Friday, 20 June 2014

Resepi : Siakap Stim Limau

 
Siakap stim limau . Dik An pasti ramai yang dah tahu resepi ni but Dik An is always Dik An. Tetap nak jugak hapdet walaupun dah belambak resepi ni dalam mr google huhu.
 
Resepi Siakap Stim Limau :
 
Bahan Bahan :
 
Seekor ikan siakap 
2 batang serai diketuk
1 labu bawang besar * dipotong macam kita potong tomato tu*
3 ulas bawang putih * ditumbuk kasar*
2 bijik tomato
5 tangkai cili padi diketuk
1 tangkai cili merah dihiris
2  tangkai cili hijau dihiris
6 bijik limau kasturi
1 cawan air
sedikit garam dan gula.
serbuk knor pasti sedap

Cara- cara :

1. Memula sekali gaulkan ikan bersama garam dan knor pasti sedap.
2 . Panaskan minyak , masuk kan serai , bawang putih , bawang besar dan cili api.
3 . Bila bawang suma dah layu masuk kan secawan air . Air ni kalau nak kuah lebih boleh lah letak dua cawan ke or ikut citarasa memasing.
4 . Lepastu masuk kan ikan siakap tadi .Balik balik kan / kalih kan ikan tu .
5 . Masuk kan perahan air limau , kacau sebati perasakan dengan garam , gula dan knor pasti sedap .
6 . Masuk kan cili merah dan cili hijau.
7 . Siap dimasak . Hidangkan :)

***selamat mencuba***

p/s : Nama je stim tapi Dik An masak dalam kuali je , senang wuhuhu .
 

14 comments:

  1. sedapnye..ahaa..lapa lah pulak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sedap rasa masam2 limau tu terasa macam berlemak2 rasa dia hehe...

      Delete
  2. akak kalau ikan siakap suka goreng garing2 lepas tu tumbuk cili besar, bawang besar, cili padi, bawang putih... buat sambal curah atas ikan siakap tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa yang tu selalu gak wat akak...memang sedap nak nak kalau buat pedas2 hehe...

      Delete
  3. Wahh..thanks share resepi..mmg nak resepi ni. Malas nak search google. Haha..ade kemalasan di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ana...takmau malas malas hehe :)

      Delete
  4. Replies
    1. sedap rasa lemak lemak limau tu hehe :)

      Delete
  5. salam singgah. saya pn suka gak buat siakap masak cenggini. lebih berkhasiat di masak stim ^_^

    ReplyDelete
  6. resepi sesuai untuk meraka yang tidak makan makanan berminyak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...tapi ade je Dik An letak sikit huhu...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.