Wednesday, 2 April 2014

Universal Studio Singapore Part 1

 

Assalamualaikum...
 
 
Sesaja lah nak share nak cita kat korang pengalaman Dik An pegi Universal Studio Singapore . Sebelum g tu abang Dik An dah beli tiket masuk ke USS tu sesiap. Senang g sana tak payah nak beratuq sakann. Harga tiket dia beli kat kawan dia tu dalam 72 dolar dan 180 hengget duit kitaa. Tu dia beli melalui kawan dia. Family makteh Dik An pulak diorang g beli kat TUNE HOTEL . Harga 195 hengget termasuk bas pegi dan balik. Kiranya 165 tu tiket masuk USS dan 30 hengget lagi tu tiket bas. Macam family Dik An g tune hotel just beli tiket bas je lah .
 
Masa nak g beli ni pastikan sehari sebelum korang nak pegi USS korang beli ok ? Sebab esoknya tu pepagi lagi pukul 7.30 dah nak kena gerak dari Danga Bay tu dan bas tu amat lah on time. Tu korang kena beli awal sehari. Korang jangan lah lambat sebab bas tu korang share ngan orang laen sama. Tapi family Dik An + family Makteh + family Maklang *kakna sorang jepun* ada dalam 18 orang so dia kasi mini bus untuk family kteorang. Rasa macam rombongan cek kiah sangattt ^_^ . Kteorang 6.15 dah gerak dari pasair gudang nak ke tune hotel tu. selamat sempat , mana taknya kemahen pecut depa drift. haha.
 
Kenapa kteorang pilih naik bas ? Sebabnya susah tau. Memula memang decide nak naik keta sebab senang lah kan nak pusing singapore dan boleh g bnyak tempat . Tapi lepas google dapat info susah nya sebab korang kena sediakan macam-macam dokumen , macam geran , lesen , salinan roadtax pun hado kalau tak silap . Lepas tu pulak kalau korang langgar had laju , langgar keta orang kata sana , dah jadi mahal nak bayar kan ? So lebih baik lah naik bas sebab dibawa terus ke tempat kita nak g tu . Jangan risau kalau korang nak jenjalan tempat laen sebab kat situ ada train tau . So boleh je nak sana sini.

Okey . Dari sini Dik An dah nampak better korang beli melalui ejen kat TUNE HOTEL ni . Sebab apa ? Murah sikit kan , lepas tu tiket USS korang tu ada voucher 10 dolar untuk makan , maka nya kalau jumlah makan 20 dolar korang just kasi tiket tu dengan 10 dolar je lagi . Dan masa korang nak shopping segala barang kat UNIVERSAL STUDIO STORE tu korang jugak boleh dapat discount dengan tunjuk harga tiket tu. Berapa tak sure pulak. Kalau tak silap cousin Dik An cakap dapat lebih kurang 10-30% kot. Untung banyak kann ?

Dan kalau korang nak tukar duit please tukar sesiap kat money changer yang bersepah kat JB tu . Sebab kalau korang g tukar kat Singapore sana tu , mahal sikit tau. Macam Dik An masa tu tukar kat JPO , JOHOR PREMIUM OUTLET sebab dah takde masa dah. Masa tu matawang 2.62 dolar. Dik An tukar  200 hengget dapat 76 dolar je. sobs sobs . 76 dolar tu sesangat lah terhad sebab nya sana makan minum nak beli belah keychain suma mahal ok . Kalau boleh bawak sesiap air mineral letak dalam bag korang , so kat situ boleh jimat dari beli air kann ? Alhamdulillah masa nak masuk tu dia tak check pon bag kteorang.
 
Next Dik An akan cerita di part 2 sebab kalau semua kat sini dan penuh gambar dah jadi panjang lebar pulak . ** to be continue
 

2 comments:

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.