Monday, 30 September 2013

Selamat Tinggal September !


Lebih kurang 15 minit je lagi september nak tinggalkan kita.
begitu kejap masa berlalu kann.
esok dah masuk bulan baru,bye2 SEPTEMBER welcome OCTOBER !
Dear OCTOBER please be nice to me . haha boleh cam gitu mintak bulan tu buat baik dengan kita . Ringkasan bulan September alhamdulillah dapat lalui dengan sempurna walaupun kadang2 ada duka ada stress wat derk je huhu..
Bulan OCTOBER bulan yang Dik An tggu sebab Raya Aidiladha ataupun raya haji...apa yang syokk nya ? sebab selalu time raya haji mak ayah Dik An wat kurban + sedara mara yang wat korban pun akan kasi daging yang fresh2 tuh ...lepas tuh apa lagi ngendeng2  lah ke mama mintak kotiaw sup tulang !
Selain tu OCTOBER jugak Dik An tggu sebab ada cousin nak akad nikah + ada cousin nak wat kenduri akikah..Dik An suka berkumpul ramai2 macam ni..hihi.
Okey stop membebel , selamat malam semua , semoga bulan OCTOBER memberi keceriaan , rahmat , dan berita baik wat kita semua..insyaAllah. Amin :)

terima kasih daun keladi,
datang dan bacalah blog ni lagi kalau sudi :)

Makan dan makan lagi



ni ceghita petang semalam , konon nya Dik An teringin sangat nak makan Char Hor Fun , kalah orang ngidam pulak kan nak teringin bagai nak makan sangaat2 huhu...jadinya kakak Dik An ajaklah g tapau kat Old Town sebab kawan-kawan dia cakap sedap...makanya pergilah kami ke Old Town. First time i pegi Old Town uolls...hukhuk maap lah kita excited sikit sebab sebelum nak pernah jejak kaki ke Old Town...kesiannn kan :(



jadilah kami beli lah Fried Noodle Hor Fun dekat sana , hurm...not bad jugak , nak lebih sedap makan dengan sup yang disediakan..


yang ni Chicken Hor Fun ...sedapp jugak tapi tak pedas , kalau pedas sure mengancam gituu :D


dan ini Tokoyaki ...memang peberet lah ni , yang ni setiap kali ke pasar malam wajiblah beli ini tokoyaki..Dik An suka beli yang sotong punya hihi..


dan ini yang Dik An post ke instagram semalam..Hobi Dik An memang makan dan makan lagi , see punya tamak sampai 3 sekali Dik An sumbat dalam perut, ni bukan makan nama dia tapi melantak ! haha...malam semalam lepas makan hanya mampu tersandar kekenyangan...Dik An akan teruskan misi mencari Char Hor Fun yang sebenar di kedai2 sebab yg Old Town punya sedap tapi tak tepati citarasa Dik An huhu..nak masak malam so explore dulu kedai ke kedai baru nak try wat ! sekiann..*lepas hapdet pasal makan teruss lapar wey*

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)





Kami Suka Bergambar



Sapa suka bergambar ? Yeay kita geng ! sepp tangan sikit hihi.
Dik An pasti ramai yang leh jadi geng Dik An ni,mangsa Dik An selalunya Amani haha , kesian kann.. Dalam kete pun leh jadi , bosan kan so bergambar je lah hehe.



ni dalam keta , tak suka gambar ni sebab nampak gemuk haha , dah tak suka kenapa letak ? sebab sajaa...suka hati hihi.


botol aryan jadi mangsa haha...dia tak suka botol ni sebab ada straw,dia suka botol air mineral yg biasa tu...macam pandai je nak minum botol air tu , dia taknak Dik An amiklah huhu...


haha first time snap gambar cam gini , haha...bila datang sewel mewel tu cam ginilah jadinya huhu..camera dan Dik An tak dapat dipisahkan..sekiann.

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Sunday, 29 September 2013

Resepi Red Velvet


Semalam kakak Dik An ngendeng2 Dik An cakap teringin nak makan RED VELVET . Jadinya Dik An pun adik yang mithali kunon nya buatkan lah RED VELVET semalam..masuk ni kali ketiga Dik An wat dan kali ke tiga ni dah bnyak lah improvement sikit dan bnyak tau macam nak kasi cream cheese tu tak jadi lembik2 hihi.


taraaa....Red Velvet with Kitkat !
Sebenarnya nak susun kitkat keliling tuh tapi NAK CEPAT sebab nak kuar !
Sepatotnya tunggu kek tu sejuk dulu dalam sejam dan baru letak cream cheese tapi NAK CEPAT kuar oven terus sapu sebab tu lah cream cheese cair huhu. So lepas ni frosting untuk cream cheese dulu pastu sejukan dalam peti,kang bila kek dah sejuk dalam sejam barulah kita sapukan dia.. Nah resepi untuk semua hehe.


Resepi Red Velvet.

Step 1
250 gm tepung gandum.
1 sudu kecik serbuk penaik.
1 sudu kecil garam halus.
2 sudu besar serbuk koko.
ayak kesemuanya dan ketepikan.

Step 2.
240 ml susu segar dicampur 2 sudu kecil cuka. Kaedah ini dipanggil buttermilk.
Biarkan 10 minit, dan masuk kan 2 sudu besar perwarna merah. Ketepikan.

Step 3.
150 gm butter.
100 gm gula icing.
200 gm gula perang. 
1 sudu kecil esen vanila.
2 biji telur.
Putar butter,gula icing.gula perang and esen vanila sehingga kembang. Bila dah kembang masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga kembang. 

Step 4.
Masuk kan Step 1 tepung yg diayak tu diselang seli dgn step 2 yg buttermilk tu ke dalam step 3,bahan yg diputar tu. Kacau sehingga sebati. Amik dua sudu cuka dan satu sudu bikarbonat soda,kacau cepat2 sebab akan berbuih masuk ke dalam adunan. Kacau lagi bg sebati.

Step 5
Masuk ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. Api dalam 180 darjah celcius.

Untuk cream cheese pulak.

250 cream cheese.
100 gm gula icing,
1 sudu kecil esen vanila.
1 sudu kecil air lemon.
150 ml whipping cream.
putar sehingga kembang dan sejuk kan. Bila kek dah disejukkan boleh di hias mengikut kreativiti dan citarasa masing. Selamat mencuba :)

Terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Thursday, 26 September 2013

Baru Dapat tengok Ijab Dan Qabul , nanges tak hengat dunia.




Korang pernah tengok cita IJAB DAN QABUL ? Alaaa cita ni tayang time raya harituh , tapinya masa tu Dik An kat PD kan so susah sikit lah nak nengok kluar makan lah , kluar jalan lah kan...jadinya baru semalam Dik An tengok.
Ketinggalan ketapi betul lah Dik An nih kah wuwuwu.
Bila dah tengok Ya Allah sedihnya cita ni , siap nanges2..
Dik An ada baca komen2 orang kat FB pun ramai yang nanges tengok cita nih.
Lagi satu cita ni pun boleh dijadikan sedikit sebanyak pengajaran dalam hidup kita...dah habis tengok tu siap replay lagi sekali , dah tengok kali kedua tetap nanges wey huhu...lagu-lagu dalam cita dia pun best jugak.



ni salah satu lagu dia yang Dik An suka , dok ulang dengar je lagu ni huhu.
owh sapa-sapa yang tak tengok lagi Dik An sarankan korang tengok cita ni.
Best and confirm nanges...sapa tak nanges tu hati keras lah kot :p

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Budak Manja





ni amani , kakak kepada aryan , anak sedara Dik An yang first lah kiranya hehe..besar dah dia , tahun depan dah darjah satu..


tapinya manja yang amat sangat amani ni , ikut perangai Dik An kot huhu.
sekarang ni lagilah kat umah dia kat kulim dia ngn ibu abahnya je , adiknya aryan dengan famili Dik An kan lagi lah manja tahu, balik td dia tgok adiknya ada mainan baru , ada tabung baru , ada baju baru terus nanges , tak boleh adik lebih dari dia..lepastu tak kasi ibu manja2 dengan adik..haila kakak, adik kecik lagi tau ,kakak dah besar kena lah faham..ni kalau dia tau Dik An selalu cita pasal aryan dalam blog ni mahu nanges jugak kahkah..kakak behave yourself..dengan cakap ibu abah mama ayah cik baby dan yang laen2.
jangan cengeng dan garang sangat ye budak manja !

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Wednesday, 25 September 2013

Sapa nak order ?


Malam ni saja nak tunjuk kat korang yang jubah , abaya , telekung serta tudung bawal yang kakak Dik An jual. Dik An tolong promote jaa. Kononnya  PRE-ORDER gituu :D 



Telekung. Rm 65 + Free postage !


ini warna ungu lembut.
Rm 65 sekali pos :)


ni warna cekelat muda.
Rm 65 sekali pos...


ni warna ungu terang.
Rm 65 sekali pos...


ni ungu gelap.
Rm 65 sekali poss..


ni warna maroon.
Rm 65 sekali pos.


jubah cotton.
saiz s to xl.
Rm 45 sekali poss.


jubah cotton.
saiz s to xl.
Rm 45 sekali poss.



jubah cotton.
saiz s to xl.
Rm 45 sekali poss.


jubah cotton.
saiz s to xl.
Rm 45 sekali poss.




abaya..
Rm 75 sekali pos.


tudung bawal bertone.
Rm 37 sekali pos.


tudung bawal bertone.
Rm 37 sekali pos.


tudung bawal bertone.
Rm 37 sekali pos.


tudung bawal bertone.
Rm 37 sekali pos.


tudung bawal bertone.
Rm 37 sekali pos.

ni lah sebahagian dari yang kakak Dik An jual , tapi dalam masa yang sama Dik An letak jugak kat page Dik An kat fb tu. Korang jemput lah tengok dan like ye page Dik An tu. Almaklumlah budak baru nak business cam Dik An ni kalau bapa kerat je like susah lah sikit kan. Dik An ni sebenarya pemalu tau tapi terpaksa tebalkan muka mintak korang like huhu..
Jemput tengok ACIK BABY's SHOP CENTER .
Terima kasih , segala kerjasama amat Dik An hargai. Owh ya kalau ada yang berminat dengan telekung , jubah semua tu boleh hubungi Dik An kat page DIK AN.

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Budak Baru Belajar



semalam Dik An dapat satu komen dari blogger terkenal HasrulHassan.
Sapa tak kenal beliau tipuuu sangat hehe.
Beliau komen di segmen beliau yang Dik An join.
Dia cakap blog Dik An dah kemas cuma perlu diperbaiki lagi untuk lebih ummmphh.. Lebih Umphh tu mungkin lebih menarik lah kan.
Dik An ni budak baru belajar jadi harap kawang-kawang sekalian bantu lah Dik An dan beri tunjuk ajar apa yang perlu ditambah baik lagi hehe.
Segala teguran Dik An terima dengan hati yang terbuka :)
Kerjasama korang amat Dik An hargai..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Ayam Goreng Butter


nindiaaa menu lunch tadi !
sedap tak hengat dunia makan dia , sampaikan tengah taip entry ni pun Dik An terbayang kesedapan makanan ni terutama sambal gesek. Serious cakap makan nasik panas2 dengan sambal gesek ja pun dah sodap. Tapi Dik An bukan nak cakap pasal sambal gesek , yang tu Dik An dah pernah share resepi kan. Klik SINI untuk resepi sambal gesek. Kali ni nak bercerita pasal AYAM GORENG BUTTER. Resepi lebih kurang sama ja dengan Butterprawn tapi sodap ayam lagi.

Bahan-bahan :

  • Ayam di potong kecik2. Dik An guna dalam 3 ketul ayam tadi.
  • Setengah tin susu cair
  • 5 tangkai cili padi dan 2 tangkai cili merah ditumbuk kasar. *nak lumat pun boleh*
  • 2 sudu serbuk cheese / keju biasa je. *takde pun takpe*
  • Kiub pati ayam
  • 1 bijik telur
  • tepung jagung secukupnya
  • Daun kari dalam 3 tangkai.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Serbuk kunyit
  • 1 sudu butter
Cara-cara :

  • Memula perapkan ayam bersama garam,gula,serbuk kunyit,telur dan jugak tepung jagung selama satu jam.
  • Bila dah cukup sejam gorengkan ayam tersebut.
  • Lepastu panaskan kuali lain,dan cairkan butter .
  • Masukkan cili padi dan merah yang telah ditumbuk tadi.
  • Agak2 cili ngn butter dah kuarkan aroma wangi masukkan daun kari.
  • Lepastu masuk kan susu cair. Kacau sebati masukkan kiub pati ayam dan serbuk cheese.
  • Bila dah mendidih ayau kuah jadi macam nak pekat tu masuk kan ayam telah digoreng rangupp. 
  • Siap untuk di makann !

Tadaaaa senang dan simple je kan..cuba lah try buat. Sedap tauu.

Penat menaip sekarang nak ulang makan kejap. Bye !

sekian,wassalam...


terima kasih daun keladi,

datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Monday, 23 September 2013

Kisah Semalam - Belajar Buat Kek


salam sejahtera...hoi rindu nya nak hapdet belog ni , ni aryan tido boleh lah Dik An joget-joget sikit sambil hapdet blog kalao tak Aryan asyik nak tengaok banana dia je huhu..

Meh nak story mory dengan korang kisah semalam.semalam Dik An g belajar buat kek hehe,ada yang tanya Dik An dah pandai buat kek kenapa g belajar lagi , tujuan Dik An nak mahirkan lagi , kalau dop reti wat kek cekelat je lah kan sampei tua haha. semalam g belajar Dik An dah tau mcm mana nak buat butter cream ataupun icing atas kek tuh , lepas tu belajar macam mana nak lukis cartoon atas kek..serious susah hati cam mana ni nak lukis sbb tangan Dik An tak berseni, mmg tak pandai lukis tapi akhirnya jadi jugak...senang je ghopanya haha.


serious best g belajar sebab auntie yang ajar tu setiap kelas dia memang amik dua org je sbb nak tumpukan katanya, lepastu pulak semalam Dik An sorg je sbb akak lagi sorg ada emergency , bila dah sorg memang duapluhpatjam auntie tu tumpukan perhatian kat Dik An. Maluu i taw. Semalam belajar dua teknik, teknik ombre dan artwork cartoon .


seriously macam tak percaya Dik An yang wat semua tu. al maklumlah tangan tak seni haha...ni teknik ombre atau pun tona warna..senang lah jugak tapi susah nak wat tona tu hehe...baru first time kan , kejap kecik kejap besar hihi..


ni teknik artwork cartoon...serious senang je hehe..nnti birthday aryan nak wat kek minions kat dia hehe.


yes saya berjaya siapkan dua bijik ke...sapa nak tempah boleh lah ye. Hihi :)
Ada rezeki nak g belajar lagi , kasi mahir lagi..insyaAllah.


terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)


Saturday, 21 September 2013

Akibat Tamak





omnomnom...nasik goreng kerabu with oriental chicken chop.
Dasar tamak + kebulur betuk Dik An nih.
Bukan satu tapi dua sekali makanan Dik An melantak.
Sebenarnya perut ngidam nak makan ni semua , asyik makanan sihat je amik kau melantak puas-puas. Ikut hati nak lagi satu kotiaw kungfu kang tak pasal2 mak ayah penampor karang haha. Dan akibat melantak ni semualah terus perut sakit giloo ! Muntah semuanya kembali dan cirit-birit.
Mak ayah Dik An cakap perut terkejut sebab sebelum ni kan Dik An makan makanan g sihat yang di bakar and toast je. Sekali melantak cam gini meragam lah perut. Huwaaa ni lah jadi kalau tamak sangat kan. Serik dah tak mau makan bnyak cam gini dah *k dengar je percaya jangan* haha. 
Duhai perut beware sebab tuan mu ini tak kan pernah insaf , dia kan melantak lagi dengan jayanya !



terimakasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Plain Water + Aura White

plain water ataupun air kosong , air masak , air jarang dan sebagainya.
seriously Dik An memang kurang sngt minum plain water ni , bukan kata plain water je tapi air yang laen-laen tu pun memang kurengg jugek.
Dik An hanya minum air time makan je. So bayangkan lah Dik An amik lunch and dinner je so kdang tu separuh dari gelas je Dik An minum.

Tapi tu dulu lah...sejak sejak Dik An minum Aura White ni kena bnyak kan minum plain water , actually supplement apa2 pun korang kena banyak minum plain water.

sebab segala-galanya korang nak cantik ke nak kurus ke memang dari plain water ni dan jaga pemakanan..Dik An amik Aura White ni sesaje je sebab kulit Dik An kan jenis berminyak tak hengat dunia tu yang Dik An minum tu.

Alhamdulillah since minum tu + minum plain water secukupnya +jaga pemakanan *kurangkan yang minyak2 ni* + pakai mask collagen tu memang muka Dik An kurang sangat minyak dia. Suka angat tau ! huhu . Satu je yang Dik An tak tahan minum plain water secukupnya , kerap nak terkucil wey . Kalau time nak g jenjalan memang idoklah Dik An nak hamek plain water bnyak2. Kang buat nayaa je haha. Tapi kalau korang kerap terkucil tu bagus tau , apa orang panggil DETOX eh. Dia buang toksin dalam badan kita :)

So pesanan penaja , amalkan minum plain water secukupnya. Sikalang idoklah banyak mana pun Dik An minum cuma sehari dua botol air yang 550 ml tu. Err  ok lah kot. Tapi kalau korang tak boleh nak minum bebanyak jangan paksa diri tau !

salam sayang
-Dik An-

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Friday, 20 September 2013

Aryan Amik Angin Petang




nama saya aryan...saya suka jalan-jalan.
ni cik baby bawak saya jalan-jalan tepi sungai.
walaupun cik baby garang tapi saya tau dia sayang saya.
tapi saya degil+nakal tu yang cik baby suka marah saya.
Tapi saya tak takut pun :P


cik baby ni saya taknak bergambar dia maen paksa pulak.
sudahnya saya tak pandang camera.


tengok tu.
cik baby nak bergambar lagi.
cik baby ni over tau senyum nmpak gigi bagai saye rileks je huhu.


saya nak maen air sungai cik baby dukung saya pulak ajak bergambar.
geram betol lah.
sungai kat belakang saya tu sungai kerian.
eee geramnya saya tengok air.


ni cik baby gemuk tangkap gambar sorang2.
saya larik dari cik baby.
saya tak suka bergambar sebab takde cermin mata hitam.
saya ngada sikit nak tgok camera bila pakai cermin mata hitam ja.
Bye kawan2 blog cik baby.

terima kasih daun keladi,
datang dan bac lah blog ni lagi kalau sudi :)

Contoh Panjang dan lebar Selendang Dik AN jual

tadi Dik An ada jual selendang kan , ni nak tunjuk gambar kat korang contoh Dik An pakai.. kalau nak tengok selendang yang dijual klik SINI !

ni panjang dia dan dia agak lebar. Senang di pakai dan tak jarang sebab kita dah lilit2 kah kepala kita kan.
Panjang 170 cm
Lebar 60 cm


ni contoh gambar depan dan belakang Dik An pakai.
Korang boleh adjust lagi nak kasi labuh atau pendek dia sebab selendang ni besar.
Tapi Dik memang fesyen pakai cam gini je hihi.

salam sayang
-Dik An-

Terima kasih daun keladi,
Datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)