Friday, 27 June 2014

Resepi : Roti John Step by Step

 
Seperti yang dijanjikan petang td , Dik An nak share resepi step by step kan . Meh kita tengok bahan dan cara nak buat , Dik An hamik resepi ni dari drama Azam Ramadan Su .
 
 

1 tin sardin

 

Roti sosej . Dik An beli yang Gardenia punya yg sepaket ada 6 ketul tu.

 

2 keping daging kisar . Agak agak dalam 400 gm gitu.
Nak guna ayam pun boleh. Terpulang citarasa masing masing

 

Planta

 

3 bijik telur .

 

Daun sup yang dirincik2.

 

serbuk lada hitam

 

1 sudu teh garam. Lepastu mayonis dan sos sikit. Meh kita tengok cara cara pulak .

 

Memula masuk kan sardin tin ke dalam bekas yang berisi daging kisar .
Lenyek lenyek kan kasi hancur .

 

Bila sardin dah hancur dan sebati dengan daging kisar , masuk kan telur .
Kacau rata. Agak agak macam pekat je , boleh tambah telur lagi.

 

Lepas tu masuk kan serbuk lada hitam , kacau kasi sebati kasi meresap dalam adunan.

 

Masuk kan garam secukup rasa. Satu sudu teh ni pun dah cukup.


Last sekali masuk kan daun sup dan kacau sebati. Biarkan kejap. Kita proceed dengan roti pulak .

 

Roti tu kita belah tengah , sapukan planta then letak atas pemanggang. Kejap je agak agak dah tukar warna dah garing angkat.

 

Haaa jadi cam ni. Tapi Dik An suka yang garing2 . Lagi sodap kan.

 

Untuk wat inti dia , kita cairkan planta.

 

Lepastu masuk kan adunan daging kisar + sardin tadi ke atas planta yang cair. 
Agak agak adunan tu muat untuk satu roti tadi.

 

Bila dah agak masak tekupkan roti ke atas inti tadi. Biarkan seketika , lepastu angkat .

 

Bila dah angkat macam ni lah rupa dia .

 

Letak kan mayonis dan sos cili. Nak letak sos lada hitam pun boleh.

 

Siap untuk dihidang dan dimakan. Untuk inti adunan daging kisar + sardin tadi dapat lah 9 ketul roti. Tapi last last tinggal 5 ketul je , lagi 4 dah dimakan haha.

Haaa senang ke tak ? Bagi Dik An senang jugak , tak rumit mana. Boleh lah nak buat juadah berbuka nanti. Selamat mencuba !!
 
 
 
 
 
 
/
 

12 comments:

  1. Sedapnye.. Resepi pun simple je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan ana...simple je resepi dia...timing pon kejap je hehe.

      Delete
  2. Cam sedap jer ... Senang plak tu ... Leh cuba nanti ...
    Tapi kalau nak ubahsuai inti ikut kesukaan anak2 pun ok jer kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap :) aah akak , boleh je nak ubah suai inti dia hehe :)

      Delete
  3. Kalau kat kedai pon inti lebat macam ni.. memang syok r Dik An.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kat kedai tak dapet lah macam ni...

      Delete
  4. Nampak sangat sedap... !! salam kenalan dari Tunsha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mekasih...salam kenal Tunsha ! :)

      Delete
  5. resepi yang sedap & simple ..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya huuuiii. Duk rumah ni sambil telan air liur je tengok gambar.

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.