Saturday, 31 May 2014

Senarai Peserta Segmen Jom Teka Barang by Dik An

 
 
1. http://awansamudera.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
2 . http://httpterataiungu.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
3 .http://idreyldreams.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik.html 
4. http://anisyamir7lee.blogspot.com/2014/05/tamat-pada-30-mei-jam-9-pagi.html 
5. http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
6 . http://satujanjikita.blogspot.com/2014/05/jom-teka-i-cuba-teka-ye.html 
7 . http://nurpunyebelog84.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
8 .http://ourmemoria.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
9 . http://850510.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
10 . http://rabiabiz79.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
11. http://www.syuhadasalleh.my/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html
12 . http://cintanelly.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
13 . http://www.ayuinsyirah.my/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
14 . http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
15 . http://syahidahfadilah.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
16 . http://annaputri20.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-dik-an.html 
17 . http://amirahsafiee11.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
18 . http://justforfund.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
19 . http://pelukisaksaraa.blogspot.com/2014/05/segmen-jom-teka-barang-by-dik-an.html 
20 . http://twinkleeestar.blogspot.com/2014/05/blog-post.html 
 
kalau ada nama yang tercicir bgtau Dik An ye :)
 


Segmen : Jom Teka Barang by Dik An

 
 
Ini sticky post . Scroll ke bawah untuk entry laenn.
 
Bismillahirahmanirrahim...
 

Syarat-syarat :

1. Follow blog Dik An bagi yang belom follow.
2. Copy gambar dan sila sertakan jawapan apa yang berada di dalam kotak itu.
3. Send kan link penyertaan di entry ini.
4. Segmen tamat  pada 31May 2014.

Hadiah :

2 x Topup RM 10
2 x Topup RM 5
5x bloglist untuk June .

Dik An akan pemilih pemenag berdasarkan jawapan yang tepat . 10 penyertaan pertama yang jawab dengan jawapan yang betol itu lah pemenang nya. Kalau tiada jawapan yang betol Dik An akan adili berdasarkan pakcik random.

Selamat Bersegmen !

Friday, 30 May 2014

Perhatian Kepada Peserta Segmen Jom Teka Barang by Dik An

 

Perhatian kepada peserta Segmen Jom Teka Barang by Dik An .
Disebabkan Dik An ada hal dan tak dapat nak umum pemenang selepas 6 petang karang  , maka Dik An lanjutkan tempoh sehingga hari esok. Dik An akan tetap terima korang dan terima kasih walaupun yang join tak ramai . Mekasihhh. Kalau ikutkan tamat 6 petang ni kan ? Tapi Dik An lanjutkan sehingga esok 31 May 2014. Harap maaf dan terima kasih pada yang sudi join.
 
Korang yang lain jom lah joinn ? Terjah SINI untuk joinnn !


Takde Air

 


selamat pagi . Haaa sapa yang tak join segmen Dik An tu lagi boleh terjah SINI .
Pagi pagi macam ni Dik An dah moody . Sebab plan banyak gila dalam kepala hotak nak ke sana ke sini . Tapiiiii.
 
 
 
 
Ni lah  punca Dik An moody. Takde air . Guane nak mandi nak kuar jenjalan huhu . Selalu diorang kasi notis tau ni takde pulak . Maybe gangguan diorang dok bina Mydin kat taman Dik An ni kot . Seksa takde air . Jujur Dik An cakap lebih rela takde letrik dari takde air . wuwuwu. Sabar lah farihan . Harap sangat air akan ada secepat yang mungkin. Salam Jumaat !

Segmen Jom Teka Barang by Dik An dilanjutkan sampai 6 petang 30 May 2014

 


Sapa yang tak join lagi segmen Dik An boleh klik SINI .
Dalam entry tu Dik An kata tamat 9 pagi 30 May 2014 kan .
Tapi Dik An nak lanjutkan. Lanjut masa je bukan tarikh hehe.
Dik An lanjutkan masa sampai pukul 6 petang 30 May 2014 .

Jemput join dan selamat mencuba !

Thursday, 29 May 2014

Nescafe Latte Caramel

 
 
 
Sapa dah tengok iklan terbaru Nescafe untuk mempromosikan produk terbaru keluarannya . Alaaa yang ada si cantik manis Izara Aishah dan si handsome Shaeizy Sam tu...produk terbaru Nescafe yang diberi nama Nescafe Latte Caramel.
 
  taraaa ! Ni lah yang Dik An maksudkan. Cepat terpengaruh dengan iklan betol Dik An ni , terus nak g beli muehehe :D
 
 

Dah beli mesti lah nak buat kan . Nak cepat2 rasa betol ke diorang kata kat dalam iklan takde rasa pahit langsung. One more thing Dik An ni memang tak boleh dengan benda yang ada caramel ni , mesti nak cuba. Dik An memang peminat setia caramel hikhik.

 

Dik An memang tak reti nak minum panas-panas ni , even kalau sahur mama dah buat teh o panas sorang secawan Dik An akan g tambah ais hihi..
Rasa dia boleh tahan lah , Dik An ni bukan lah coffee lover sangat , tapi bila minum Nescafe Latte Caramel ni hmm sedap jugak sebab ada rasa manis caramel tu . 

Kesimpulan dia sedap dan nak kata takde rasa pahit tu hado jugak , tapi best sebab ada rasa caramel. Nasib ada jugak rasa caramel kalau idok memang nanges Dik An hehe. Korang boleh lah cuba hehe dan review. Pandangan dan rasa masing masing berbeza kann :)
 
 

Wednesday, 28 May 2014

Chicken Chop Homemade

 


Selamat petang. Petang ni kita dikhabarkan dengan berita dukacita di mana Sultan Perak telah mangkat. Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. In shaa Allah. Amin.
 
Masa tengok berita ni Dik An tengah prepare lunch untuk niece and nephew.
Nasib korang lah dapat makcik cam gini pukul 4.30 baru korang dapat lunch. Tu pakej nama nya lunch + tea time . Hehiks ! 
 
Harini tetiba idea menjelma untuk membuat chicken chop. Amani dengan Aryan suka sangat chicken chop ni sampai satu tahap everyday nak kan chicken chop.
So , dari situ idea menjelma, asyik beli je kan...why not buat sendiri . Homemade gitu. Senang pun senang and sekali sekala , dua kali dua kala dapat lah jimat sikit kannn ?
 
Even ramai dah tahu resepi dia , Dik An tetap nak share jugak huhu. 
 
Bahan-bahan.
 
Bahan A
 
1 Peha Ayam.
 
Bahan B 
 
Garam.
Lada Hitam.
Lada Putih.
Knor pasti sedap.
Rosemary.
 
Bahan C
 
Telur.
Tepung gandum.
Tepung jagung.
Minyak.
 
Bahan D
 
 2 sudu planta.
2 sudu tepung gandum.
250 ml susu full cream.
Serbuk lada hitam.
Sos Lada Hitam .
Kicap.
4 butang cendawan dihiris nipis.
Garam dan gula secukup rasa.
 
Cara-cara.
 
1. Debonekan bahan A (peha ayam).
2. Setelah siap debone peha ayam perapkan dengan bahan B. Perap dalam 30 minit. Sementera tunggu perapan kita wat kuah. (bahan D)
3. Memula kita cairkan planta . Lepastu masuk kan tepung gandum . Kacau sebati masuk kan susu . Kalau agak pekat boleh tambah sikit air . Lepastu masuk kan serbuk lada hitam , sos lada hitam , kicap (Dik An tak letak) , cendawan dan perasakan bersama garam dan gula.
4. Siap kuah (bahan D) , maka boleh lah panaskan minyak...amik perapan ayam tadi celupkan dengan telur , gaulkan bersama tepung gandum dan last sekali bersama tepung jagung. Goreng sampai masak/warna bertukar keemasan.
5. Siap untuk dihidang. Tuangkan sos ke atas ayam yang siap digoreng.

 

sebelum letak kuah. haish lapar balik ni huhu.

 

ni untuk aryan. Version celup telur .

 

Version amani tak celup telur sebab campak tak baik lagi. 
Memandangkan dia tak pantang maen bedal hayam semua , makanya Dik An pon belasah je kasi dia makan. Susah wey bebudak ni , orang kata tak bleh lah dia nak kann.

Bagi Dik An senang je buat nya. Susah tu nak debone peha ayam sebab first time kan. Siap study satu jam lagi kat youtube how to debone chicken legs. Huhu. Alhamdulillah menjadi jugak dan boleh buat lagi hehe. 

Untuk kuah pulak kalau nak kasi warna jadi black (hitam) bleh lah masuk kan kicap sikit. Memandangkan Dik An , adik baru baik campak , amani pulak sedang bercampak campak lagi maka Dik An tak letak kicap. Hehe.

Selamat mencuba dan salam maghrib ! :)
 


Kuih Cincin

 


 

sumber dari mr google.

Sapa pernah dengar kuih cincin ? Alaaa kalau blogger from Sabah mesti tahu kan sebab kuih ni ada dekat sana je kan ? Parents Dik An panggil kuih kepala paip..hah ? Kepala paip...jangan tanya Dik An mengapa sebab Dik An tak tahu haha. Maybe sebab bentuk dia ala2 kepala paip sikit kot. Ngeh ngeh ngeh ^_^
 
Dik An sememangnya suka dan jatuh cinta dengan kuih cincin ni since first time makan lagi tau. Sedap sangat. Rasa rangup2. Kalau dapat kat Dik An sepeket Dik An sorang je boleh habiskan hehe. 
 
Baru baru ni ( last 3 or 4  weeks gitu) , baru lagi lah kan...mak Dik An beli kuih cincin ni dekat RnR Seremban arah Selatan. Tudiaa siap detail lagi tu hehiks. Tapi bila makan Dik An sedikit kecewa sebab terasa kurang sikit. Rasa macam tak sama yang Dik An selalu makan yang asli from Sabah punya. Belek belek kat plastik dia , dikuarkan dari Selangor , hmm patut lah taste tak sama sikit.
 
Dik An kalau dah suka memang muka tak tahu malu tau , sapa yang pergi Sabah mesti Dik An nak kirim haha. Sapa malu rugi tahu ? Hihi. After raya nnti cousin akan start bertugas dekat Bank Negara cawangan Sabah. Dah cakap sesiap nnti setiap kali balik Perak kena kasi kuih Cincin ni. 

Ada sapa2 geng dengan Dik An suka makan kuih cincin ni ? ^_@ .

Resepi : Macaroni Bakar

 

 

Selamat pagi....yuhuuu ! dah sarapan ke belom ? Yang blom tu mintak maaf lah kalau ada yang lapar tgok gambar ni...haha. Ni cerita semalam , tetiba idea datang nak wat macaroni , makanya berbuka puasa semalam makan macaroni lah. Kelas kau farihan buka puasa ala2 mat saleh makan macaroni. Haha. 

Resepi macaroni agak senang jugak. Simpe je. Cepat je nak watnya yang lama nya tang nak defrost daging dengan nak bakar je hehe. Meh Dik An share resepi...

Bahan A

1 Cawan macaroni.
1 sudu besar garam.
2 sudu besar olive oil.

Bahan B

1 bijik bawang besar di potong dadu.
200 gm daging/ayam kisar.
2 sudu besar rempah kari daging.
1 sudu kecil garam.
1 satu sudu besar lada hitam.
Minyak untuk menumis.

Bahan C
1 kotak kecil santan ( guna susu pun takpe).
1 cawan air.
5 bijik telur.
1 sudu kecil garam.
1 sudu besar gula.

Bahan D
Daun bawang.
Daun sup.
Cili merah dan hijau.
Bawang goreng.

Cara-cara.

1. Mula2 rebuskan bahan A. Rebus macaroni dalam setengah jam ataupun sehingga masak/lembut dan toskan.
2. Masak bahan B , memula panaskan minyak , lepastu masuk kan daging kisar , agak dah masak (dia tukar kaler) masuk kan serbuk kari daging , garam dan lada hitam.
3. Blender bahan C .
4. Bahan D dihiris halus except bawang goreng.
5. Satukan bahan A , B , C dan gaul kan rata dalam bekas. Taburkan keju ( kalau nak) dan last sekali taburkan bahan D .
6. Bakar dalam 170 darjah celcius dalam 30 minit .

Siap untuk dimakan. Selamat mencuba !

Tuesday, 27 May 2014

Segmen Blogwalking Cuti Sekolah bersama AyuInsyirah

 


  

Kak Ayu ni rajin nau nau wat segmen blogwalking ni.
Dan Dik An pun rajin nau nau nak join nya . Hehiks!
Nak join sila terjah SINI !


Segmen Blogwalking by Izzati Amira



[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random : '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Salam Israk Mikraj

 


 
 
source from en google.
 
sesapa yang puasa harini Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Dik An ucapkan :) 

Monday, 26 May 2014

Ngantok

 


 
 
source from google.
 
Huwaaa macam gini lah rupa Dik An sekarang.
Ngantok sesangat. Bawah mata ni eyebag jangan cakap lah , sampaikan aryan tegur bawah mata kakcik hitam, jangan tido lambat dah tau . How 2 years old child can say like that ? Pandai Aryan.

Ni gara-gara lepas subuh baru Dik An tido. Semalam siapkan 16 pack lasagna ayam dan daging. Buat tu kejap je , nak bakar tu yang lambat. Dik An guna oven eletrik je , sekali masuk boleh 3 pack , jadinya ada lah dalam 6 kali bakar semalam...

Dik An suka start bakar lewat2 sebab ye lah benda tu susu dan berkeju tu yang bakar lewat , abg dgn kakak ipar ngn ayah nak bawak g kilang ngn sekolah pon boleh lah tahan lama sikit...semalam mata boleh tahan sampai pukul 3.30 je lepastu ngantok sangat2...tido tido ayam lah sambil tggu nak tukar dalam oven tu.

Siap bakar semua dalam pukul 5 macam tu , terus sahur...tolong packing kan lasagana dalam plastik , terus subuh dan tido tak hengat dunia. Haha.
Jaga jaga dah 11.30 , ingatkan awal lagi , nak pulak cuaca redup je kan 
memang syok tido. Sekarang pon ngantok lagi. Hujan pulak meh lah kita menidurkan diri kita ni. Zzzzzzzzzz.

p/s : Tido dulu kang malam nak berjaga lagi. Alhamdulillah rezeki :)

Sunday, 25 May 2014

Berjangkit Sudah dan Tips Taknak Berjangkit Demam Campak

 


 

Nampak tak muka anak buah Dik An bertompok tompok putih tu ?
Amani bukan pakai bedak sejuk tau , tapi dia pakai ubat sapu nak kecutkan campak...campak ? Yess dia berjangkit dengan Dik An , Dik An pulak berjangkit dengan adik Dik An huhu...maen jangkit jangkit sudah.

Kesian tengok dia , yelah...budak lagi kan , sikit sikit nanges.
Dik An yang besar ni pon ritu nanges lah sensitif huhu , sekarang Alhamdulillah Dik An dah ok walaupun tak baik sepenuhnya lagi , ada sikit2 je lagi...hopefully hilang lah tak jadi parut huhuu.

Ok meh Dik An nak share tips kalau korang taknak berjangkit demam campak .
Dik An baru tahu je ni , makngah Dik An kasi tau . Goreng kacang tanah dan goreng sampai hangus/hangit warna dia jadi hitam legam tu , korang letak dalam baldi , rendam semalaman , dan esok pagi tu mandi lah dengan air tu...

Satu lagu tips adalah masuk kan daun mambu dalam kolah or bekas kita mandi tu , lepastu mandi air tu...demam campak ni memang setiap orang akan kena kan ? Tapi kalau yang mana ada adik atau anak kecil tu , risau takut diorang berjangkit boleh lah cuba tips Dik An ni...bukan apa budak2 kalau kena kesian kann ?

Apa pon semua ni aturan Allah , kita dah cuba kalau dengan izin Allah in shaa Allah tips tu menjadi tapi kalau tak jadi jangan salah kan Dik An pulak. Semua ni luar bidang kita , Allah punya kuasa :)

Saturday, 24 May 2014

Result Nuffnang Poll 2.0

 

Baru-baru ni Dik An baca blog Fiza pasal result nuffnang poll 2.0 ni kan ?
Dik An pun nak jugak semak , semaknya semalam tapi hari ni baru ada masa nak update hehee. Meh kita tengok hasil dia..
 
Dik An tak lah tunjuk semua , tunjuk yang penting-penting je hehe...
 
 

pembaca blog Dik An 100% female hehee...

 

oooo baru tau yang age range more to 25-30 years old hehe.
Ingat kan studeng sekolah je baca blog Dik An yang suam suam kuku ni huhu..

 

yang 25 % Sabah ni Dik An tau dah sapo. Hehiks.

 

Mekasi pada yang selalu komen kat blog Dik An yang tak seberapa ni .
Sekarang Dik An dah letak top commentor , boleh lah nak usha2 sapa yang rajin komen kat Dik An ehehe...buat silent reader pon trima kasih sebab sudi singgah baca blog Dik An :)

 

terima kasih yang hari2 sudi bertandang kat blog Dik An. Dik An hargai sangat-sangat :)

 

In shaa Allah Dik An akan perbaiki apa yang kurang.

 

In shaa Allah nanti Dik An wat giveaway ye...tengah cari masa yang sesuai hehe...

Apa pon terima kasih pada yang selalu baca blog Dik An ni. Korang dah semak nuffnang poll ni ? Kalau belom boleh semak dan share macam Dik An jugakk  ^_^ 
 
 
 
 
 
 
 

Weekend

 


 

Happy weekend semua ! Weekend2 ni buat ape je ?
Dik An weekend2 ni siapkan order .
Siang ni dapat 3 pack lasagna , malam karang 7-10 pack pulak.
Alhamdulillah rezeki di hujung minggu.

Sepatotnya Dik An nak g KL kawan sekelas kawin , tapi sebab semalam Dik An ada urusan kat Tg.Malim. Habis lewat petang. Rushing balik Parit Buntar balik , so ingat nak naik bas pagi ni tapi takut kang sampai dah lewat petang. Kawan dari PB ni jugak dah pegi naik bas semalam. Jadi nak g tu pon dok pikir sapa nak amik semua terus tak jadi p.

Lagipun semalam sampai rumah pon dah 10 lebih , penat drive semua tak hilang lagi , ngantok bagai. Takpe lah anggap takde rezeki nak makan nasi minyak kawan.
 Makanya terus lah wat order yang pending tuh.

Buat nina , Selamat Pengantin Baru , sorry sesangat aku tak bleh p , walaupun aku tak pegi aku sentiasa doakan hang . Semoga berbahagia selalu , cepat2 kasi DAT 6A anak buah hehiks !

p/s : harini nak blogwalking puas-puas hehe. sapa nak Dik An terjah blog dia angkat tangan. Haha.

 

Friday, 23 May 2014

Moga Dipermudahkan

 



 

sumber google lepastu edit2 letak reben 'luck' tuh huhu.

For the third time.
Moga dipermudahkan segala urusan.
Moga dapat mengambil berkat di hari Jumaat yang penuh berkat ni.
Moga diselamatkan perjalanan pergi dan balik.
Yakin lah pada Allah. In shaa Allah.
Rabbi yassir wala tu'assir , rabbi tammim bil khair.

p/s : Lepas Dik An setel semua sampai umah awal malam karang boleh lah blogwalking blog korang :)

Salam Jumaat - Dosa Meninggalkan Solat

 


 

sumber dari facebook ^^

Dolu dolu zaman sekolah pernah jugak terbaca macam ni. Setiap kali nak solat kat hostel tu mesti akan nampak dan automatik nak baca walaupun dah pernah baca hehe...

Sekadar  peringatan untuk diri sendiri dan semua. Salam Jumaat :)

Siap Jugak

 


 

Alhamdulillah tepat jam 11.30 malam tadi siap jugak biskut coklat chip yang di order oleh sepupu kepada mama. 
Mekasih long order dengan kakcik dan maaf kalau tak sedap atau ada terkurang. Kali kedua long order dengan kakcik nih. Bak kata dua pupu Dik An walaupon rupa hudoh tapi sedap huhu. Alhamdulillah rezeki harini hehe.

Sekarang masa untuk tido sebab esok ada misi yang perlu diselesaikan.
Doakan Dik An agar esok dipermudahkan segala urusan ye esok..
In shaa Allah...Amin :)

Selamat malam...

Thursday, 22 May 2014

Giveaway RM300 by Blog Pancing Elih

 


 
 
 Jom join ramai-ramai. Nak join klik SINI .

Resepi Semperit Susu Senang

 


semperit susu :)

Meh sini adik kakak abang tengok resepi semperit susu senang.
Serious tak tipu senang gilos. Tak payah nak salin resepi kat kertas bagai , ingat je pun dah boleh hehe.

Bahan-bahan.

1. Seketul buttercup (250gm)
2. Setengah tin susu pekat 
3. 500 gm tepung jagung
4. Coklat rice

Cara-cara.

1. Satukan buttercup dan susu pekat dan kacau sebati.
2.  Bila dah sebati masuk kan tepung jagung.
3. Kacau rata tepung jagung , pipekan guna acuan buat tart gulung tu ke dalam loyang.
4. Tabur coklat rice dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.

Haaa apamacam ? Senang tak ? Ni Dik An test buat untuk raya. Sedap buat kudap kudapan sambil tengok tv. Dik An lebih suka semperit susu ni berbanding semperit yang bunga dahlia tu hehe.

Apa lagi dah senang dan mudah sila lah cuba . Selamat mencuba :) 

Wednesday, 21 May 2014

Happy Birthday Dear Friend

 


 

Happy birthday zura !
Happy birthday jiran sebelah meja kat kelas , happy birthday jiran sebelah katil masa kat asrama dulu and happy birthday dear best friend !

Alhamdulillah dah 11 tahun perkenalan kita . Aku doakan hang sentiasa dimurahkan rezeki , panjang umur dan bahagia bersama orang tersayang.
Good luck final exam nnti. I love you best friend !