Thursday, 1 May 2014

Cheese Tart

 

petang ni Dik An nak share resepi buat cheese tart . Request oleh kawan Dik An , Nadia Amira...sorry Nadia for the late update , busy sikit hehe...tapi sorry Nadia sebab entry ni takde gambar step by step sebab Dik An takde buat cheese tart dalam masa terdekat ni hehe. Meh kita tengok resepi dia.
 
Resepi Cheese Tart
 
125 gm butter
65 gm gula castor
1 bijik kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar air
250 gm tepung gandum/serbaguna
 
*  Mula-mula putarkan butter dengan gula castor hingga berkrim dan gula tu hancur.
* Selepas adunan butter dan gula castor dah berkrim , sebati masuk kan kuning telur , esen vanila dan air. Putar kasi sebati
* Bila dah sebati boleh masuk kan tepung dan kacau hingga menjadi doh !
* Dah siap boleh lah letak kat acuan tart ! Kulit tart ni kalau korang simpan dalam bekas kedap udara boleh tahan dalam 2-3 bulan tau !
 * Siap masuk dalam acuan cucuk2 sikit permukaan dengan garpu kasi ada ruang udara dan bakar dalam masa 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 
**SIAP**
 
Untuk cream cheese pulak :
 
250 gm cream cheese
20 gm butter
60 gm gula castor
1 bijik telur
1 sudu teh esen vanila
 
* Putar kan cream cheese , mentega dan gula castor sehingga kembang.Untuk cream cheese ni biasanya nak putar tu terus dengan kelajuan yang maximum tau !
* Bila dah kembang masuk kan telur dan esen vanila . Pukul sehingga sebati. 
**SIAP**

Lepas semua dah siap boleh lah mula isi kan kulit tart dengan filling yang disukai ! Macam Dik An suka blueberry . 
Mula-mula masuk kan sedikit filling dalam kulit tart , lepastu pipe kan cream cheese dan hias permukaan cream cheese , maen lorek2 gituuu...
Lepastu bakar 5 minit pada suhu 170 darjah celcius...
**Siap untuk dimakan**

Resepi yang Dik An kasi ni Dik An amik masa Dik An g belajar kelas wat tart . Untuk Nadia , kalau ada yang tak paham sila halooo2 di fb hokeyy ?
 
 

2 comments:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.