Monday, 27 January 2014

I iz OKEY

Assalamualaikum...

Monday blues sangat harini walaupun Dik An hanya dirumah haha. Okey seperti yang dijangka dan instict Dik An kuat sekali. Kan betol Dik An cakap mesti tak dapat punya. I iz OKEY.
Harapan seterusnya ialah UITM. Khamis ni kuar result. Tp yg ni pom dapat rasa tak dapat jugok. Takpelah farihan,Allah nak kau meminta dan mengadu lagi pada-Nya. Tak dapet jugak Dik An apply UPU lagi sekali.
Nak cari kayu nak cari kayu. Eh salah ! Nak cari keje nak cari keje huhu. Moga di permudahkan segala urusan. Sekian,wassalam.

Sunday, 26 January 2014

Geramnya Kita

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua. Orang hujung minggu relax2 kat umah yg Dik An pulak geram hangin semua ada tau huhu.

Memula Dik An geram kat jurufoto kat jabatan imegresen ni. Cita dia Dik An nak wat pasport,dah lah hangin ramai sangat orang dalam tu,sesak,actually tempat kecik sbb tu sesak...dok dalam econ pun berpeluh mcm kena cahaya matahari. Nasib servis cepat. Masa Dik An g no sekarang 20,no Dik An 66 kira sejam jugak lah tggu. Lepastu masa serah gambar ic bagai,pegawai tu kate adik kena tgkap gambar laen sbb gambar adik nmpak gigi. Ok fine . Naik pulak atas nak tgkap gambar,dia suruh tukar tudung,Dik An kata ada je org pakai warna terang,then dia suruh tukar jugak. Bila dah pakai elok2 dia g kat Dik An,dia bukak pin tudung Dik An,dia main tarik2 ke belakang tudung tu then terus snap.

Mmg hangin lah Dik An,Dik An mmg pantang org tarik2 tudung Dik An ni. Mmg buruk gambar tu dan benci nak tgok pasport sendiri tau huhu. Hangin no 2 pulak pasal encik JPJ yg berlagak ni. Keta wish tu mmg ayah Dik An beli dalam keadaan yg dah bertinted,dan bnyak kali jumpa JPJ diorg tak penah tahan sbb tinted tu ok,tak gelap sngt pon. Lepastu dia tegor org belakang tak pakai seat belt. Hello keta depan kau tak tahan pulak dan selama jumpa JPJ mmg dia tak pnah tegor pasal seat belt blakang. Dik An mmg jenis tak puas hati trus sound,Dik An cakap kat dia,slama saya jumpak JPJ diorg tak penah tahan tau dan tak penah tegor pasal seat belt. Dan baru beberapa hari lepas je jumpa,ok je JPJ tu...masa cakap tu mmg Dik An tggikan suara,trus dia cakap tak caya saya saman,Dik An kata samanlah tp keta laen takde plak tahan kan. Trus dia diam dan suruh jalan. Ok mmg lah Dik An admit kiteorg tak pakai seat belt blakang tp tak payah lah nak berlagak sngt okey wahai mamat JPJ. JPJ laen ok je tau,yg kau over plak nak tahan. Masa keta nak jalan tu dia kata pakai seat belt ya jgn degil. Dik An kata who's care ! Silap lah kau,Dik An mmg pntang org cari pasal and suka berdebat ngn orang ni.

Wah ni mmg geram sampai rasa bukan entry dah ni tapi luahan hati haha...okey korang,nnti Dik An update lagi,tggu laptop ok baru boleh balas komen dgn bogwalking. Update guna fon je ni. Bye korang !
Sekian,wassalam...:)

Tuesday, 21 January 2014

Coretan di Petang Hari

Assalamualaikum...

Huwaaa lama Dik An menyepi kan. Ni sebab keja berjalan je. Memula awal bulan 1 haritu Dik An g UPSI ada interview ngn ujian Medsi. Tapi awal2 dah tahu confirm tak dapet punya. Takpe takde rezeki. First time pergi jalan jauh ke UPSI Dik An drive. Thank you ma kasi kepercayaan pada anak mu ini drive jauh2...ikut hati nak je lajak ke KL terus haha tp takmau lah kang jadi apa2 susah plak.

Blik dari Upsi hari sabtu tu pulak Dik An pegi Shah Alam...saja berjimba dengan kengkawan lpastu blik penang ngn diorg sekali..lepastu tugas Dik An kan skrg pgi petang siang malam jd driver yg berhemah tu yg nak update blog pun takde masa dah.

Ni pun masih berupdate guna fon lagi. Charger laptop dah beli,mahal nya 95 hengget. Huwaaa. Bila dah beli kemain eksaited tau nak bukak belog,sekali pasang kat lappy huwaaa lappy yg problem ghupanya. Ku ingtkan charger. Terbang melayang 95 hengget. Bila nak charge kita kena tekan tau charger tu kat bahagian nak cas tu,err korang paham tak?tak paham buat2 paham je lah huhu...esok baru nak g antar kedai...alahai terbang lagi money huhu. Cis cara cakap mcm kuar duit sendiri je,padahal mintak mak huhu...smpai sini dulu cite Dik An,kena tggu lappy siap baru syok nak blogwalking bagai.

Bye korang...ada masa Dik An update lagii :)

Friday, 3 January 2014

Pepero !

Assalamualaikum....
Salam jumaat ! Moga memberi keberkatan wat kita semua . Kaum Adam jgn lupo solat jumaat deh.
Okey. Kali ni just nak cakap yg Dik An ni first time makan cekelat PEPERO ! Sebelum ni tak tau pun kewujudan cekelat ni. Kalau g langkawi asyik beli DAIM je...baru2 ni rasa mak aii sodap gila...terus jatuh cinta. So good bye DAIM haha...apasal lah masa g langkawi bulan lima taun lepas Dik An tak tau pasal PEPERO ni. Kalau dop memey borong sakan dah hihi.
Dia lebih kurang macam cekelat ROCKY tu cuma yg ni lebih sedap sebab hado badam2 kecil ditabur atas cekelat. Tu yg jd makin sedap tu...k stop taip sambung makang pepero ! *gigih update guna henpong* bila nak beli charger lappy pon dop tau lah huhu.

Wednesday, 1 January 2014

Hai 2014

Assalamualaikum...
Lama tak post gambaq tuan punya belog. Nah untuk sesapa yg rindu Dik An tu. Hikhik. Ado ko yg rindu. Entry pertama on 2014 :)