profesional lagi la dari Dak Aryan sebab dia g cukur dagu , Dik An cukur kening wuwuwu , adakah penyebab itu kening Dik An teball ? Tapi dedua belah tebal sama je , maka taklah kot kan. Lepas ni memang kena selalu usha2 dia dan simpan barang yang berbahaya kat tempat tinggi kang habis lah apa lagi nak dicukurnya kan.

Saturday, 12 July 2014

Pageview Minggu Ni

 



 

Alhamdulillah untuk hasil pageviews untuk minggu ni.
Lepas haritu penah sekali Dik An hapdet kat SINI tentang pageviews cecah angka 1000 , Dik An ingat Dik An tak berpeluang lagi untuk dapat pageviews macam tu .

Bagi untuk blog Dik An yang suam suam kuku ni Dik An rasa itu pun dah cukup tinggi , bukan senang nak capai macam tu kan ? Alhamdulillah 9 , 10 dan 11 Julai pageviews cecah angka 1000 . 

Tujuan entry ni takdop niat Dik An nak menunjuk , tapi adalah untuk pembakar semangat untuk Dik An sendiri untuk lebih berusaha , lebih berjaya macam blogger hebat yang laen . Boleh lah nanti2 Dik An refer balik entry ni bebila kan.

Kadang kadang kita kat atas , kadang kadang kita kat bawah , macam tu jugaklah dengan pageviews untuk blog Dik An ni , kadang menaik kadang menurun , yang penting Dik An kena terus berusaha .

Dan yang paling paling penting berdoa dan percaya pada rezeki Allah :)