Tuesday, 2 September 2014

Resepi : Sambal Tumis Hati Pari

 
 

Pernah dengar hati pari ? Ikan pari Dik An tahu . First time Dik An dengar kewujudan dan makan hati pari adalah pada hari raya haritu . Famili maksu buat makan makan , ada sambal tumis hati pari . Memula taknak rasa sebab takut ahaha...Lepastu cousin Dik An cakap , Kak Eifa ni hati ayam pun tak makan apatah lagi hati pari wuwuwu . Kita geng Kak Eifa .

Lepastu tengok semua pakat pulun makan , Dik An pun try...bila try ehhh sedap. Sedap . Sedap sangat . Bila balik umah mintak mak masak kan . Tapi hati pari ni susah nak jumpa kat market . Kalau ada pun nasib je sebab kebanyakan dah ada orang booking . Dan haritu alhamdulillah ada rezeki Dik An nak makan hati pari . Jom kita tengok resepi dia :)

Resepi : Sambal Tumis Hati Pari

Hati Pari
25 tangkai cili kering dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
seinci halia dikisar
serai diketuk
serai dikisar
garam
gula

Cara-cara .

1 . Memula basuhkan hati pari dengan garam dan jugak serai yang telah dikisar .

2 . Panaskan minyak , masuk kan serai yang telah diketuk. Naik bau masuk kan cili kering , bawang merah , bawang putih dan jugak halia yang telah dikisar .

3 . Bila dah pecah minyak ,agak kering sikit perasakan bersama garam dan gula .

4 . Masuk kan hati pari . Biarkan sehingga hati pari masak.

5 . Siap untuk dihidang.

Haaa apamacam ? Simple je kan ? Masa masak jangan takut kalau hati pari ni hancur ke apa sebab dia memang lembut lembik gituu . Boleh lah korang cuba benda baru pulak kann ? Selamat mencuba !

p/s : -autopublished- segala komen akan direply selepas Dik An selesai orentasi .

24 comments:

  1. Ni 1st time dengar ada hati pari...besar mana ek????

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia saiz sedang2 je kak...ikut jugak ada sedang ada besar ehehe...

      Delete
  2. Sedapnye hati pari. Leleh air liur. Ana pernah makan. Sedap ngat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan Ana...sekali makan mesti teringat2 lah kan huhu...

      Delete
  3. Menarik ni...x pnh tau ada hati pari....ikan pari ke?

    ReplyDelete
  4. Dik An, akak pun first time dengar tentang hati pari ni. Nak cuba carilah lepas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe akak ! Cari tau sebab sedap sangat :)

      Delete
  5. waaa mcm sedap. tp xrajin pulak nk masak hahaha

    btw goodluck! ^^V Giveaway Blogwalking bersama Mamaniza.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha tak rajin ah nak masak ? tp hati pari selalu takde yang jual siap msak haha kena rajin jugak :P

      Delete
  6. memang sedap hati pari ni..teringin pulak nak makan..tapi susah nk dpt..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah benda yang sedap sedap ni memang susah nak dapat kan ?

      Delete
  7. Salam kenal, follow Dik An ya :) ..
    belum pernah makan lagi hati pari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal :)
      cubalah makan...sedap tau hehe :)

      Delete
  8. Replies
    1. Akak...dik an pun segala jenis hati dik an tak makan...tapi hati pari ni sedap tau...laen dari hati ayam semua tu hehe.

      Delete
  9. x pernah jumpa dan x pernah mkn ermm..sdp ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jumpa hati pari ni lya...sedap sangat :)

      Delete
  10. Mampu telanair liur lepas tengok gambar ni. huhu.
    One of my favourite dish :)
    Thanks for the recipe Dik An xomel :)

    Jemput singgah My recent post : Pecah Rekod Selfie Terbanyak Dunia

    ReplyDelete
  11. aniesa mmg tak suka makan segala jenis hati, tp bila tengok gmbar nie, nampak macam terliur laa pulak .. yang pasti ikan pari memang sedap .. nyum3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap hati pari ni niesa...dia laen sikit dari jenis hati yang laen hehe :)

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.