Thursday, 20 March 2014

Tahniah Pada Yang Berjaya

 

Assalamualaikum...
 
selamat petang semua...petang kat tempat Dik An ni dilimpahi dengan hujan..sejukkk hehe...ok seperti yang kita sedia maklum harini result SPM keluarkan , TAHNIAH pada adik-adik yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Pada yang kurang bernasib baik jangan putus asa , kalau kita tak berjaya SPM tak semestinya selamanya kita tak berjaya. Salah sapa fikir macam tu. Yang penting kena ada semangat lagi untuk meneruskan cabaran yang akan datang.
 
Pada yang berjaya juga jangan terlampau leka , alpa dan seronok. Ingatlah cabaran akan datang lagi susah untuk ditempuhi. Mana pun korang pergi pasti ada cabaran . Pilihan ada kat tangan korang sama ada nak pergi ASASI,MATRIK,STPM mahupun DIPLOMA..
 
Dik An ni taklah pandai sangat. Bukan sangat memang kau tak pandai pun farihan -.-. Jujur cakap atas sikap suka maen2 dulu,busy dengan pengawas,asrama semua satu A pun taraakkk. Sedih wey tapi nak nyesal pun tak guna. Salah sendiri kan. Tanggung lah akibatnya. Tapi Alhamdulillah walaupun dengan keputusan yang teruk tu sekurang-kurangnya sekarang Dik An dah ada DIPLOMA IN ACCOUNTANCY . Ada rezeki sambung degree pulak.
 
Lagi sekali TAHNIAH pada yang berjaya. Dan jugak tahniah kat cousin Dik An sebab dapat straight A's. Pandai korang huhu. Yang tak berjaya jangan risau , akan datang usaha lebih lagi,buktikan pada semua yang korang pon boleh berjaya ! Have a nice day :)

bubye,wassalam...:)
 

2 comments:

  1. tahniah pada yang berjaya dan pada yang kurang memuaskan it's not the end of the world kann?

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.