Friday, 18 July 2014

Kepingan Lasagna : San Remo vs Reilis

 



Harini sesaja lah nak share dengan korang tentang perbandingan kepingan lasagna. Ewah mentang mentang Dik An ni penjual lasagna kan , terus buat review ye. Dik An sebelum ni buat lasagna Dik An guna kepingan San Remo . Even tak puas hati sebab kepingan dia mudah pecah , relai tapi dekat tempat Dik An itu je ade tau . Nak taknak kena lah guna jugak dan berhati hati waktu nak rebus dia.
 
Nak dijadikan cerita satu hari , kat econsave kepingan lasagna habis stok. Cari satu PB , Jawi semua takde , maka ke Giant Taiping lah Dik An g...kat Giant pun brand San Remo habis nak tak nak terpaksa amik brand laen sebab order bertingket-tingket. Survey harga yang paling murah hamik lah brand Reilis . Murah tapi mahal dua hengget dari San Remo . 
 
Bila dah guna kepingan Reilis ni serious jatuh hati tau . Kau rebus lah api kuat ke lama mana ke elok situ lah kepingan dia . Kalau brand San Remo api kuat , lama sikit mula lah terbelah dua . Even yang Reilis ni dia terlipat masa rebus tu tetap elok . Eh terus cakap mak , kita tukar brand lah mak . Mahal sikit takpe , janji kualiti elok. Owh ya Dik An jual lasagan ni bukan lah hamik untung banyak pun , just suka suka sebab Dik An kan suka masakk. Meh Dik An tunjuk gambar ye.
 
 
 

Ni lah brand Reilis. Lagi satu brand ni korang tak payah rebus pun takpe. Bakar nanti kepingan tu sendiri akan lembut. Tapi Dik An tetap rebus dulu kejap. 

 

Ni lah hasil dia. Elok je . Dan makin lama kita rebus dia akan mengembang. Boleh lah bahagi dua untuk bekas kecil , dah penjimatan di situ.

 

Ni brand San Remo . Brand ni pun ok jugak tapi kena pandai timing masa nak rebus tu . Tak bleh lama tak bleh api kuat . Hasil dia amat susah nak jadi macam Reilis tu tau.

 

Dan ini hasil kepingan San Remo . Boleh guna jugak even pecah , divide by two amik yang elok guna . Tapi kenkadang malas nak pegi jauh2 Dik An guna jugak lah San Remo ni ...

Ke ada sesapa ada tips taknak kasi brand San Remo ni pecahh ? Tapi bagi Dik An brand Reilis tu memang dah elok sangat tu . Rasa macam nak kekal yang tu je hehe..

Nak resepi lasagna terjah SINI .

 
 
 

16 comments:

  1. Berguna ni lya tak pernah mkn lasagna serius ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe buat lah lya...sekali sekala ubah selera kan hehe...

      Delete
  2. Tips xnk kasi lasagna tu pecah akak just rendam dalam air panas jer sekejap..xyah rebus..kalaui rebus mmg berderai sekeping2..hehe :)

    ReplyDelete
  3. akak baru nak belajar buat benda ni... susah tak dik?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kepingan lasagna...western food :)

      Delete
  5. Dik An, baca ni
    http://ainimrashihah.blogspot.com/2014/07/pengganti-pemenang-segmen-kad-raya.html
    nanti bagi details secepat mungkin ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry akak dik an baru bukak blog je...

      Delete
  6. emmmm lame dh nk try lasagna...cm best je ni :P

    ReplyDelete
  7. Dik an jual lasagna? Nape akk baru tahu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah akak...lama dah akak dik an jual hehe...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.