Wednesday, 28 May 2014

Chicken Chop Homemade

 


Selamat petang. Petang ni kita dikhabarkan dengan berita dukacita di mana Sultan Perak telah mangkat. Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. In shaa Allah. Amin.
 
Masa tengok berita ni Dik An tengah prepare lunch untuk niece and nephew.
Nasib korang lah dapat makcik cam gini pukul 4.30 baru korang dapat lunch. Tu pakej nama nya lunch + tea time . Hehiks ! 
 
Harini tetiba idea menjelma untuk membuat chicken chop. Amani dengan Aryan suka sangat chicken chop ni sampai satu tahap everyday nak kan chicken chop.
So , dari situ idea menjelma, asyik beli je kan...why not buat sendiri . Homemade gitu. Senang pun senang and sekali sekala , dua kali dua kala dapat lah jimat sikit kannn ?
 
Even ramai dah tahu resepi dia , Dik An tetap nak share jugak huhu. 
 
Bahan-bahan.
 
Bahan A
 
1 Peha Ayam.
 
Bahan B 
 
Garam.
Lada Hitam.
Lada Putih.
Knor pasti sedap.
Rosemary.
 
Bahan C
 
Telur.
Tepung gandum.
Tepung jagung.
Minyak.
 
Bahan D
 
 2 sudu planta.
2 sudu tepung gandum.
250 ml susu full cream.
Serbuk lada hitam.
Sos Lada Hitam .
Kicap.
4 butang cendawan dihiris nipis.
Garam dan gula secukup rasa.
 
Cara-cara.
 
1. Debonekan bahan A (peha ayam).
2. Setelah siap debone peha ayam perapkan dengan bahan B. Perap dalam 30 minit. Sementera tunggu perapan kita wat kuah. (bahan D)
3. Memula kita cairkan planta . Lepastu masuk kan tepung gandum . Kacau sebati masuk kan susu . Kalau agak pekat boleh tambah sikit air . Lepastu masuk kan serbuk lada hitam , sos lada hitam , kicap (Dik An tak letak) , cendawan dan perasakan bersama garam dan gula.
4. Siap kuah (bahan D) , maka boleh lah panaskan minyak...amik perapan ayam tadi celupkan dengan telur , gaulkan bersama tepung gandum dan last sekali bersama tepung jagung. Goreng sampai masak/warna bertukar keemasan.
5. Siap untuk dihidang. Tuangkan sos ke atas ayam yang siap digoreng.

 

sebelum letak kuah. haish lapar balik ni huhu.

 

ni untuk aryan. Version celup telur .

 

Version amani tak celup telur sebab campak tak baik lagi. 
Memandangkan dia tak pantang maen bedal hayam semua , makanya Dik An pon belasah je kasi dia makan. Susah wey bebudak ni , orang kata tak bleh lah dia nak kann.

Bagi Dik An senang je buat nya. Susah tu nak debone peha ayam sebab first time kan. Siap study satu jam lagi kat youtube how to debone chicken legs. Huhu. Alhamdulillah menjadi jugak dan boleh buat lagi hehe. 

Untuk kuah pulak kalau nak kasi warna jadi black (hitam) bleh lah masuk kan kicap sikit. Memandangkan Dik An , adik baru baik campak , amani pulak sedang bercampak campak lagi maka Dik An tak letak kicap. Hehe.

Selamat mencuba dan salam maghrib ! :)
 


16 comments:

  1. Jelesnye ngan org pandai masak! Wuuu~ ty so much share resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloooo kita takdelah pandai masak sangat hehe...belajar2 gitu je hehe...welcome ana :)

      Delete
  2. terliurnya..alahai,nini tak pandai masak :(
    beli kat kedai juarlah,hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...masak bleh blajar nini hehe...kita ni sebab minat sama hehe...:)

      Delete
  3. Replies
    1. rajin eh...ikut mood jugak ni haha :D

      Delete
  4. comelnya chicken dia ada smiley laa :D.. rajin betul buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah saja letak smiley tapi tak kreatip nak susuk cantik2 ehehe...rajin ikut mood :D

      Delete
  5. Huyyyooo nampak sangat menyelerakan *O*

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak je ni...rasa belom tentu hihi :P

      Delete
  6. tak payah nak pergi kenny rogers kalau mcm nie.. sedap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tp tak bleh lawan kenny rogers..kenny rogers sodap lagi :)

      Delete
  7. aiyarkkkkkk.. bikin air liur meleleh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyoooo....makan gambar tu hihi :P

      Delete
  8. sedapnya chicken chop dik an .. selalalunya kat sini sepinggan dalam RM8..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau kat tempat Dik An 5 hengget pon hado...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.