Wednesday, 9 April 2014

Macarons

 
 
Assalamualaikum...
 
Last SABTUday sapa tengok cerekarama ? Tajuk dia Andai Aku Pergi Dulu . Haaa gara2 tengok cita tu ada berkisahkan tentang jual macarons online terus hati ni membuak-buak nak buat macarons tau. Makanya hari ahad petang tu gigihlah ke Billion nak beli barang wat macaron.
 
Balik dari billion tu gigih senseng lengan baju nak wat macaron. Serious berdebar debar jantung sambil wat tu , hamboi macam nak jumpa bakal mak mertua pulak kan hehe..sebab dulu pernah nak buat then kakak cakap '' susah tau nak wat macaron ni,kawan aku siap g kelas tau belajar wat macaron ni'' . sentap hati mak nak , terus tak jadi nak wat...sampai lah Ahad haritu cabar diri wat macaroon ni.
 
Bila dah buat eh eh serious senang jugak buat dia , cuma pastikan korang punya meringue tu bebetol menjadi lah kann. Jadi ke tidak ?
 
Macarons perisa Nuttella :)
Alhamdulillah menjadi. Tepuk tangan riang gembira hehiks ! Tapi pakcik pakcik makcik makcik yang hado kencing manis dinasihatkan jangan makan berlebihan sebab manis gila hokeyy !! Meh Dik An share resepi dan cara2 buat dia..

Resepi Macaron :

Bahan-bahan.
 
80 gm telur putih ( Anggaran dua bijik telur Gred A)
65 gm gula castor
80 gm serbuk badam
140 gm gula icing
pewarna
 
Cara-cara
 
1. Memula satukan serbuk badam dan gula icing. Kemudian ayakkan. Letak tepi dulu.
2. Dalam mixer masukkan putih telur lepastu terus pukul maximum. Sambil2 tu masukkan gula castor.
3. Amik baking paper korang lukiskan bulat2. Amik je syiling dopleh sen tu. Jarak kan setiap satu tu dalam 3cm.
4. Pukul sampai adunan meringue tu bertanduk . Kalau korang terbalikkan mangkuk mixer tu dia takkan jatuh . Alaaa macam wat pavlova tu.
5.  Bila adunan meringue dah ok masukkan kan gula icing dengan serbuk badam yang diayak tadi.
6. Kacau sebati masukkan pewarna yg korang suka.
7. Pipekan dekat baking paper yang korang lukiskan bulatan sebesar dopleh sen tu. Pastikan korang pipe tu ikut bulatan tu.
8. Panaskan oven ke 145 darjah celcius bakar meringue selama 20 minit. Bab ni ikut lah kepanasan dan kelajuan oven memasing membakarnya. Tapi jangan terlampau panas kang merekah atau pecah macarons tu.
9. Bila dah siap bakar, tggu sejuk dulu lepas tu boleh lah angkat dan sapu or pipe inti yg korang nak . Nuttella ke , Peanut butter ke ikut citarasa masing2.

Bagi sesapa budak yang baru belajar macam Dik An , korang boleh beli tools for macarons ni tau. Senang ada papan yang siap ada bulat2 untuk korang pipe tu. Macam Dik An lukis sendiri amik kau ada bulat kecil bulat besar. 

   
 

haaa ni lah Dik An maksudkan , senang kan ? Nanti macaron tu jadi sekata je takde besar takde kecik. Dik An tgok kat bakery harga dia 29.90 . Boleh lah kan...ada senang sikit dan jimat masa korang , tak payah nak lukis doploh sen kat baking paper dah hehe..


16 comments:

  1. perisa nutella pulak tu. memang nyumm nyum.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihik...dgar nutella je smua jd haa mesti sedap hehe...try lah fae :)

      Delete
  2. Replies
    1. try lah...senang jugak wat dia hehe :)

      Delete
  3. pandainya dik an buat..lya tak suka mkn tu terlalu manis kan

    ReplyDelete
  4. macarons starbucks akak paling suka dik an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ek...nak kena cuba ni hehe...

      Delete
  5. pandainya sis buat..conform kalu saya buat tak menjdi..mesti ada gak silapnya...a'ha, wayang tu yang mngingatkn aku juga tentang macaron ni sis..hihi..mcm pernah dengar gak nama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe belajar dari youtube je dik hehe...

      Delete
  6. Akak tak minat sgt macaroons sbb manis sgt. Pening kepala akak maka ..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang manis sangat2 hehe...dik pon tak suka sangat tapi lebih kepada suka buat hehe...

      Delete
  7. macam sodap yo.. hihi.. singgah sini..

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.