Thursday, 10 July 2014

Resepi : Ayam Percik Putih

 
Please abaikan pinggan yang comot lagi momot. Dik An tak kreatipp. Actually kat pinggan ada dua ketui hayam tapi seketul dah dibedal oleh bebudak tak puasa kat umah ni. Amani and Aryan.
 
Harini Dik An nak share resepi ayam percik putih . Ala ala kelantan sikit sebab lemak lemak manis . Kalau yang biasa punya pedas pedas sikit kan ? Meh kita tengok bahan dan cara buat , sonang ja ni .
 
Resepi : Ayam Percik Putih
 
Bahan bahan :
 
Watak utama :
 
2 ketul paha ayam
 
Bahan A : 

3 ulas bawang putih*ditumbuk*
1 inci halia *ditumbuk*
3 batang serai *diketuk*
3 keping asam gelugor
garam
gula
 
Bahan B :
 
2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah
1 inci halia
3 batang serai
3 bijik buah keras
Cara- Cara
 
1 . Perapkan ayam bersama BAHAN A.
2 . Kisarkan kesemua BAHAN B.
3 . Panaskan kuali , masuk kan BAHAN B dan jugak ayam yang telah diperap bersama BAHAN A . Masuk semua sekali.
4 . Balik balik kan ayam tersebut . 
5 . Bila dah mendidih angkat ayam dan bakar ayam tersebut sampai garing . Sambil bakar sambil percik kuah dia.
6 . Kuah ( BAHAN B) masak sampai pekat dan pecah minyak . 
7 . Bila dah pecah minyak boleh lah masuk kan sikit garam dan serbuk perasa.
8 . Siap dihidangkan tuang kuah atas ayam yang telah siap dibakar .
 
***Ayam Dik An bakar guna pemanggang ajaib je***
Senang je kann ? Boleh lah korang cuba untuk juadah berbuka karang . Selamat mencuba !

23 comments:

  1. adoi..mana tak tertahan nie...tak adil bagi cik akak :)

    sambal petai menanti...wow..teringin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sambal petai lagi sodap tu cik akak hehe :)

      Delete
  2. Juadah utk berbuka ke tu diik an

    ReplyDelete
  3. saja mai blogwalking ja..selamat berjaya atas apa sahaja yang anda semua lakukan noo..mai dari blog mia ni dia rajin sungguh kumpul link supaya mudah kita blogwalking ;-)

    ReplyDelete
  4. Resepi yang senang & mudah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sonang je...tp nak kata mudah bleh lah hehe...

      Delete
  5. Ayam? Err.. Nape tak waner perang2 sikit. Hihi. Takde napsu nak makan ayam waner putih. Tak tau nape. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade Ana perang2 tapi dah diselaputi kuah putih tu hehe...

      Delete
  6. rindu kat kak An la...heheheh
    krungkrung datang menabung sini =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yeke ni ?
      Mekasih krungkrung :)

      Delete
  7. senangnya resepi, boleh suruh wife masak untuk berbuka

    ReplyDelete
  8. saja mai blogwalking ja..selamat berjaya atas apa sahaja yang anda semua lakukan noo..mai dari blog mia ni dia rajin sungguh kumpul link supaya mudah kita blogwalking ;-)

    ReplyDelete
  9. terima kasih dik an atas resipi.. Kak Fiza mmg suke masak percik..

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi dengar ayam percik putih.. hehehe..
    boleh try nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sedapp...sebab lemak2 sikit rasa dia hehe...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.