Monday, 16 June 2014

Novel Baru Keluaran Siti Rosmizah - Cukup Derita Itu

 
Anda peminat novel ? Kalau ya kita geng hehe . Pernah dengar nama penulis novel SITI ROSMIZAH ? Alaaaa yang novel ANDAI ITU TAKDIRNYA tuu ? 
Sejak Dik An baca novel ANDAI ITU TAKDIRNYA sampai teresal-esak nanges , k tipu je . Tapi nanges lah jugak sebab sedih heee. Since dai situ memang Dik An tak kan lepas kan beli semua novel keluaran SR Publication ni yang ditulis oleh SITI ROSMIZAH.
 
ANDAI ITU TAKDIRNYA , CINTA KAU DAN AKU , LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU, 7 HARI MENCINTAIMU , CURI-CURI CINTA , TAKDIR ITU MILIK AKU, dan yang terbaru CUKUP DERITA ITU . Ke ada lagi Dik An tak tahu novel dia huhuhu.
 
 

Fresh lagi nih. Plastik pun tak bukak lagi .

Semalam jenjalan kat Masjid India tu masuk kedai buku Mukmin , masuk2 je nampak novel ni , tunggu lagi ? terus hamik hehe. Meh kita tengok sinopsis dia , kang tggu Dik An habis baca baru Dik An wat ringkasan ye . *bila nak habis tak tahulah*

Sinopsis :

Ellani dan Ellana , kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka . Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri , Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi .

'' Kenapalah kau tak mati ikut mak kau ! Kau memang menyusahkan aku ! Dahlah hidup merempat ! Buat tak sedar diri pulak ! Kalau kau berani lagi melawan aku , aku sagat sagat muka kau dengan berus dawai . Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna ! hamun Mak Ngah Gayah.

Sedih . Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar . Untuk apa ? Itulah rutin hidupnya, Maki hamun , pukul dah sebati dalam dirinya . Nak menangis ? Berbaloi ke ? Dapat raih simpati mak ngah ? Jangan Harap !

Zarul Zafran lelaki tampan yang berkerjaya sebagai seorang pensyarah . Cinta Pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan . Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya, kasih lelaki itu beralih arah padanya . Adoi ! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta ? Kasih ? Apa semuanya ini ? Ellani sukar menerimanya . Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya boleh jatuh hati padanya . Pelik !
 
Namun demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu , Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya . Berbagai onak duri dilalui.
 
Dendam yang berlingkar dalam hati Mak Ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada Ellana . Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa . Jiwanya merana.
 
'' Ellani Binti Rashdan , aku Zarul Zafran bin Dato' Azli menceraikan kau dengan talas satu ! Kau keluar dari rumah aku . Hak penjagaan anak anak aku serahkan sepenuhnya pada kau''.
 
Hebat lelaki ini ! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani . Menggigil Ellani membacanya.
 
'' Allahuakbar ! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak ! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali ! Apa salah Lani mak ? Apa dosa Lani ? Ya Allah kuatkan aku Ya Allah ! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini. Raungnya.
Ellani...cukup derita itu ! Cukup derita itu ! Dia bagaikan terdengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata kata yang dijerit dalam hatinya.
 
Fuhhh panjang kan sinopsis dia . Kalau Dik An rajin bila habis baca nnti Dik An wat ringkasan ye. Kalau rajin haha. Jadi bermula pengembaraan Dik An untuk membaca novel ni mulai saat ini. Haha . Sinopsi macam best harap harap bestlah jalan cita dia hehe.

12 comments:

  1. Boleh nangis ah cenni. Wuuuu~ sedihnye! Baru bace sinopsis dah sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloooo meh nak hulur tisu kat Ana huhu...

      Delete
  2. salam dik an..baru lya berkesempatan lawat2 dik an...ehhh lya suka baca karya2 dia nie..memang best2 kan novelnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe lya...dik an faham lya busy setelkan urusan kawin kan...alhamdulillah selesai semua hehe...aah novel dia semua best best ehehe...

      Delete
  3. hai! cx bkn peminat novel tegar tp cx still bca .. so blhlah pnjm kan? ehhh ;p

    ReplyDelete
  4. Dulu minat baca novel...sejak ada adik ammar dh kurang..asyik berebut buku jer ngan dia...last2 tak baca dah...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha budak2 kan akak...dik an kalau baca mesti nak alone je...taknak gangguan hehe

      Delete
  5. Selamat membaca :) nanti dah hbes baca cerita eh .. hehe

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.