Thursday, 19 June 2014

Resepi : Rendang Ayam Pedas

 


 

Rendang Ayam Pedas

Sejujur jujurnya rumah Dik An ni bila tiba hari raya *eh macam lagu pulak* ehehe , baru masak rendang. Jadinya dapat rasa kesedapan dan kepedasan rendang yg mak Dik An masak ni masa raya je lah.

Harini Dik An pun suruh lah mak share resepi dan Dik An watkan.
First time Dik An masak rendang , alhamdulillah menjadiii ! Hip hip horey !
 Meh nak kongsi resepi dan sila sila lah jangan terkejut tengok jumlah ulas bawang hokey ! * memula Dik An pun eh biar betul mak ni* Mak kata semakin banyak bawang semakin sedap rendang itu . Muehehe macam hipotesis pulak.

Resepi Rendang Ayam Pedas  

Bahan-bahan :

Watak Utama ::
1 ekor ayam

Bahan A ::

50 tangkai cili kering dikisar 

Bahan B ::

50-60 ulas bawang merah.
1 labu bawang putih.
seinci halia.
seinci lengkuas.
3 bijik buah keras.
2 batang serai.

***kesemua bahan B dikisar***

Watak sampingan ::

Santan RM 6.
Perencah sup adabi.
Daun kunyit.
Daun salam.
Daun limau purut.
2 batang serai diketuk2.
Garam dan gula secukup rasa. 
 

Cara-cara :

1. Panaskan minyak . Masuk kan Bahan B yang telah dikisar.
2 . Bila dan wangi dan ubah warna masuk kan Bahan A yang telah dikisar.
3 . Biarkan sehingga mendidih masukkan Watak Utama iaitu ayam.
4 . Agak agak ayam tu dah masak / separuh masak masuk kan santan.
5 . Kacau sebati masuk kan perencah sup ( dalam 2-3 sudu besar).
6. Kacau rata masuk kan 2 batang serai yang diketuk , perasakan bersama garam dan gula .  
7 . Masuk kan daun kunyit , daun salam dan daun limau purut.
8 . Biarkan pecah minyak dan sehingga kuah menjadi kering sikit.
9 . Siap untuk dihidangkan.

Nota kaki : Dik An buat berkuah sebab baru sedap kuah banyak banyak ni hehe.

*** selamat mencuba***

14 comments:

  1. Thanks share. Wahh..laju2 je update resepi eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe welcome...ehehe laju eh ? express gitew hiihi :D

      Delete
  2. Replies
    1. Tulah akak...tp malas nak buat huhu...nak beli mcm takde org jual pulak ihihi..

      Delete
  3. wahh sedapnye pedas pedas...banyak betul bawang digunakan :) tq share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tulah bnyak bawang...welcome akak :)

      Delete
  4. ahaha..dik an mcm akak, suka yg berkuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde kuah tak sedap lah kan akak ? ;)

      Delete
  5. banyaknyeee bawang..sy kalau buat rendang caranya lain sikit..eh,laen banyak rasanya..nnti nak try cuba resepi ni pulak la..saje nak try rasa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bnyak kan...boleh lah cuba , sedap hehe :)

      Delete
  6. hoii sedap nih rendang...pos sket

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sebab pedas eheh...meh umah Dik An akak :)

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.