Tuesday, 6 May 2014

Demam Campak

 


Al kisah malam tadi tak boleh nak tido , sakit gila badan ni tau...
lepas tu sejuk yang amat sangat...
Dan sebelum tido tu dok belek-belek tangan terperasan ada satu bintik kecil dia mengelembung , yang dalam tu ada air...nak kata kena oven tak sakit pulak...kot celah mana pulak yang nak kena oven nya....so abaikan je lah...
tapi dalam hati macam dah rasa laen dah ni...sebab yelah sakit sakit badan , sakit tekak , sakit mulut ada ulser...takpe tgok esok macam mana...
 
Dan pagi tadi bangun tengok bintik bintik tu kian banyak , kian merebak...err apakah ini...terus p tanya mak Dik An. Mak Dik An pon kata lah ni demam campak ni...T__T , sepanjang hidup 23 tahun ni lah baru first time Dik An kena demam campak...tapi bintik bintik tak merebak sepenuh nya lagi...kat muka tak naik lagi...habis lah dop comel lote dah -.-
 
Kat bawah ni Dik An kasi info sikit mengenai demam campak. Sumber ihsan dari encik google.
 
 Apakah itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai dengan ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Program Immunisasi Campak.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otott
  • Ruam demam campak
Itu yang Dik an google...semua tu Dik An alami kecuali batuk dengan selsema tu.
Mak kata kena minum air kelapa nak kasi campak tu kuar cepat dan dan dan makan pon kena pantang T__T . Alahai dah lah pencinta makanan sekali kena pantang huhu..
Sabar je lah , takpe...sakit ni satu Ujian dari Allah kann :) 

6 comments:

  1. lya pernah kena sekali masa tu lya masih sekolah rendah..sebulan gak lya cuti tak sekolah...sabar je la ya dik an..ok gak tu sekali seumur hidup je kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lama tu lya cuti...in shaa Allah Dik An sabar :)

      Delete
  2. demam campak semua org akan kene.. semoga dik an cpt sembuh.. makanan mmg kene pantang..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. In shaa Allah...trima kasih ya..

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.