Thursday, 22 May 2014

Resepi Semperit Susu Senang

 


semperit susu :)

Meh sini adik kakak abang tengok resepi semperit susu senang.
Serious tak tipu senang gilos. Tak payah nak salin resepi kat kertas bagai , ingat je pun dah boleh hehe.

Bahan-bahan.

1. Seketul buttercup (250gm)
2. Setengah tin susu pekat 
3. 500 gm tepung jagung
4. Coklat rice

Cara-cara.

1. Satukan buttercup dan susu pekat dan kacau sebati.
2.  Bila dah sebati masuk kan tepung jagung.
3. Kacau rata tepung jagung , pipekan guna acuan buat tart gulung tu ke dalam loyang.
4. Tabur coklat rice dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.

Haaa apamacam ? Senang tak ? Ni Dik An test buat untuk raya. Sedap buat kudap kudapan sambil tengok tv. Dik An lebih suka semperit susu ni berbanding semperit yang bunga dahlia tu hehe.

Apa lagi dah senang dan mudah sila lah cuba . Selamat mencuba :) 

8 comments:

  1. aishh mudahnya dik an nak cuba la mcm nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe senang kan lya...selamat mencuba lya :)

      Delete
  2. tu dia dah keluar dah resipi kuih raya... dik an buatkan untuk akak dengan ash...hi hi hi... (muka tak malu mintak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...boleh je akak tapi akak meh amik kat perak eh ? hehiks !

      Delete
  3. dah nak buat biskut raya dah dik an... terima kasih atas resipi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe testing testing dolu...sama2 fiza :)

      Delete
  4. Mudah sgt ni. Wahh..tq tau sebab share resepi senang ni. ^^ yeayy! Koleksi biskut raye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah kan ? cuba tau nnti hehe...welcome dear :)

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.