Monday, 1 September 2014

Review : Mee Udang Berasap Kak Ros

 
Sapa peminat mee atau udang ? Kalau digabung kan akan menjadi lah makanan yang bernama Mee Udang ! Bagi peminat Mee Udang anda diwajibkan mencuba sesuatu yang baru . Baru baru ni sebelum berlepas ke Labuan Dik An sempat ajak famili g makan Mee Udang Berasap atau lebih dikenali sebagai Mee Berasap Kak Ros .

Location dia dekat Perak . Dekat Sungai Baru , Tanjung Piandang . Gerai tepi jalan yang betul betul berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Baru .

 

Banner + Menu . Nak apa semua ada . Yang paling special tentulah Mee Udang Berasap ! Jangan risau , kalau korang tak suka udang , ada jugak Mee Berasap Ketam , Mee Berasap Udang Lipan dan jugak Mee Berasap Sotong . Nasi Berasap pon hado .

Selain tu ada jugak Satay , pelbagai jenis nasi goreng , steamboat , laksa dan jugak Udang dan Sotong Goreng tepung . Air pulak semua jenis air ada tapi yang selalu diminta adalah Laicikang , Coklat 3 musim  dan jugak Aneka Sirap Bandung . Sebut je nak Bandung Laici , Bancung Jagung semua adaa . 

Harga dia bagi Dik An sekeluarga sangat lah berpatutan . Sesuai lah sebab seafood kan . Semua pun mesti sedia maklum harga seafood macam mana kan ? Untuk setia jenis set "berasap'' akan ada tiga choice , Biasa , Sederhana dan Banjir . Apa yan unik nya yang banjir bukan nya kuah tapi adalah seafood tersebut . wahhh best kan ?

 

Nampak tak berasap dia . Sebab tulah dipanggil Mee Berasap !

 

Haaa nampak menarik tak ? Ini Mee Udang Berasap Sederhana . Sederhana udang dia ada 6 ekor je .
Yang ni harga 7.50 je .

 

Ni Dik An punya . Mee Udang Berasap Banjir . Yang banjir bunya 9 ekor udang dan yang biasa 3 ekor udang . Alaaa sifir tiga gituuu kehkehkeh :P
Harga untuk yang banjir 10 hengget :)

 

Air pulak kitaorang hamik Three Layer Tea dan Bandung Cincau . Mee dia sedap , puas lah makan dengan udang banyak kann . Air dia yang Three Layer Tea tu kurang sikit lebih prefer kepada bandung :)

Harga dia pun boleh tahan , total 5 orang makan Mee Berasap Banjir 1 , Sederhana 3 , Nasi Goreng ikan masin 1 , sotong tepung 1 dan 5 gelas air adalah 56 hengget . Bagi Dik An okey lah harga dia . 

Korang yang datang jenjalan Penang ke Taiping ke meh lah cuba Mee Berasap Kak Ros ni . Dijamin sedap dan pernah masuk tv dah pun . Kalau korang tak tahu jalan google je . Dik An kasi 4 bintang . 1 bintang lagi Dik An simpan untuk bintang hati Dik An hehiks ! :D

p/s : auto published - segala comment akan direply selepas Dik An tamat Minggu Suai Kenal -




22 comments:

  1. Wowww.. berasap punyaa... kalau syaz mmg tak habis la mkn tu.. banyak woo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeh ngeh sedapp ooo...mesti boleh habiskan punya...mee dia tak bnyak mana pun hehe.

      Delete
  2. geramnya tengok udang tu! kalau dekat memang dah pergi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...tengok udang banyak2 macam tu...nnti mai jenjalan area sini bgtau lah...dik an bawak hehe :)

      Delete
  3. Sedapnye akak mee udang tu. Terliur pulak. Dah lama carik mee udang, tp tak tau nak carik kat mane. Hm..akak, ana dah reply tag akak tu tau. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Ana...nnti meh jalan sini akan belanjer hehe...ok ana nnti akak baca tau :)

      Delete
  4. alahai sedapnya. terliur menengok gambo nye. hehe

    ReplyDelete
  5. Memang betul berasap.
    Follow sini :)
    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. mak aihh...memang berasap la dik An...nanti nak ajak en hubby akak ke sana la...

    ReplyDelete
  7. Tu diaaaa Udang berenang-renang sakan dalam mee

    ReplyDelete
  8. geram hoii tgk udang beso beso tp syg akak xleh mkn udang

    ReplyDelete
  9. Di uptown dengkil pun ada satu. Konsep sama..rasa oun lebih kurang.berbaloi cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan ni tak rugi cuba kan...sebab sedap2 semua huhu...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.