Wednesday, 28 May 2014

Resepi : Macaroni Bakar

 

 

Selamat pagi....yuhuuu ! dah sarapan ke belom ? Yang blom tu mintak maaf lah kalau ada yang lapar tgok gambar ni...haha. Ni cerita semalam , tetiba idea datang nak wat macaroni , makanya berbuka puasa semalam makan macaroni lah. Kelas kau farihan buka puasa ala2 mat saleh makan macaroni. Haha. 

Resepi macaroni agak senang jugak. Simpe je. Cepat je nak watnya yang lama nya tang nak defrost daging dengan nak bakar je hehe. Meh Dik An share resepi...

Bahan A

1 Cawan macaroni.
1 sudu besar garam.
2 sudu besar olive oil.

Bahan B

1 bijik bawang besar di potong dadu.
200 gm daging/ayam kisar.
2 sudu besar rempah kari daging.
1 sudu kecil garam.
1 satu sudu besar lada hitam.
Minyak untuk menumis.

Bahan C
1 kotak kecil santan ( guna susu pun takpe).
1 cawan air.
5 bijik telur.
1 sudu kecil garam.
1 sudu besar gula.

Bahan D
Daun bawang.
Daun sup.
Cili merah dan hijau.
Bawang goreng.

Cara-cara.

1. Mula2 rebuskan bahan A. Rebus macaroni dalam setengah jam ataupun sehingga masak/lembut dan toskan.
2. Masak bahan B , memula panaskan minyak , lepastu masuk kan daging kisar , agak dah masak (dia tukar kaler) masuk kan serbuk kari daging , garam dan lada hitam.
3. Blender bahan C .
4. Bahan D dihiris halus except bawang goreng.
5. Satukan bahan A , B , C dan gaul kan rata dalam bekas. Taburkan keju ( kalau nak) dan last sekali taburkan bahan D .
6. Bakar dalam 170 darjah celcius dalam 30 minit .

Siap untuk dimakan. Selamat mencuba !

14 comments:

  1. rajinnya.. mesti sedap nie.. nak sikit.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...suka masak2 ni hehe...sedap ? fiza kena rasa baru bleh ckp sedap ke tak hehe...meh umah dik an meh...

      Delete
  2. sedapnya tapi malas nak buat sendiri...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takmau malas2...senang dgn kejap je watnya hehe...

      Delete
  3. Replies
    1. hehe tapi kalau wat versi cheese punya confirm lagi meleleh...ni dik an wat versi biasa je...

      Delete
  4. lya tak reti makan makaroni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dik an pon wat je makan nye tidak...dik an macaroni tak suka sangat. apa2 pon spaghetti tetap di hati hehe...

      Delete
  5. Tak suke makaroni. Tapi nak kene belajar gak buat pasni. Hihi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dik an pon lebih prefer spaghetti hehe...wat tau sonang jaa ni haa hehiks...;)

      Delete
  6. favourite N macaroni ni.. sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dik an kureng sikit macaroni ni hehe...tapi kalau yg goreng punya suka hehe..

      Delete
  7. pernah makan makarori goreng tapi x pernah makan macam ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cuba lah yang ni pulak...sekali sekala sedap jugak hehe...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.