Monday, 7 April 2014

Resepi Ayam Goreng Tomyam



Assalamualaikum....

Meh Dik An nak sharekan dengan korang Resepi Ayam Goreng Tomyam..
Percaya lah sangat mudah dan cepat sangat masak diaa..

 
 

Nilah rupa Ayam Goreng Tomyam tuu...

Bahan-bahan

 300 gm isi ayam
 1 batang serai *diketuk*
 1 bijik tomato *dibelah 4*
 1 tangkai cili merah *dihiris nipis*
 1 tangkai cili padi *kalau nak pedas boleh letak lebih* *dihiris nipis*
1 labu bawang besar * potong bulat*
 sedikit daun ketumbar 
 satu sudu pes tomyam
 sedikit garam
 5 bijik limau kasturi *lebih pun takpe*amik air dia*
air *jika korang nak tambah sikit kasi ada kuah*

Cara-cara

# Panaskan minyak . Lepas tu masuk serai yang diketuk , cili merah dan cili padi yang dihiris nipis.
# Lepas tumisan dah bau harum masuk kan isi ayam.
# lepastu amik air limau kasturi tu campur dengan pes tomyam,kacau2 masukkan dalam kuali.
# masuk kan sedikit garam.
# lepastu rasa semua dah sebati masukkan , bawang besar,tomato dan daun ketumbar .
# siap untuk dihidang.

selamat mencuba...senang dan cepat dimasak. Makan dengan nasi panas-panas sedap tuu .
  

4 comments:

  1. sedap nie.. selalu makan yg ader kuah tom yam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedap...rasa ala2 tomyam jugak cuma beza dia kuah tak bnyak hehe..

      Delete
  2. dah lama lya tak pekena tom yam :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masaklah lya...wat ala2 gini pon sedap jugak hehe...

      Delete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.