Tuesday, 8 April 2014

Nasi Goreng Semudah ABC

 

Assalamualaikum...
 

Nasi Goreng Semudah ABC
 
Alkisah tadi tengok dalam rice cooker ada lah nasik lebih kan, daripada terbiar membazir lebih baiklah kita buat something dengan nasik tu kan.
*ting ting idea menjelma kat kepala hotak . Makanya teruslah buat nasik goreng ni , serious senang dan cepat gila buat dia...
 
Nasik tu korang gaul lah dengan perencah nasik goreng kampung ke , nasik goreng cina ke , paling tak pon Knor Pasti Sedap *lepastu gerenti sedap nasi goreng korang muehehe* . Macam Dik An , Dik An gaulkan dengan perencah nasi goreng kampung + Knor Pasti Sedap . Lepas tu letak tepi kejap.
 
Dalam kuali tu panaskan minyak ,  pecahkan telur ikut suka korang lah bapa bijik tapi jangan lebih dari nasik kang jadi Telur Goreng Nasi hahaha. Dik An pecahkan dua bijik telur , lepastu korang buat ala2 macam telur dadar tu , tapi jangan biar masak terus , lepastu korang masuk kan nasi yang telah digaul tadi , kacaulah dengan telur telur sekali...lepastu taruk daun bawang...haaaa siapp !
 
Serious Dik An baru tau resepi ni , sebelum ni siap tumbuk bawang cili semua sebabtu malas nak wat nasik goreng sebab malas kupas bawang haha. Resepi yang mudah dan cepat ni Dik An hamek dari drama RESEPI yg ada tayang kat ASTRO tuu..korang cuba lah wat. Serious sedapp. Tak tipu.
 
Selamat mencuba ! :)

No comments:

Post a Comment

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.