Friday, 18 July 2014

Raya Dahulu vs Raya Sekarang

 



Siapa dah tengok iklan raya by Petronas ? Dik An pun kebetulan semalam bukak youtube ada iklan tu sebelum nak tengok layan kartun Upin Ipin . Bukan anak buah je minat , Dik An pun minat tahu. 
 
Masa layan tu terus lah ''terulang'' tengok berkali kali . Eh bukan terulang sebenarnya tapi memang nak tengok berkali kali. Serious best dan terus menggamit kenangan . Terus terimbau kenangan lama raya dulu dulu. 
 
Kenapa Dik An kata raya dulu dulu ? Means time Dik An kecik kecik dulu.
Kecik kecik memang Dik An duduk kampung , even ada umah tapi time tu mak ayah sewa je dulu , tetap akan duduk kampung. Kampung side mak . Sides ayah pulak 5 minit je dari kampung mak. So raya tak payah nak gaduh gaduh nak balik mana dulu . 

Seperti yang Dik An lihat dalam iklan , tido ramai ramai sepupu sepapat macam tu jugak lah Dik An dengan cousins . Malam raya maen pulak bunga api sama-sama , petang raya orang sibuk preparation raya kiteorang maen , mandi tali air , pancing ikan , maen mak mak . Allah rindu pulak raya zaman dulu .
 
Lepastu pagi raya dah siap bersalam-salaman , jalan ramai2 dengan cousins keliling kampung g kutip duit raya. Apa yang bestnya kampung belah mak , adalah dalam kawasan tali air tu memang sedara mara kteorang je . Lepastu sebelah petang akan balik sides ayah pulak .
 
Tapi itu raya dahulu . Raya sekarang ? Memandangkan sides mak dua-dua tok dan wan dah takde rumah , famili Dik An pun dah ada umah sendiri jadi memang dah tak terasa nikmat bermalam di kampung . Even sides ayah tok masih ada tapi jarak umah Dik An dengan tok 15 minit je so kiteorang akan balik hari raya tu je . Balik kejap kang petang dah balik umah Dik An balik.
 
So , raya dahulu dengan raya sekarang amat berbeza bagi Dik An . Rindu sangat raya dahulu . Raya sekarang dah tak semeriah macam dulu dah . Selalu petang petang raya , dah ramai amik port untuk tido . Ramai lebih kepada gadget memasing temasuk lah yang menaip entry ni -.-
 
Eh panjang lebar pulak entry Dik An ni kan. Siapa yang tak lihat lagi boleh search youtube iklan petronas ke pangkuan bonda :)

12 comments:

  1. Sama la lya pun suka tgk iklan tu unik..raya dulu best lya memg duk kat kg masa keci2 selalu raya main bunga api hhee pasti dpt angpau byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu lya...tapi sekarang dah laen kan hehe...

      Delete
  2. Raya dulu lagi best dik an...seronok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak ! best sangat,bebudak zaman sekarang dah tak rasa meriah macam dulu kan...

      Delete
  3. Iklan petronas byk menggamit rase rindu raya dulu2 kala kan. Mmg pun, zaman dulu2 raya best. Zaman skrg raya depan tv jek.

    Ade orang kata, makin kita besar. Makin tak seronok raya tu. Haha. Entahlah. Tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul lah tu ana...makin kita besar , makin tak best...ada jugak kata tak rasa nak raya pun huhu...

      Delete
  4. Raya dulu lagi best..ye la..masa kanak2 seronok..jumpa cousin main je..tak mcm srg ..bila dah jadi mak org ni keutamaan lebih kpd anak2...apa2pun untk dia..untuk dia ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu akak...budak2 sekarang pun dah jarang kuar beraya kan akak...

      Delete
  5. Replies
    1. Betul tu akak...jauh sangat2...budak2 sekarang tak merasa raya kita dulu kan...

      Delete
  6. Akak pun dah tak dak feel... tau tau next week dah nak raya? ya Ampun... tak prepare apa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah akak...rasa macam baru je puasa...sedih plak ramadhan dah nak sampai penghujungnya...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.