Tuesday, 8 July 2014

Resepi : Kotiaw Kungfu

 



Alhamdulillah harini dah masuk 10 Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu kan . Tak terasa sepuluh hari kita berpuasa tu dan alhamdulillah tak tggal puasa lagi buat masa ni :) . Harini Dik An nak share resepi kotiaw kungfu . Mungkin ada yang dah tahu tapi takpe sesaja nak share. Mungkin cara kita berbeza kan kan ? hehiks !
 
Resepi Kotiaw Kungfu :
 
Bahan - bahan untuk kuah :
 
 
 
300 gm isi ayam
5-6 ekor udang
2-3 ekor sotong
carrot dipotong panjang
bunga kubis
cendawan * dik an guna cendawan shitake*
sayur sawi kailan
cabai muda *dihiris*
cili padi* diketuk*
5 ulas bawang putih * diketuk*
sedikit air
sedikit minyak
1 kiub pati ayam * nak guna knorr pasti sedap pun boleh*
1 sudu kecil tepung jagung
 
Cara-cara :
 
1. Panaskan minyak . Masuk kan bawang putih yang telah diketuk.
2. Apabila bawang dah mula layu dan berubah warna , masuk kan segala isi ayam , sotong dan jugak udang.
3 . Lepas ayam , sotong dan udang dah masak , bertukar warna masuk kan air . Agak agak dalam 1 -2 cawan. Suka kuah lebih letak banyak sikit.
4. Masuk kan kiub pati ayam . Dah letak kiub pati ayam ni dah masin jadi tak perlu garam.
5 . Masukkan carrot , bunga kobis dan jugak cendawan . Biarkan seketika masuk kan cili api dan cabai muda.
6 . Masuk kan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air , nak kasi kuah pekat . Kalau taknak letak tepung jagung , pecahkan sebijik telur untuk memekatkan kuah .
7 . Masukkan sawi kailan dah biarkan seketika . Siap dimasak.
 
Bahan-bahan untuk kotiaw kungfu .
 
 

Ini bukan lempeng kelapa atau apa2 lempeng ye . Lempeng kotiaw pun boleh kot . Muehehe . Ini kotiaw yang digoreng bersama telur .

Bahan-Bahan :

Telur
Kotiaw
Black pepper
Lada sulah
Minyak

Cara -cara :

1 . Ambik mangkuk yang bersaiz kecil . Mangkuk plastik IKEA yang bulat kecik tu pun boleh .
2 . Pecahkan sebijik telur , kacau sebati masuk kan lada sulah , black pepper dan sedikit kotiaw. Agak agak je. Kacau kasi telur dan kotiaw tu meresap satu sama laen.
3 . Panaskan minyak , masuk kan kotiaw yang telah digaul bersama telur tadi.
Goreng je macam goreng telur dadar tu . 
4 . Siapp ! Amik mangkuk letak kotiaw yang telah digoreng bersama telur , letak kuah dan siap untuk dimakan ! 

Selamat mencuba . Senang je hehe.

Nota kaki : untuk kuah tu kalau nak rasa manis boleh lah letak ajinamoto/gula sikit.

 
 

16 comments:

  1. Peberet nih..dap dap...nnti leh umi try :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peberet Dik An jugak hehe...senang je umi , try tau hehe :)

      Delete
  2. Lepas mkn comform brkungfu ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul tu lya...mari kita berkungfu ramai2 bukak posa karang :P

      Delete
  3. xpnah lagi berkungfu.bersilat pernah lah.itupun sampai buah asas jer heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dik an dua dua tak pernah :P

      Delete
  4. Sepinggan please..! Selalu order kedai jer. Tak rajin buat. Wuuu~gambar tu wat ana terliur. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alooo meh umah akak , akak watkan untuk ana hehe...sampai terliur ek..ana watlah untuk juadah berbuka petang karang :)

      Delete
  5. lepas berbuka dengan nie mesti berkungfu..hik..hik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....berkungfu panda lah kita ek hehe..

      Delete
  6. Replies
    1. hehe cuba lah akak...sonang ja ni ehehe...

      Delete
  7. Replies
    1. nanti boleh lah sama2 kita mengkungfu kan diri hehe

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.