Monday, 31 March 2014

D Seafood Paradise Teluk Tempoyak

  


Assalamualaikum...

Hari jumaat haritu saja lah pegi Penang , sebab nak merasa naik jambatan baru kan , pegi pun dah lewat so elok turun jambatan azan Maghrib...g solat dulu lepas tu apa lagi cakap kat mak, lapar...kakak ajak pegi NURUL IKAN BAKAR tp dah selalu sangat g situ kan, why not try tempat baru...maka pegilah makan kat D Seafood Paradise Teluk Tempoyak...

Senang je nak cari Teluk Tempoyak ni turun jambatan kedua tu je amik kiri , lepastu nnti nampak signboard masuk je terus naik bukit dan turun bukit hehe...sampai je ramai gila org , pariking pun hampir full , nasib dapet jugak park hehe..apa yang best sebab restoran dia btol2 terletak sebelah laut , kalau g siang best lah boleh nampak permandangan , g malam kureng sikit...nmpak lampu jambatan je lah hehe..tp best smbil makan smbil dengar deruan ombak gitu hehe...yang penting ada wifi free haha.

selalu kalau pegi makan diorang yang datang meja amik order kan , tapi ni laen sikit ,kita sendiri kena g depan pilih semua jenis seafood yang ada dan bgtau nak masak apa,even korang nak goreng tepung je pun korang kena pilih sendiri sotong or udang tu..


ini menu dinner Dik An dan family , amik siakap masak tiga rasa , ketam lembut goreng tepung , sotong goreng tepung , tomyam campur , kailan ikan masin , ikan pari bakar , coconut shake 1 jug dan teh o ais 1 jug takde dalam gambar...dan nasi untuk 6 orang makan...rasa dia sedap sangat ok..recommended sangat untuk sesapa yang nak g makan kat sini. Totally semua yang kita makan ni RM 164.50 . Bagi Dik An ok lah sebab seafood kan , lepastu pilih ikan dan sotong yang giant semuanya.Yang paling Dik An suka ikan pari bakar dan ketam lembut goreng tepung dia. Argh melting sangat.Korang yang kalau ada budak kecik ni amik ketam lembut sebab boleh makan dengan kulit dia sekali. Aryan pon suka sangat ketam lembut ni.. Akhir kata sila lah pegi D Seafood Paradise ni. Recommended :)

 









Friday, 28 March 2014

Musim Bunga

 
 
Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah selamat balik dari jenjalan. Parit Buntar-Seremban-Johor-Singapore-Johor-KL-Parit Buntar.Sampai rumah hari rabu haritu dan harini baru berkesempatan update. Penat kononnya hehe. Dan esok ke Seremban pulak antar anak manja mak *adik Dik An* dia nak balik SASERS. 
 
Cerita ke kenduri dan USS menyusul kemudian. Apa yang Dik An nak cerita ni rasanya semua dah tau kot. Musim bunga yang berlaku kat tempat Dik An ni, serious cantek ok. Masa bercuti ada jugak lah kawan-kawan yang belajar sana and kawan-kawan yang tggal KL tnya betol ke kat PB *parit buntar* jadi macam tu. 
 
   

Yang ni yang depan umah Dik An. Actually Dik An taktau  pokok apa tp yang pasti pokok ni majlis daerah yang tanamkan hehe..
 
   
yang ni yang sekitar kawasan parit buntar. yang depan taman Dik An , yang dekat pusat bandar...untung sapa kawin time ni tau ,bleh bergambar kat pokok-pokok ni. Ala-ala pokok sakura kat jepun pulak. sambil drive sambil feeling2 ada kat jepun dengan korea. Boleh macam tu ? haha
 
Kat tempat laen pon ada pokok yang berbunga cam gini tapi mngkin kat PB ni paling menarik perhatian sebab bnyak kot. Hihi. 
 
Sekian dulu , bubye and wassalam :)

 

Friday, 21 March 2014

Jumaat yang ditunggu

 

Assalamualaikum....
 
  Salam jumaat pada semua. Jumaat yang dinantikan terutama bagi yang bekerja dan adik2 yang bersekolah..start esok yeay sekolah cuti..ciss over pulak kita ni kan...awak tu hari2 cuti tau hehe..
 
Jumaat ni memang Dik An tggu lama dah sebab Dik An sekeluarga akan g Johor, sepupu kawin..jadinya selama seminggu sekolah cuti maka seminggu jugak belog ni cuti dari update huhu...

Nanti balik dari cuti baru Dik An jenjalan blog korang ye, doakan perjalanan Dik An sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang...insyaAllah :)
sesapa yang rindu Dik An boleh terjah instagram Dik An @norfarihan, sebab forsure akan selalu update kat sana, tapi kat blog lepas balik baru dapat update ye hehe.. bubye semua..salam sayang Dik An untuk semua :)

Thursday, 20 March 2014

BAKSO




Assalamualaikum...

Sapa kat sini pernah makan BAKSO ? Bakso ni kalau tak silap Dik An berasal dari Indonesia . Alaaa dia lebih kurang macam bihun sup,mee sup tapi dia ada bebola daging tau...of course lah sedap bakso lagi dari mee sup semua tu..


  

ni laaa dia rupa bakso tuu. sebelum makan letak pulak cili padi yang ditumbuk kasar , argh confirm sambil makan sambil lap ayaq mata mihmihmih..
Kalau ada pembaca blog ni yang orang Parit Buntar,Nibong Tebal,Jawi,Sungai Bakap mesti korang tau bakso yang sedap kat mana. Kat depan YAWATA Nibong Tebal lah...takde tempat laen dah yg sesedap ni.

Dik An pernah beli bakso kat tempat Dik An ni tapi tak sedap , bukan tak syukur tapi dia macam bihun sup biase je..tak sama macam KAKYAN bakso yg macam dalam gambar tu. Orang-orang nibong tebal sebut je kak yan bakso mesti tau kot. Korang kalau ada yang dok area sini g lah cuba...tak nyesal ooo. Dik An ni setiap kali ke nibong tebal wajiblah beli lima ke enam bungkus bakso ni hehe...satu family dah suka makan bakso ni. Sapa ajar ? Dik An yg ajar haha...biasalah Dik An ni suka makan , ada je benda baru mesti nak cuba..
sapa yang tak pernah makan bakso kena lah cuba tp kalau boleh cari yg bebetol sedap punya hehe :)



ok last sekali saja nak selit gambaq diri seniri huhu...adik adik jangan tiru Dik An tau , bosang tggu traffic light lama sangat cam gini lah jadinya hikhik.
Pipi iolls macam pau sengget dah :P

bubye,wassalam...*nak p makan bakso*

 




 

Tahniah Pada Yang Berjaya

 

Assalamualaikum...
 
selamat petang semua...petang kat tempat Dik An ni dilimpahi dengan hujan..sejukkk hehe...ok seperti yang kita sedia maklum harini result SPM keluarkan , TAHNIAH pada adik-adik yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Pada yang kurang bernasib baik jangan putus asa , kalau kita tak berjaya SPM tak semestinya selamanya kita tak berjaya. Salah sapa fikir macam tu. Yang penting kena ada semangat lagi untuk meneruskan cabaran yang akan datang.
 
Pada yang berjaya juga jangan terlampau leka , alpa dan seronok. Ingatlah cabaran akan datang lagi susah untuk ditempuhi. Mana pun korang pergi pasti ada cabaran . Pilihan ada kat tangan korang sama ada nak pergi ASASI,MATRIK,STPM mahupun DIPLOMA..
 
Dik An ni taklah pandai sangat. Bukan sangat memang kau tak pandai pun farihan -.-. Jujur cakap atas sikap suka maen2 dulu,busy dengan pengawas,asrama semua satu A pun taraakkk. Sedih wey tapi nak nyesal pun tak guna. Salah sendiri kan. Tanggung lah akibatnya. Tapi Alhamdulillah walaupun dengan keputusan yang teruk tu sekurang-kurangnya sekarang Dik An dah ada DIPLOMA IN ACCOUNTANCY . Ada rezeki sambung degree pulak.
 
Lagi sekali TAHNIAH pada yang berjaya. Dan jugak tahniah kat cousin Dik An sebab dapat straight A's. Pandai korang huhu. Yang tak berjaya jangan risau , akan datang usaha lebih lagi,buktikan pada semua yang korang pon boleh berjaya ! Have a nice day :)

bubye,wassalam...:)
 

Wednesday, 19 March 2014

Kelas Aneka Tart




Assalamualaikum...



aneka tart yang sedap dimakan hehe...
dalam lima minggu lepas *tediaa lima minggu punya cerita baru nak hapdet* Dik An g belajar wat tart ni,g dengan kakak,cousin and kawan kakak. G ramai2 ni takdelah segan sangat. Tart2 ni ada yang Dik An dah tahu kecuali tart telur dan tart buah...so kira yg lain tu g belajar lebih lagi laa..

gambar first yg dalam tray tu cream puff. actually bila kita pipe kan ke dalam tray tu lagi mudah,lagi cantik hasil cream puff kita tu. DikAn selama ni pipe dalam loyang biasa je patutlah tak brp menjadi huhu.

gambar second and third tu tart buah dengan cheese tart. ok untuk tart buah ni dia tak guna cream cheese dia guna whiping cream and tepung instant custord tp DikAn lebih suka cream cheese lagi hehe..

gambar last tu egg tart. first time buat...senang lah jugak...tapi tak berapa nak suka sangat egg tart jenis ni..Dik An lebih suka egg tart portugis hehe...rasa and rupa dia berbeza hehe..nnti ada masa Dik An share resepi dia ye..
jumpa lagi,sekian,wassalam :)
 
  


 

WW : Teruskan Berdoa

  
  
  
Assalamualaikum ....
 
  

teruskan berdoa untuk pesawat mh370 yang hilang. dah 12 tapi tak ketemu lagi , moga keajaiban berlaku,moga semua anak kapal dan penumpang selamat,moga cepat ditemui. Amin :)

Tuesday, 18 March 2014

Demam

 
 
 
Assalamualaikum...


Terasa lama Dik An tak muncul kan . dua tiga harini tak sihat sikit. demam sakit tokak semua hado. cuaca yg sekarang panas terik lepastu hujan plak kan. hari sabtu yang mula ujan tu, kena ujan setitik dua terus demam , biasalah antibodi badan tak kuat huhu..

Anak2 buah pon demam jugak. maka demam secara berjemaah lah kan. tapi mak Dik An lebih layan bebudak lah kan sampai terasa eh sapa anak sapa cucu ni haha...dan dah dekat2 nak g vacation ni jugak lah Dik An selalu demam. Harini Alhamdulillah rasa segar sikit,cuma sakit kepala je...harapnya before jumaat sihat sepenuhnya. Kalau tak org laen seghonok berjalan Dik An layan demam je lah huhu...  


ni dah sihat sikit bolehlah nak blogwalking korang hehe :)


kang nnti Dik An update lagi. till meet again ! sekian wassalam :)

Sunday, 16 March 2014

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

 
 
 
Assalamualaikum...
 
 
 
http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-ayuinsyirah-mencari-rakan-blogger.html  
 
Dik An berasal dari negeri PERAK. Tapi PERAK UTARA sebab dah ke belah2 penang gituu hehe. Jom lah sesapa yang tak join lagi kita boleh join segmen ni. Selain dari dapat tambah rakan follower kita dapat kenal2 satu sama laen. tu yg lagi penting benau nya. Eratkan silaturahim hehe. sesapa nak join bleh klik SINI !

Tuesday, 11 March 2014

SUBWAY

 

Assalamualaikum...
 
 
Look at the title "SUBWAY" . Mesti dah dapat agak Dik An nak cita apakan ? Biasalah Dik An dan makanan berpisah tiada -.- . Bukannye Dik An nak cita pasal SUBWAY TRAIN or SUBWAY STATION. ni SUBWAY yg makanan tu hehe.
 
 
 
 

 
 sapa pernah makan ? For sure ramai yang pernah kann ?
 tapi Dik An baru first try semalam...kesiannn sangat kan ?
Bila dah makan eh eh sedap jugak. tapi rasanya jugak tak sesuai digunakan tapi SEDAP GILAA ! Thanks to kakak sebab memperkenalkan Dik An dengan SUBWAY. Perkara yang ditakuti jadi jua walaupun baru first time makan . Perkara yang ditakuti tu ialah Dik An dah jatuh cinta dengan SUBWAY ni haha !

sebelum ni bukan tak pernah amik tahu , tak pernah nak rasa tapi memang sengaja tak nak amik tahu , tak nak cuba rasa sebab takut tak kena dengan anak tokak. takut tak sedap. tulah orang kata tak kenal maka tak cinta ! see sekarang dah jatuh cinta.
 
 
 
  

Aaaaaa melting ! Kakak pulak dapat kupon untuk satu tahun , Buy one free one. Apa lagi tetiap bulan lepas ni haruslah pergi subway ! One more thing subway ni boleh lah nak dikatakan lebih kurang healthy food sebab roti dia tu ada yg ada herbs,fiber dan korangkan masa nak beli tu kita yg choose sendiri kan so korang boleh letak sayur bebanyak haaa kan dah jadi healthy food tu ! 
 
sorry lah korang ter'excited' pulok bercerita pasal subway ni haha...yelah budak tak pernah makan tau2 sedap kan ! sapa yg tak pernah try tu Dik An sarankan korang should try it ! tak rugi mencuba sesuatu yang baru kalau sedap kan ?
 
till we meet again ! bubye ! sekian wassalam :)
 

Monday, 10 March 2014

I'm Craving for L?????

 

Assalamualaikum...
 
Cuaca semenjak ni panas semenjang je kan. Tak ujan. Bila panaih panaih macam ni tekan Dik An mulalah nak something yang sejuk-sejuk. Dan dikala ini i'm craving for
 
l
l
l
l
l
l
l
l
l
 
 
 

craving for laicikang !
 
panaih macam ni makan benda sejuk cam gini terasa meresap sejuk tu ke seluruh badan. Kat tempat Dik An ni suka cepat habis laicikang nya mungkin cuaca yang panas membuatkan permintaan terhadap laicikang meningkat ? haha pepandai wat conclusion sendiri Dik An ni. Takpa lah tak dapat laicikang dapat teh o ais laici untuk bukak posa nnti pon ok jugak. 
 
till we meet again ! wassalam :)
 
 
 

Thank you Sis Julia

 
 
 
Assalamualaikum...
 
 
Petang semua. Dah petang baru Dik An muncul kan. Tadi bukak2 belog approved comment nampak lah komen yang tertulis ''tahniah sebab dipilih menjadi bloglist segmen jom blogwalking by sukagelak''. Alhamdulillah dan terima kasih pada sis JULIAJAMALUDIN . Huwaaa rezeki namanya dah lama tak join segmen bagai tup2 dapat jadi bloglist sis julia ^_^
 
Untuk sis julia Dik An letak sis kat bloglist Dik An jugak tau :) 


p/s : jangan berhenti berdoa untuk semua penumpang pesawat MAS MH370 agar ditemui dengan cepat. AMIN
 
 
 
 

Thursday, 6 March 2014

SEGMEN : Blogwalking hujung minggu bersama ayuinsyirah




Assalamualaikum...


Petang-petang camni godek2 belog jumpa segmen pulak. Apa lagi jom lah join segemen by ayuinsyirah ni hehe..sesapa nak join boleh terhaj ke blog beliau kat SINI !


 

segmen ni bermula harini dan tamat 9 mac ni. jom lah join ramai2 :)
sekian,wassalam...

Macam - macam rasa

 
 
 
Assalamualaikum...
 
 
Dalam hati Dik An ni semangat berkobar- kobar nak hapdet blog kesayangan ni tapiiii. Tapi dia ada macam-macam rasa masa nak hapdet tu. Meh Dik An listkan.
 
 
+ Rasa nak hapdet tapi taktau nak cita apa *blur*
+ Rasa eh macam malas pulak . Senang cita cakap je lah pemalas nak hapdet. 
+ Rasa macam was-was . Eh ada ke yg baca blog kita yg usang nih.
+ Rasa nak hapdet tapi tak tau macam mana nak tulis kasi menarik.
+ Rasa macam banyak cerita tapi bila on lappy habih hilang dalam ingatan.

Pernah tak korang macam Dik An , ke Dik An je macam ni huhu. Haritu bila ada cita bnyak laptop sakit,bila laptop dah baik sampai sakit balik terus rasa macam takda cita nak hapdet .

Apa menda lah yang Dik An merapu ni kan. Nahh merapu2 pun terhasil satu entry dan berupdate jugek. Till meet again . Sekian,wassalam :)

Wednesday, 5 March 2014

Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak

 



 
 
jom join segmen by SukaGelak ni. Segmen ni tamat 9/3/2014. sapa nak join boleh ke SINI .


Monday, 3 March 2014

Kad Watsons with Touch n Go

 
 
 
 hello *lelambai tangan* rajin sungguh Dik An update harini even though lappy rosak. Apedahal lappy ada dua tiga bijik tapi nak kedekut2 kan. So pinjam lah laptop abg Dik An ni. Sharing is caring gituuu !

Kali ni nak cita pasal kad watsons. sapa ada angkat tangan ! For sure ramai yg ada kad ni kan terutama ladies . Dik An ni dulu mati2 bertekak dengan cashier tu tak mau tau kad2 ni semua sebab bukan selalu beli barang kat Watsons ni. Tapi since Dik An suka pakai face mask collagen tu boleh kata every months wajib g watsons. Maka TERBUAT lah jugak kad tu. Ehehe.
 

 
nilah rupa kad dia. dapat point setiap kali we purchase any items kat watsons tu. Tadi pulak Dik An g watsons nak beli face mask yg bird nest collagen tu. Masa nak bayar tu cashier tu tnya nak wat kad baru tak ? Tambah 6 hengget je . Taknak jugak TAPI bila cashier tu cakap WATSONS CARD WITH TOUCH n GO terus cakap nakkk !


 
 
sekali TOUCH n Go tu. So boleh lah guna kat highway or setiap pembayaran yang boleh dibuat mggunakan TOUCH n GO. Dan setiap 200 points dalam kad ni bersamaan 1 hengget. Lepas ni i olls touch kat highway guna kad watsons je . Hiks. suka pulak i olls sebab kad dia cantek.

Selain tu korang jugak akan dapat voucher . Kebanyakan voucher tu 50% less . Macam Hotel Holiday Villa kat Cherating dengan Alor setaq. Korang boleh book bilik and tunjuk voucher korang dah dapat 50% less. Senang kan ? Macam best pun hado. So korang buat lah jugak. Yang dah ada kad lama just add up RM6 and yang tak pernah ada kad RM18 je.

sekian saja penerangan Dik An about Kad Watsons with Touch n Go. Till we meet again in next entry, wassalam :)

Rosak Lagi ?

 
 
 
 
Harini hari isnin permulaan awal mac dengan kureng baik . semangat Dik An nak update entry apa semua bukak lappy argh ! Serabut tengok. ROSAK LAGI !! Kalau haritu dia tak boleh charge but this time bukak2 lappy dia jadi bergarisan kat screen dia tuh. Dah rasa macam tengok tv yg dah tamat siaran gituu. sebab musabab terjadi begitu tidak lah Dik An kenal pasti sebab hari jumaat haritu elok lagi Dik An guna huhu. Kalau haritu kemain nak peluk cium laptop sebab dah ok, sikalang rasa macam nak hempok2 laptop tu. Huhu.

Sabar lah wahai hati. Kalau haritu dah melayang 280 hengget yang ni tak tau lah berapa pulak nak melayang nya. Maaa i want new laptop . Pleaseee ! *kebil2 mata*. Nak antar repair pun sedih. Tggu balik vacation on end of this month nnti lah baru antar kedai. Kang antar sekarang melayang lagi duit tak boleh nak g vacation.     

Korang...nuffnang korang dia masuk tak every weeks ? Asal Dik An amount dok sama situ lah , dia tak masuk pon earning tetiap minggu. sapa tahu nak wat guana ? Dik An dah send ticket tapi diorang tak jawab lagi. Sabar menanti lah gamaknya. Kalau tak plan nak tukar link blog then wat new nuffnang. 
 
Sampai sini dulu , walaupun lappy rosak Dik An akan cuba jugak update blog ya and blogwalking blog korang. Buat muka tebal pinjam laptop orang. Ada aku kisah ? Huhu. Till meet again. sekian,wassalam...






Tak Kenal Maka Tak Blogwalking

  


Lama gila Dik An tak join segmen. Ni Dik An join segmen dari Mak Dara ni. Mak Dara buat segmen Tak Kenal Maka Tak Blogwalking. Due time 10 malam ni. sambil kita join sambil kita blogwalking . Tak gituu ? 
Terima kasih kepada sesiapa yang berkunjung ke teratak buruk Dik An ni walaupun sikalang jarang yg amat nak update nya hehe. Let's blogwalking ! Owh ya kalau korang nak join klik SINI