Friday, 22 August 2014

Selesai Masalah PTPTN

 
Masih ingat dengan entry Dik An semalam yang Salah Siapa tu ?
Disebabkan kecuaian pihak sana iatu pihak PT terpaksa lah Dik An g cawangan PTPTN yang terdekat untuk selesaikan masalah tersebut .
 
Nasib lah dekat Bandar Sunway Seberang Jaya ada cawangan PTPTN tu , kalau tidok drift ke Ipoh lah jawabnya . Nak pegi sana makan masa , 40-45 minit , tapi disebab kan mak ikut sekali makanya jadi 1 jam . Dik An kalau laju sikit , mula lah mak bersuara huhu...jadi slow slow je lah . Biar lambat asal selamat  kan ? Tapi selama ni biar laju asal cepat sampai je Dik An ni haha...
 
G sana , alhamdulillah orang tak ramai...masuk amik nombor kejap dah dipanggil . Duduk pulak kat kaunter tak sampai 3 minit dah selesai . Hmm nampak tak menyusahkan orang tau depa ni. Kalau lah depa ubah status ''tamat pembiayaan'' masa Dik An selesai bayar dip punya 29 Ogos lepas kan senang...tak payah Dik An nak g sana pegi dan balik dah 2 jam dan urusan yang makan masa tak sampai 3 minitt !!
 
 

kalau semalam ''dalam pembiayaan'' tapi tadi dah g tukar jadi ''tamat pembiayaan'' . Eh tipu je tau orang PT yang Dik An call semalam tu , dia kata tak boleh nak tolong sebab kena isi form bagai . Takdepun isi form pun tau. Ke diaa malaaassssssssss??? Sebab orang yang wat tadi just klik tukar status je dah siap.
 
 
Takpalah , Dik An maafkan jelah mereka . Manusia semua buat silap kan . Apa2 pun alhamdulillah dah selesai dan siap apply dah PTPTN untuk degree . Moga segala urusan dipermudahkan...amin :)

8 comments:

  1. Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak...selesai jugak....:)

      Delete
  2. Eh akak pon p sbrg jaya td..sabaqla dik An..ujian sikit jer tu..lepas ni kang pelbagaiiiii lagi ujian mendatang.bukan senang juga nk menuntut ilmu.all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yekee kak ? Dik An g pagi...lepastu jadi orang first rasmi Sunway Carnival Mall ahaha...betul tu akak...nak menuntu ilmu ni banyak cabaran nya...in shaa Allah akak...tq :)

      Delete
  3. syira pun dah selesai apply ptptn utk degree :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah..sama sama kita menanti yaa :)

      Delete
  4. Replies
    1. hehe itulah akak...sabar itu indah kan ?

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.