Wednesday, 28 August 2013

Effect Twins Di Picsart

orang laen wat gambar kembar cam kat bawah ni haa Dik An pun teringin, so tgok cousin Dik An post kat instagram Dik An pun merisik khabar lah tanya macam mana buat kan , so semalam g umah tok cousin Dik An pun ajar lah , dengan menggunakan application Picsart. Mekasih ikah ajar baby , senang je pun ghupanya kehkehkeh. Meh lah tgok kembar seiras sesiam Dik An kat bawah ni haa :D

sama tak kami ? Hiks !


Kami kembaq siam wey. Sob sob sob :(


aryan pon hado kembaq siam dia..


kembaq siam lagi. Haha dah reti edit jadi twisn cam gini keje nak wat gambar cam gini je lah kan . Hehe.

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

p/s : sesapa nak tahu cam mana buat gambar ni jangan segan silu tanya :)

Bermadah Kata tentang Rezeki




saya percaya pada rezeki Allah. Sesungguhnya Allah dah tetapkan rezeki dan bahagian masing-masing untuk hambanya. setiap insan pastilah mahukan rezeki yang bagus , sempurna untuk kehidupannya , begitu juga dengan saya. Saya yakin ada nya rezeki untuk saya suatu hari nnti cuma nya antara cepat atau lambat je. Saya tak dapat further , tak dapat keje semua itu juga ketentuan dari Allah , saya terima andai kata rezeki saya untuk sambung belajar , untuk bekerja lambat , saya redha dengan segala ketentuan dariNya.
Berdoa lah agar rezeki kita semua di permudahkan :)

Ewah bermadah dan berkata-kata pulak Dik An harini kan ,hihi...tetiba harini pandai pulak nak berkata-kata..saja nak testing mesting tapi sebenarnya yang kat atas tu isi hati Dik An jugak tu huhu.

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Tuesday, 27 August 2013

Thank You

Terima kasih Dik Nanie , cantik doodle ni and Dik An suka sangat. Kepada sesapa yang tak tuntut lagi g tuntut cepat kat Nanie and sesapa yang tak join segmen nanie tu rase macam suka je doodle ni boleh lah tempah kat Adik Nanie kita ni hehe.

Terima Kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Monday, 26 August 2013

Sesi Lompatan Yang Tak jadi


Ni gambar masa kat Teluk Kemang haritu , haha rasa lawak sangat gambar2 ni tapi Dik An rasa bukan Dik An tak pandai lompat salah fotographer sebenarnya haha.


first trial , salah orang yg amik gambar nih , kita tak ready lagi dia dah snap huhu.



second trial , tak ready jugak.


third , dah macam burung helang nak terbang je hikhik.


fourth , menjadi tapi ish tudung pulak mengacau ye.


fifth , macam hanto pocong rights ?


sixth , menjadi jua akhirnya haha.. yeay !

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)


Sunday, 25 August 2013

Patutlah kan


salam maghrib semua . korang pernah dengar tak DIET MENGIKUT JENIS DARAH ? Hokey Dik An baru first time tau ada nya pasal diet ikut jenis darah ni , tu pun Dik An tau sebab baca entry sis farah , kalau korang nak baca klik SINI . Mekasih sis sebab share entry tu kalau tak sampai ke sudah lah Dik An tak tau kan huhu.

Dan bila Dik An baca ya Allah , rasa terkejut sangat , no wonder lah diet Dik An tak menjadikan malah berat makin naik sebabnya sebabya Dik An darah O dah mengikut diet yang sesuai ialah makanan yang berasaskan daging , ayam sebab darah jenis O bnyak asid yang mencerna daging. Tapi korang kena avoid makanan yang berasaskan susu.

PATUTLAH diet Dik An rosak haha. Sebab Dik An kalau tak makan nasik nak diet kunonnya memang akan makan produk yang berasaskan susu macam yogurt semua tuh , benda yang kita suka tu lah rupanya kena avoid huhu. jadinya lepas ni kena cari resepi diet yang berasas kan ayam and daging.

sekian, wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Alhamdulillah , Doplohdua Sudah !


twenty two already !
alhamdulillah , semalam doplohpat ogos genap lah umur Dik An doplohdua taon. Harapan Dik An untuk diri sendiri ialah supaya lebih matang sikit sama taraf dengan umur Dik An , yg bab matang ni semua cakap cam gini tau haha , alaa jadi mcm budak2 sikit , cengeng2 tu memang tak dapat nak dipisah dengan diri Dik An , so harapan yang tu memang tak lah kan huhu.

thanks to famili yang belanja makan , dua kali pulak tau , selasa ni abang pulak , so jadilah 3 kali...memang sesuai dengan prinsip Dik An hidup untuk makan , jadi as a present smua pakat blanja makan je lah , huhu , takpe Dik An suka cuma yang tak suka nya bila timbang berat naik , huwaaa tak boleh ke berat tu statik je , ni Dik An nak ushakan trun berat blik bagi statik je , Dik An kalau nak trun berat ada masa2 dia , masa sakit , masa penat gila haa tu trun lah , huhu takpa i'm trying my best !

sekian,wassalam..

terima kasih sudi baca,
dantang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Thursday, 22 August 2013

Think Positive Dik An !


selamat pagi ! Mulakan hari anda dengan senyuman tapi Dik An mulakan hari Dik An dengan kemurungan huhu , tension je fikir , agaknya selagi Dik An tak keje selagi Dik An tak dapat further degree selagi tu lah ada suara - suara yang cakap itu ini. Dik An tak kisah cuba nak take positif tapi masalahnya cakap percakapan diorang tu suka wat Dik An down tau.

Parents Dik An sendiri tak kisah tak cakap apa2 Dik An tak keje , malah diorang sendiri tak cakap apa masa Dik An tak dapat UPU tu sebab diorang tau semua tu ketentuan Allah , tapi yang berkata tu sepupu sepapat , mak sedara semua ..

Semua yang bercakap tu senang lah sebab diorang maen cakap je tapi Dik An ni yang rasa tau , kadang tu ignore je tapi kadang tu kalau ada kata yang menyakitkan hati tu hujan jugak lah mata Dik An ni huhu..

Satu je Dik An nak cakap , semua tu bukan Dik An yang tentukan , semua ni dari Allah , rezeki Allah , Dik An percaya akan ada jugak rezeki dan peluang semua tu cuma antara cepat dan lambat je . InsyaAllah. Sapa lah tak nak further degree tak nak keje kan , insyaAllah habis je Dik An jaga aryan sampai hujung bulan 10 nanti , Dik An cari keje dan ada peluang Dik An akan apply degree sampai dapat. Ada cousin Dik An cakap sampai bila nak tggu , then Dik An cakap nak belajar bila2 masa pun boleh , asalkan ada minat , ada kemahuan and terus dia diam. Dik An tak suka cari pasal dengan orang tapi kalau dah dia cari pasal terpaksa jugak lah kan. Huhu.

Terima kasih pada sepupu sepapat dan laen2 yang begitu concern dengan Dik An tapi Dik An mintak doa kan yang Dik An dapat further dapat keje bukan nya dengan kata2 yang boleh wat Dik An down.

sekian saja luahan hati Dik An , wassalam.

Terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Wednesday, 21 August 2013

Selamat Malam Semua




selamat malam semua , moga masih ada esok hari untuk kita meneruskan kan kehidupan , untuk kita melakukan perintah dari-Nya . Moga esok membawa sinar bahagia dan kebaikan untuk kita semua . Jangan lupa basuh kaki , baca doa , mengucap , zikir dan jugak selawat ya. Moga mimpi yang indah. Selamat malam . Salam sayang -Dik An-

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Review Novel Curi-Curi Cinta




serious best !

semalam satu hari Dik An tak update blog kan sebab nya sebab nya sebab novel Curi - Curi Cinta ni , dah lah tebal gila novel ni so memang amik masa sehari suntuk jugak lah baca novel ni. Sapa tak kenal penulis Siti Rosmizah kan ? , novel dia memang suka wat Dik An nanges laju laju taw wuwuwu :(

Meh Dik An share sikit kisah dia tapi tak boleh lah share semua , kang tak feel korang nak baca hikhik..

Novel Curi-curi cinta ni mengisah seorang anak yang bernama Intan Raihana ni dia tak suka kat mak dan abang dia , sebab Intan cakap abang and mak dia yang membuat kan abah diorang meninggal . Kira start abah diorang mati tuh , intan memang salahkan abang dia and dia tak suka mak dia sebab mak dia buta, mak dia buta pun sebab kemalangan.

Intan ni pulak belajar oversea dan dia selalu berlagak kaya depan kawan-kawan dia , dia selalu tipu kawan-kawan dia tapi hakikatnya dia seorang anak yang miskin , abang dia pun keje driver je , mak dia pulak jual tisu dan gula-gula.

Dah tamat belajar Intan pulang ke malasia dengan peggy ni kawan dia. Al kisahnya dekat KLIA sepupu peggy ni Daniel Hakim datang jemput peggy , si Intan pulak mana boleh tengok orang handsome ni , terus menggedik mintak di antar balik tapi pulak rumah orang laen yang jadi mangsa sebab yelah tak kan Intan nak tunjuk yang dia ni miskin.

Tapi Allah ni maha besar , rupanya Daniel Hakim ni pulak bos abang Intan , Iskandar , dah tu bercinta pulak dengan sepupu Intan , Kak Fariza..bila Intan tau je dalam hati dia dah tak benarkan Daniel ni kawin dengan fariza . Dia pun kerja dengan Daniel ni dan dalam masa yang sama cuba goda Daniel . Daniel ni sikit pun tak suka dekat Intan ni sebab ye lah menipu , mata duitan semua.

Suatu hari ada orang perangkap Daniel dan Intan bersama , dan Iskandar abang Intan suruh diorang kawin, tercapai lah jugak hasrat Intan nak rampas Daniel dari Fariza kan , lepas kawin tu macam2 hal jadi kat Intan dengan Daniel ni dan Fariza pulak rela dimadukan dengan Intan. Kalau korang nak tahu diorang bahagia ke tak , Daniel ni kawin ke tak dengan Fariza , korang kena lah baca sendiri . Sampai sini ja Dik An mampu share. Apa yang mampu Dik An cakap novel ni memang best dan membuat hati Dik An tersentuh , sakit hati dan of course lah nanges haha. Dasar budak cengeng Dik An nih.

sekian , wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

OHblogger Blogger baru




nak join klik SINI ! 

Nama : Nor Farihan Binti Ayob

Nama Blog : Dik An's Story

Mengapa pilih nama blog tersebut :  Dik An merupa singkatan nama di mana orang2 taman ini suka menggelar diri ini dengan nama Dik An , terjadinya Dik An's Story sebab dimana Dik An tu melambang kan diri ini manakala story itu melambangkan cerita-cerita yg dikongsikan kepada blog ini.

Link bloghttp://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/

Bila mula berblog : 19 Februari 2012

Tujuan berblog : pada mula nya sekadar suka2 untuk mengisi masa lapang tapi lama kelamaan jadi seronok berkongsi cerita dan ada kawan dari alam blogger ni .

Sebab sertai segmen ni : tujuan Dik An sertai segmen ni sebab Dik An rasa ia merupakan satu segmen yang bagus , seriously baru baca tajuk dah rasa nak join dan Dik An juga salah seorang blogger baru jadi Dik An nak berkenalan dengan korang jugak dan harap korang dapat beri tunjuk ajar serta turunkan ilmu berblogging dekat Dik An :)

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Dear friends , be strong !

tengah malam semalam , kawan Dik An inbox fb Dik An mintak call balik , since kteorang memang baik jadi Dik An pun call lah yana ni , call je dah dengar suara yana ni serak2 and Dik An tau dia tengah nanges, ada problem sikit.. tapi Dik An tak lama cakap dengan dia sebab ada kawan Dik An call and habis cakap terus lelap sbb ngantok wey huhu..so Dik An pun rasa bersalah kat yana ni sebab Dik An tak tau nak tolong macam mana...


Dear Yana....,
saya mintak maaf tak tolong awak tapi sebenarnya saya pun tak tahu nak tolong guana , saya kasi nasihat awak tak nak ikut , nasihat saya satu je..tolong jadi kuat yana , awak boleh sebenarnya jadi kuat tapi awak takut nak cuba sebab awak always anggap diri awak ni lemah , ye saya tau betapa sakitnya perasaan awak yana tapi awak tau kan , saya pernah rasa sakit lagi teruk dari apa yang awak rasa ni , mcm mana saya buat ? saya think positive , saya happy kan diri ni , saya sembang , have fun dengan family and kawan2...
bila lama2 saya jadi dah lali jadi dah ignore dengan apa yang jadi tu dan saya tau awak pun boleh buat macam saya tapi antara nak dengan tak nak je .. please yana , saya tau saye pun lemah jugak tapi inilah jadi bila kita selalu lemah , bagi peluang kat diri awak tu, so saya merayu dengan awak yana be strong ! 

ada sebab kenapa saya mintak awak jadi kuat yana , sebab nanti if it happened again awak boleh ignore , dah lali dah rasa macam kosong takde apa2 , kalau saya boleh awak mesti boleh jugak , please yana...
ini ja yang saya mampu tolong yana , kasi semangat , yang laen-laen saya sendiri tak tau nak tolong macam mana..


berdoa pada DIA yana , DIA sentiasa mendengar doa kita , InsyaAllah hanya DIA yang mampu membantu hambanya.



lastly saya mintak awak bersabar , saya selalu cakap dengan diri saya ni , kalau kita sabar dengan apa yang kita nak tu , insyaAllah pasti akan dapat , cuma antara cepat dan lambat je :)

salam sayang - kawan yang selalu ada di saat susah dan senang awak -

terima kasih sudi baca ,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Segmen : 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013





dah lama rasanya tak join segmen hehe...nak join jom klik  SINI .

sekian, wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Sesi beraya di rumah cikgu - cikgi


bila dah lama tak update lahai perasaan malas makin membiak dengan jaya nya dalam diri ni . tapi demi belog tercinta terpaksa gagahkan jugak untuk menaip satu dua entry *dasar pemalas* huhu...
last week hari selasa , Dik An dengan kengkawan g beraya umah cikgu , dah hampir 5 tahun tinggal sekolah and tak pernah g beraya umah cikgu-cikgu pun tapi tahun ni terdetik kat hati nak g beraya , rindu cikgu2..
dapat lah beraya 5 rumah cikgu , Cikgu Fuziah , Cikgu Zarinawati ,Ustazah Huzaimah , Cikgu Suhaila dan Cikgu Aniza...tapinya rumah cikgu suhaila dengan cikgu aniza baru g ahad lepas je hehe..

sebenarnya kan cikgu-cikgu ni seronok tau kita g beraya rumah diorang , nak-nak pulak dah lama tak jumpa kan , setiap rumah adalah ktaorg spent time sejam je , kalau ikut kan sejam memang tak cukup..
tapi insyaAllah lepas ni Dik An dan kawan-kawan akan selalu ke rumah cikgu . jom layan gambar...

Dik An , zura , dayah , sima , syida dengan caon je g beraya , yang laen tak dapat nak turut serta , ni kalau cukup semua ada gamat suasana ni hihi..

dengan cikgu zarinawati , cikgu add math masa form 4-5 tapi add math tak credit pun hukhuk..

dengan ustazah huzaimah , sayang ustazah...dulu masa ustazah kena tukar jadual tak ajar kelas Dik An dah menangis oo Dik An sampai ustazah panggil pujuk kasi semangat smua huhu...

dengan laen2 cikgu asyik berborak sampai lupa nak tangkap gambar hehe , takpa nnti ada masa kteorg g sekolah plak , melawat cikgu2 kat sana ye :) 

sekian, wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

p/s : next entry bercuti di pd !

Monday, 19 August 2013

Cerita Raya Kedua

sambung cerita ghaya , hari ghaya kedua selalunya memang Dik An memang duduk umah je menanti tetamu datang..so cadang nya hari raya kedua tu mak masak mee kari tapi cadangya kiteorang masak untuk famili kteorg je nak makan-makan and ada lah satu dua famili yang memang confirm nak datang . Dik An awal2 cakap ke mak , kalau tak sempat nak makan mee kari tu memang nanges air mata darah haha jadinya siap2 je mee kari tu kteorg makan sekeluarga dengan nana and asri sekali.

nak di jadi cerita pulak , raya kedua tu tok Dik An meh raya umah Dik An kan , jadinya yang mana sedara mara nak jumpa tok akan datang ke rumah Dik An lah kan , jadinya raya kedua tu memang ramailah kan yang datang , sampai kawan-kawan Dik An yang datang dari KL pun terkejut , diorang tnya open house ke huhu , Dik An memang tak pernah wat open house tapi pintu umah Dik An sentiasa terbuka untuk sesapa yang nak datang..

dan famili kteorang tak expect yang nak dtg ramai macam tu sebab sebelum ni yang datang biasa2 je , so memang ada yang tak makan , yang tak minum , kawan-kawan Dik An dengan jiran depan umah ni alhamdulillah special edition , Dik An amik mee taruk kuah smua hidang dekat diorang , yang laen amik sendiri tau , yg jiran depan umah pulak special edition sebab kuah mee kari habis tinggal bahan2 je , so mak Dik An goreng mee tu dengan bahan-bahan mee kari taruk telur rebus semua . Kesian jugak dekat jiran ni sebab tak sempat nak merasa mee kari hukhuk. Naseb Dik An sempat makan kalau tak menanges air mata darah lah huhu..

Dah panjang lebar bercoloteh mehlah kita tengok gambar pulak. Tapi gambar nya tak banyak pun hehe.

anak anak buah..

wajihatul hasanah...eh betol ke nama kak wa ni ? Cik baby dah lupo deh huhu..

udin with amani , sonok kemain amani ramai kawan ye.

iman...taknak kat orang huhu..

udin lagi..

kak wana...harini kak wana dah dapat baby girl ! congrats and alhamdulillah :)

udin lagi...suka sangat kat udin ni , kiut miut je..

cousins , from left : ira , ikah and aida !

le cousins ! good bye malek , malek going to istanbul , exchange student..

them again with aidil..

huwaaa Dik An nampak gemul lah pulak , ni tengah serve mee untuk kawan2 Dik An..

tengah bincang hal anak-anak mungkin hihi..

tu je gambar yg ada , Dik An tak sempat nak tangkap , busy...busy layan kawan Dik An dengan jiran depan umah ni , sedara mara pun tak terlayan...sorry korang huhu..

next entry , beraya di rumah cikgu cikgi pulak..

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Hari Raya 2013


orang laen dah lama cita pasal hari raya diorang kan, Dik An je baru nak cite hehe...takpe cepat atau lambat yang penting terupdate jugek blog ni kan :) , owh Dik An kembali menggunakan template yang baru ni , sebab Dik An lebih mudah faham dengan yang ni , so selamat tinggal blogskin , selamat tinggal classic template smua tuh , Dik An mmang tak reti , so Dik An kembali guna yg asal. Biar lah orang nak kata blog Dik An ni buruk ke apa , janji Dik An rasa cantik :) *masuk bakul angkat sendiri*

okey stop membebel , takmau cakap banyak meh lah tengok gambar Dik An satu family..

tema hijau uolls , ni tak cukup ahli , abang raya umah mentua dia dulu .. tiap2 tahun wajib ada gambar yang berlatar belakang kan tempat tersebut , dah macam studio dah haha.. owh ya ni kat umah tok Dik An..

sister , mummy and Dik An :)

terima lah gambar tuan puteri berseorangan :)

alhamdulillah , walaupun umur dah doplohdua tahun , masih ada yang sudi memberi , terima kasih banyak2 buat parents , siblings , pak sedara and mak sedara , sepupu serta sepapat , cikgu serta cikgi dan jugak kawan2 yang memberi duit raya. Total semua , alhamdulillah RM 545 :)

sekian saja dulu , nnati Dik An update lagi corat coret Dik An sepanjang raya ye :)

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)