Monday, 30 June 2014

Siap Masak Udang Masam Manis

 




 

Alhamdulillah siap dah masak. Harini masak udang masam manis dengan kepak ayam bakar je , ayam tengah perap...kang nak dekat2 berbuka baru nak bakar hehe. Kalau rajin nak pegi bazaar beli air dengan kuih muih pulak. Kalau tak rajin buat je air apa ada kat umah ni . Muehehe. Korang berbuka apa karang ?





Segmen : Blogwalking sempena Ramadhan 1435H

 
 
 
 
 
 
Nak join klik SINI :)

Sunday, 29 June 2014

Ujian Allah

 


 

Percaya pada perancangan dan ujian Allah . 
Allah tak kan uji hambanya kalau kita tak mampu.
In shaa Allah ada hikmah yang berlaku di sebalik semua ujian ni.
Be strong ! Moga di beri kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang akan datang.

Saturday, 28 June 2014

Marhaban Ya Ramadhan

 


 
 
sumber : google images
 
  Alhamdulillah masih di panjangkan umur dan berpeluang untuk menyambut kedatangan Ramadhan lagi. Marhaban ya Ramadhan. Harap nya Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua . Selamat berpuasa pada semua :)

Mandi Manda Sebelum Puasa

 



Happy weekend semua ! Mesti semua tengah busy dan teruja untuk sambut Ramadhan kan ? Samalah kat uman ni pon . Tapi Dik An bukan nak cita pasal bulan puasa yang bakal tiba esok ni , nak cita pegi mandi manda sebelum puasa. Hiks ada jugak perkataan puasa tu kan !
 
Peginya hari selasa haritu , dah kakak cuti since MRSM dia ada olahraga , so dia pon ajak lah Dik An pegi swimming . Plan asal just nak pegi two of us , tapi tapi mak Dik An plak cakap kesian kat anak anak buah ni , maka pegilah empat orang kami , kakak , Dik An , Amani dengan Aryan . Amani ponteng fardu ain huhu.
 
Pegi mandi dekat bukit merah tapi tak masuk dalam Taman Tema Air dia , just pergi mandi dekat swimming pool biasa dekat Suria Apartment Resort . Actually ada dua kat sini , Suria and Bukit Merah Laketown Clubhouse . Kalau yang suria dia charge 6 hengget per person and Bukit Merah Laketown Clubhouse dia charge 4 hengget per person.
 
Kalau tanya Dik An , Dik An lebih prefer pegi yang Bukit Merah Laketown Clubhouse sebab nya ada cafe yang makanan dia memang murah2. Duduk santai tepi kolam , order je kang diorg hantar . And one more thing , takde lah lifeguard yang sibuk nak usha usha mandi.
 
Even kolam Suria more bigger tapi nya Dik An tak selesa sebab lifeguard dia dok tengok tengok. Nak swimming pon tak senang tahu. Lepastu makanan dia standard lah kan , nama pun Suria Apartment Resort mahal lah sikit.
 
Tapi haritu pegi mandi kat Suria sbb Clubhouse ni tutup. Hari selasa memang dia tutup. Huhu. Set sesiap dah yang Selasa tutup . 
 
 

Dik An dengan Amani . Seriously best sangat sangat pegi time orang kerja macam ni sebab kolam takde orang. Baik kolam dewasa mahupun kekanak ribena . Boleh lah nak ''konker'' kawasan kan ? Muehehe :D

 

Kanak kanak ribena yang seghonok dapat swimming hehe. Dak Aryan susah benau nya nak amik gambar dia.



Mak cik dia yang over excited rasanya . haha. Tapi dah bawak bebudak ni makanya takde can lah nak Dik An nak pegi mandi kat kolam dewasa nun. Pegi lari kejap kejap je huhu.

 

 sumber : google images

Kat atas ni contoh kolam nya. Besar lah sikit dari clubhouse punya. Dik An amik kat google je sebab tak sempat nak hamik gambar full kolam , busy dengan bebudak kan .

Jadi kalau rasa taknak mandi dalam Taman Tema Air kat laketown tu boleh lah terjah Suria Apartment dan Bukit Merah Laketown Clubhouse.
 
 

Friday, 27 June 2014

Resepi : Roti John Step by Step

 
Seperti yang dijanjikan petang td , Dik An nak share resepi step by step kan . Meh kita tengok bahan dan cara nak buat , Dik An hamik resepi ni dari drama Azam Ramadan Su .
 
 

1 tin sardin

 

Roti sosej . Dik An beli yang Gardenia punya yg sepaket ada 6 ketul tu.

 

2 keping daging kisar . Agak agak dalam 400 gm gitu.
Nak guna ayam pun boleh. Terpulang citarasa masing masing

 

Planta

 

3 bijik telur .

 

Daun sup yang dirincik2.

 

serbuk lada hitam

 

1 sudu teh garam. Lepastu mayonis dan sos sikit. Meh kita tengok cara cara pulak .

 

Memula masuk kan sardin tin ke dalam bekas yang berisi daging kisar .
Lenyek lenyek kan kasi hancur .

 

Bila sardin dah hancur dan sebati dengan daging kisar , masuk kan telur .
Kacau rata. Agak agak macam pekat je , boleh tambah telur lagi.

 

Lepas tu masuk kan serbuk lada hitam , kacau kasi sebati kasi meresap dalam adunan.

 

Masuk kan garam secukup rasa. Satu sudu teh ni pun dah cukup.


Last sekali masuk kan daun sup dan kacau sebati. Biarkan kejap. Kita proceed dengan roti pulak .

 

Roti tu kita belah tengah , sapukan planta then letak atas pemanggang. Kejap je agak agak dah tukar warna dah garing angkat.

 

Haaa jadi cam ni. Tapi Dik An suka yang garing2 . Lagi sodap kan.

 

Untuk wat inti dia , kita cairkan planta.

 

Lepastu masuk kan adunan daging kisar + sardin tadi ke atas planta yang cair. 
Agak agak adunan tu muat untuk satu roti tadi.

 

Bila dah agak masak tekupkan roti ke atas inti tadi. Biarkan seketika , lepastu angkat .

 

Bila dah angkat macam ni lah rupa dia .

 

Letak kan mayonis dan sos cili. Nak letak sos lada hitam pun boleh.

 

Siap untuk dihidang dan dimakan. Untuk inti adunan daging kisar + sardin tadi dapat lah 9 ketul roti. Tapi last last tinggal 5 ketul je , lagi 4 dah dimakan haha.

Haaa senang ke tak ? Bagi Dik An senang jugak , tak rumit mana. Boleh lah nak buat juadah berbuka nanti. Selamat mencuba !!
 
 
 
 
 
 
/
 

Tea Time

 



 

Alhamdulillah Dik An baru siapkan roti john untuk tea time .
First time buat ni hehe , kang Dik An hapdet resepi siap step by step lagi tau. Sekarang nak balik umah tok kejap , kang sebelum maghrib balik umah Dik An balik , lepastu Dik An hapdet resepi Roti John ni ye. Tunggguuuu ! :D

Sambal Gesek Pembuka Selera

 



 

Harini mak kata lauk semalam banyak lagi jadinya berjemaah lah habiskan lauk pauk semalam, tapi Dik An ni tak bleh kalau takde yang pedas pedas ni . Jadinya nak jugak yang pedas tp senang je nak wat maka nya Dik An wat lah sambal gesek .

Sambal gesek ni kira macam pembuka selera lah , makan nasi dengan sambal gesek ni je pun siap bertambah tambah lagi. Tak payah ada lauk lain lagi dah hehe . Dik An memang tak pandang lauk lain dah , fokus kat sambal gesek ni je.

Resepi Dik An dah pernah share dulu. Boleh terjah entry Resepi Sambal Gesek untuk dapatkan resepi , setahun dah berlalu entry resepi tu wuwuwu. Tapi mohon maap sesiap sebab dalam entry tu waktu tu Dik An bahasa kan diri Dik An ''aku'' . Mohon maap ya akak akak abang abang adik adik :)

CPUV - IKEA June Sale Campaign

 


 

Alhamdulillah setelah CPUV Whisper Mesh & Cotton dah credited , digantikan pulak dengan CPUV Ikea - June Sale Campaign . Macam tahu tahu je yang Dik An ni suka g Ikea tu huhu. Biarpun hasil setiap CPUV tu sedikit , tapi bila kumpul lama lama jadi bukit kan ?

Rezeki di hari Jumaat dan rezeki awal Ramadhan mungkin hehe .Terima kasih NUFFNANG sebab sudi kasi CPUV dan terima kasih jugak pembaca blog Dik An yang rajin klik klik iklan tu :)

 

Salam Jumaat - CERMIN

 



 

sumber : facebook

  Terkadang kita alpa , kita asyik mencerminkan kesalahan orang laen tanpa kita sedar bahawa diri kita sendiri lebih teruk , lebih banyak kesilapan. Semoga kita dapat membetulkan kesilapan diri kita. Apabila ada yang mencerminkan kesalahan kita , terima seadanya , jangan marah jangan melenting. Sama sama kita perbaiki apa yang silap apa yang kurang.

Sekadar peringatan untuk Dik An sendiri dan semua. Tapi lebih kepada diri Dik An sendiri . Apa apa pun kita kena ingat masing masing ada kelemahan dan kekurangan. Salam jumaat .

Azam Ramadan Su Episod 4 by MalayMovie



Kali ni dalam episod ke empat Azam Ramadan Su terdapat dua resepi iaitu Ayam Goreng Berempah dan Ayam Kukus Halia. Selamat menonton ! 

Thursday, 26 June 2014

SEGMEN Kapas Putih Julai Bloglist

 



SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist 
 
Nak join boleh lah terjah SINI !!

Azam Ramadan Su Episod 3 by MalayMovie



Azam Ramadan Su Episod 3 pula terdapat resepi Lempeng Kelapa bersama Sambal Hijau , Cucur Udang , Bergedil Daging dan Sup Soto Ayam . Dik An memang akan tengok tetiap hari sebab boleh tambah koleksi resepi hehe :) 

Azam Ramadan Su Episod 2 by MalayMovie



Azam Ramadan Su - Episod 2 - 24/06/2014 by MalayMovie 

Dalam Episod 2 dalam drama Azam Ramadan Su ni ada resepi Sambal Tempe , Ayam Masak Lemak Cili Api dan Roti Gulong Sosej .  

Azam Ramadan Su Episod 1 by MalayMovie


Azam Ramadan Su - Episod 1 - 23/06/2014 by MalayMovie 

Azam Ramadan Su bersiaran di TV 3 jam 12.30-1.30 tengah hari. Mengisahkan Su yang tak pandai masak dan berazam untuk belajar masak sempena Ramadan yang bakal tiba.  Terdapat kelainan sebab dalam drama ni berbentuk rancangan masakan , jadi satu hari dah boleh dapat 3 resepi tau ! Boleh lah amik ilham sikit kan hehe.

Wednesday, 25 June 2014

Segmen Blogwalking SummerBreak

 


 

Nak join boleh ke SINI !!

Jumlah follower *832*