Wednesday, 30 April 2014

Keliru antara 1 REJAB dan NISFU SYAABAN

 

 
  
ramai yang keliru antara 1 REJAB dan NISFU SYAABAN
 
Gambar ni Dik An post kat FB Dik An sendiri sebab nya Dik An tgok ramai yang cakap pada 1 REJAB buku amalan lama ditutup dan diganti dengan buku amalan baru...Salah tu sayang...itu pada bulan SYAABAN pada NISFU SYAABAN.
 
Sebelum kita nak copy paste atau pun update status apa2 pastikan ia betol lagi-lagi hal yang berkaitan Agama ni...Dik An ni pon even dah tahu sebelum update tnya mama lagi nak kan kepastian...
 
Maafkan Dik An andai Dik An tersalah...Dik An cuma nak memperbetolkan apa yang salah je...:)



WW : Lasagna Lagi

 
 
 
Photo: 1.15 a.m done baked lasagna.
Thanks your for your order.
Kalau sedap boleh repeat , tak sedap boleh bgtau. Thank you.

Lots of love :
Cikbaby 
malam tadi Dik An wat Lasanga lagi...
semalam gigih membakar 4 pack Lasagna Daging...
Alhamdulillah rezeki orang order , terima kasih sangat...
sekarang mata dah rabak , tido lewat bangun awal pagi...
siap bakar 1.15 a.m terus cari bantal selimut :P
nak tido tido ayam kejap karang sambung berblog dan blogwalking :)

Tuesday, 29 April 2014

Dodol Launcher

 


Tetiba kan Dik An rasa kesian sangat kat diri sendiri even berjaman guna smartphone tapi baru tahu kewujudan Dodol Launcher dan Laucher Themes ni . Erk apakah Dodol Launcher ni , bukan dodol yang korang makan masa raya tu tau !
Dodol Launcher ni sejenis application kat Android untuk kita make over handphone kita , kira themes lah kan...
 
Kena install dulu lepas tu boleh lah kita make over kan handphone kita , alaaa takdelah make over mana pon , just pilih themes yang korang suka then install dah siap themes dia..jom tengok themes dia...kiut miut sangat tau !
 
 

banyak pilihan themes yang korang boleh pilih !

 

Cantik cantik semua. Kiut miut !


 

paling suka ballerina tu huhu...
tapi malang seribu kali malang fon Dik An tak boleh nak install si Dodol Launcher ni , kena setting balik , restart semua balik baru menjadi katanya..
ni semua Dik An wat kan fon mak , fon sendiri tak boleh maka fon mak pon jadilah haha !

 
fon sendiri boleh cam gini je , yang kiut miut macam kat Dodol Launcher tak de pon , takpelah ni pon cantek apa ! Yang ni from Launcher Themes .Mihmihmih sekali lagi rasa kesian sebab baru tau semua ni , korang yang taktau pasal Dodol Launcher boleh lah install ! :)
 
 

CPUV Nuffnang tapi dah Credited

 
 


 

Tak tahu pulak dapat CPUV tetiba tergerak hati nak check tadi ada pada 17 April td adalah CPUV Nuffnang tapi dah credited dah...second time kiranya blog ni dapat CPUV...
Alhamdulillah salah satu rezeki jugak ni kan , terima kasih Nuffnang , terima kasih korang yang selalu klik klik iklan Dik An tu..
Moga lepas ni ada lagi CPUV yang sudi berkampung dekat blog Dik An ni...
Usaha tangga kejayaan ! :)

Monday, 28 April 2014

Apo Bondo Eh Ni ?

 
 
Assalamualaikum


salam petang semua...yang tengah keje mesti menghitung jam nak balik keje kan ? Yang dok umah mesti taktau nak watpe kan ? Dik An lah tu tak tau nak watpe kan...jadinya kita maen game je lah kan..baru-baru ni Dik An dok scroll timeline fb tgok ramai dok tanya jawapan kepada satu game ni. Macam best je jadi Dik An pon install lah kat fon jugak hehe..
 
Game apa ? Game ni nama dia "Apo Bondo Eh ni?"
 
 

Apo Bonda eh ni ? alaaa game ni ala2 game Guess The Emoji , eh tapi bukan ala2 rasanya , sejibik macam tu beza dia Guess The Emoji versi english kan tapi yang ni versi melayu...syok jugak maen benda alah ni , menguji minda hehe.

 

macam ni lah bentuk permainan dia. masa gambar ni jenuh mikir apakah ini haha...yelah tangan tu dah macam gaya hi hi bye bye je kan...
kalau tak boleh jawab boleh pilih sama ada nak tanya kat fb atau pon nak guna hint...tapi Dik An dua2 takbuat...Dik An google je , sambil maen sambil laptop kat sebelah tgok jawapan ngeh ngeh :D , tapi yang betol2 tak tau je baru tgok jawapan...korang jangan ikut macam Dik An ni tau , ni tak menguji minda langsung haha...
 

 
 
 
 

Friday, 25 April 2014

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

 



 

jom ramai - ramai join segmen dari ASHA LYA.
sesapa nak join boleh terjah SINI.
Segmen tamat pada 5 mei ni. Ada masa lagi kalau korang nak join..
Buat ASHA LYA kita support awakk !!! :)

RESEPI : LASAGNA STEP by STEP

 
 
Malam semua...dah malam baru Dik An update , tadi siang blogwalking mana sempat je hehe..malam ni nak share resepi Lasagna kat korang semua. Sapa suka makan ? yeay kita geng...kalau makan kat Secret Recipe dengan Pizza Hut tu kan mahal sikit , baik wat sendiri je...maaf lah memalam macam ni update pasal makanan pulak kan ngeh ngeh ngeh :D . Jom tengok step by step dia..
 
***maaf sebab banyak benau gambar nya***
 
 
watak utama tentulah kepingan lasagna ni. Dik An beli brand SAN REMO ni , dah ini je yg hado dan Dik An tau , ke ada brand laen lagi ?? Beli sekotak je dah cukup tapi bergantung jugak pada saiz loyang korang guna , kalau besar baik korang beli dua kotak tau..

 
bahan seterusnya sos prego , cendawan dan daging kisar...
cendawan tu potong nipis

 
250 ml susu segar / full cream , dua sudu planta , dua sudu tepung gandum , dua keping keju cheesedale dan keju mozarella atau pun yang macam gambar ni pizza topping...pizza topping ni murah sikit berbanding mozarella.

 
sedikit black pepper dan serbuk oregano.
garam dan gula *takde dalam gambar* secukup rasaa.

 
sebijik bawang besar yang dipotong dadu.

Jom tengok cara buat dia pulak..

 
memula kita buat sos daging ni dulu...kat atas ni bahan yang digunakan untuk sos daging ni..bawang besar potong dadu , daging kisar , sos prego , black pepper dan serbuk oregano serta sedikit garam.

 
panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga berubah warna/layu.

 
bila bawang dah layu masukkan daging kisar tadi, abaikan dapur yang bersepah tu huhu..masak sampai daging tu berubah warna tau...

 
lepas daging dah berubah warna tu , masuk kan sos prego tu...Dik An masukkan setengah botol tu , kalau korang guna botol kecik masuk je terus satu botol tu :)

 lepastu masuk kan cendawan yang dihirs nipis tadi..

 
lepas cendawan tu dah sebati semua dalam kuah , masuk kan sedikit oregano , black pepper dan garam dan gula...**nak tambah sesudu sos cili pon boleh jugak. 
Ni masa ni kalau rasa ada yang kurang pepandai lah adjust nak letak gula ke , garam ke atau tambah sos prego hehe...siap dan ketepikan dulu.
buat sos putih pulak..

 
bahan bahan untuk sos putih , planta dua sudu , tepung gandum dua sudu , dua keping keju cheesedale dan 250 susu segar...Dik An wat triple kuah ni sbb nnti dia akan jadi pekat...

 
panaskan kuali lepastu cairkan planta...kalau nak guna butter pon boleh takde sape marah hihi..

 
lepas planta dah cair masukkan tepung gandum , masa ni akan jadi berketul sikit...teruskan kacau dan kacau tepung tu..**masa ni tgah tgkap gambar ni boleh pulak henpon hang -.-

 
lepas tu masukkan susu segar tadi , lepastu kacau sampai sebati..jangan biarkan tepung tu berketul2...nak senang kacau guna whisker...

 
lepas dah sebati ,ketulan tepung pon dah takde,masukkan kepingan keju , automatik kuah jadi pekat sikit sbb ada keju ni kann..

 
lepas tu masuk kan sedikit garam...kacau sebati tutup api , kalau korang rasa terlampau pekat boleh tambah susu/air...siapp..

nampak periuk kecil atas api tu , yang tu untuk rebus kepingan lasagna , nak kasi lembut sikit...masa rebus ni letak lah minyak+garam sikit...kena hati2 sikit kalau terlampau lama kepingan tu mudah pecah...dan Dik An rebus satu2 sebab takut kepingan tu melekat satu sama laen...dah siap rebus,siap sos daging siap sos putih boleh lah kita melapis-lapiskan dia...

 
amik bekas loyang ke letak kan kepingan lasagna tu, macam Dik An guna bekas kecik so dapat satu je lah , kalau korang guna loyang besar letaklah kepingan lasagna penuh satu loyang..

 
lepastu masuk kan sos daging tadi tu...tutup kepingan lasagna tadi..

 
lepas tu masuk kan sos putih tadi...

 
siap ratakan kuah putih masuk kan lah keju mozarella atau pizza topping tu..
lepastu ulang balik step letak kepingan , letak daging , letak sos putih dan keju..ikut lah berapa layer yang korang nak wat...

 
macam Dik An dapat dua layer je sebab bekas kecik .
siap semua bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit.
***bergantung pada jenis oven korang jugak. Kalau jenis laju dan api kuat cepat lah sikit masa membakar.

 
siap di bakar...boleh lah potong dan makann.

 
nampak tak keje melimpah ruah ? Ni sebab kuah putih tu ada keju sama , tu yang jadi lebih sedap...kekuatan lasagna ni bergantung pada sos daging dan keju..semakin banyak keju,semakin sedap lah lasagna anda ! Sesuka hati je wat hipotesis kan hihi...

Tamat sudah pembelajaran malam ni...dan untuk pembaca blog Dik An kalau ada yang tinggal kat Parit Buntar , Nibong Tebal , Sungai Bakap ,Jawi dan Bagan Serai, Dik An nak mengisytiharkan boleh lah order dengan Dik An , boleh pm kat facebook untuk detail lebih lanjut..:)


 








 

 



 

Wednesday, 23 April 2014

Cari Rezeki

 
setelah insaf selepas membaca kata-kata yang Dik An post awal pagi tadi tu terus tak tido tido haha...lama mana insafnye tak tahu lah kan...terus bangun wat keje umah semua...semua tau kan yang Dik An ni sekarang penganggur terhormat kan ? Jadinya memang sah sah lah Dik An lepas subuh sambung tido untuk bermimpi , ngeh ngeh ngeh :D
 
Tapi tu dulu lah , sekarang Dik An wat bisnes kecil-kecilan je , boleh lah yang dapat untung walaupun sikit je kan..cari rezeki demi sesebuah iPhone 5s kan, eh salah haha...cari rezeki demi sesuap nasik :)
 
V
V
V
V
 
 

ni lah bisnens yang Dik An wat...eceh gaya cakap serupa bisnes besar je kan .
Dik An jual aiskrim Malaysia ni kat bebudak sekolah kakak , jadi lah kan , adalah hasil sikit daripada duduk saja kat umah tanpa mendatangkan hasil kan .
Ada yang cakap alaaah setakat jual aiskrim berapa lah sangat kan , takpe...ni permulaan , kata-kata orang yang pandang rendah apa yang Dik An wat ni lah yang mendatangkan lagi semangat pada Dik An...insyaAllah :)

Sehari kadang tu dapat lah jual 70-80 lebih ikat aiskrim , nak wat 100 peti ais dah full house :P , akan di usahakan untuk wat lebih lagi...kadang-kadang Dik An selitkan dadih sekali adalah untung lebih sikit...kadang tu roti...insyaAllah nak selitkan cheese tart pulak lepas ni...

 

dan ni pulak pembawa rezeki untuk Dik An's Story...terima kasih daun keladi , Dik An akan balas budi tehee...berblog ni pon rezeki jugak sebenarnya , kalau rajin adalah hasil kan ? Untuk yang selalu datang blog Dik An klik iklan , Dik An akan balas balik dengak klik balik sapa yang view tu hehe :)



 

Tidur untuk terus bermimpi atau bangun untuk mengejar mimpi

 


 
source from google
 
selamat pagi semua...tertarik dengan kata-kata dalam gambar ni , betol tu setiap pagi kita diberi dua pilihan sama ada untuk terus tido dan bermimpi atau pon bangun untuk mengejar mimpi...huwaaa terus jadi rajin harini , lepas subuh dop tido dah...

Maka pilihan di tangan anda...  ''tido untuk terus bermimpi atau bangun untuk mengejar mimpi" . Pilihan Dik An tentulah bangun untuk mengejar mimpi dan for sure semua pilih sama dengan Dik An , tapi terkadang tu Dik An pilih dua2 :P

selamat bekerja semua :)


Tuesday, 22 April 2014

Susah Minum Air

 



Salam petang...alhamdulillah kat tempat Dik An hujan lebat mencurah-curah ke muka bumi...sejuk je hehe...sebut hujan nak bercakap pasal air...
bukan pasal catuan ke apa pon , cuma nak cakap soal minum air...
 
sapa kat sini susah nak minum air ? Dik An lah orang tu , selalu minum secawan je tiap kali lepas makan...tu pon kadang minum kadang takk...kalau minum pulak nak yang sejuk sejuk saja..baru sedap je kan ? Dan bila jarang minum air mula lah cepat sakit sakit ni kan dan berat badan pon susah nak turun...
 
Rasanya semua tau kan yang air tu penting untuk badan kita , nak kurus atau turunkan berat badan pon kena minum banyak air kan? Jadi nya sekarang learning process untuk minum air 1 liter sehari ke ? *mampu ke?* InsyaAllah boleh...
 
apa yang Dik An wat sekarang selalu isi air dalam botol dan bawak je botol tu g mana pon , tgok tv , nak tido , nak kuar jenjalan...sebab bila Dik An bawak botol air dia keje nak minum je...rasa sayang kalau tak habiskan air tu..cakap je lah yang sebenarnya diri tu malas nak ulang alik dapur amik air ngeh ngeh ngeh :D
 
 

nampak botol air yang kebudakan budakan ni ? botol juga memainkan peranan penting untuk kita minum air , semakin cantik botol air , semakin kerap kita nak minum air ...tudiaa Dik An wat hipotesis hihi...sehari kadang tu dapat lah 3 botol ni Dik An habiskan...waaa nak kurus sanggup berkorban walaupun lepas tu asyik ulang alik ke toilet huhu...

sesapa yang susah minum air macam Dik An boleh lah try kekdah yang Dik An wat ni...salam maghrib :)


 

Dah Dapat

 


Harini baru muncul mood nak menaip berkata-kata...weekend + semalam *monday blues* so kita join segmen dengan blogwalking je...rajin benau Dik An blogwalking semalam hehe...
 
Back to the title ''dah dapat'' dapat apa ?
 
V
V
V
V
V
V
 
 

dah dapat apa yang Dik An idam kan...tudung AJ which is AIDIJUMA , dah alang alang pegi concept setore dia rembat 4 helai terus..yang hujung kiri warna hitam tu biddang nampoloh , kakak beli so boleh kongsi2 dengan mama hehe...
Yang warna pink cekelat dengan purple pink abstrak tu nak kasi kak ipaq Dik An pilih selai , lepastu barulah Dik An amik mana Dik An punya..

Yang sebelah bidang nampoloh pon Dik An punya jugak , Lips namanya...merasa lah pakai black label ngeh ngeh ngeh...g bayar semua dulu ada balance terus rembat yang Lips tu hehe..dah kenan kena amik kang terkenang kenang pulak kann :P

Tapi sedih sikit , actually g tu nak beli jenis laen , bunga-bunga gitu tapi dah habiss...huwaaa :(, para peniaga dah borong tau...so yang tinggal yang white label tu yang pink cekelat + purple pink tu je tau..kadang rasa geram jugak , para peniaga beli borong , lepastu diorang jual 20 hengget...memang terasa sikit lah nak beli kan...beli dekat concept store selai 10 hengget dah boleh amik 5 helai kan...tapi kalau beli kat pasar kemboja atau pasar malam selai 20 hengget...nak beli banyak pon terasa je kan...takpelah, diorang pon cari rezeki huhu..

ada sesapa minat Aidijuma macam Dik An jugak ke ??? 


 

Monday, 21 April 2014

1st MINI GA by NaNie Dean

 
 
 
 
 
 
hallo hallo....Dik An join segmen lagi , rajin sungguh Dik An join segmen bulan ni hehe...kali ni by NaNie Dean
Segmen tamat pada 4 mei 2014...ada bnyak masa lagi kalau korang nak join.
Jom lah ramai terjah SINI untuk join segmen ni :)