Monday, 29 July 2013

5 Minit

selamat kembali bekerja semua , minggu ni Dik An keje jugok , keje babysitter ngn keje wat kuih raya , ada Long Dik An tempah 200 biskut coklat cip , lahai first time kot ada orang tempah kuih so teruja lah jugak haha.. Korang dah join segmen Dik An ? Kalau belom klik SINI .
Okey harini Dik An nak cita pasal perbuatan dalam mimpi. Eh apa tuh , Dik An pung tak tahu apa nama saintifiknya tapi yang Dik An panggil perbuatan dalam mimpi haha.. Kemain namanya. Contohnya cam gini.
First situation :
Mak kejut Dik An semayang subuh tapi Dik An cakap kejap , 5 MINIT lagi tapi tah bagaimana Dik An tertido balik and siap mimpi lagi Dik An dah solat subuh and siap dah sambong tido , then mak datang lagi dengan pantas Dik An ckp dah solat dah..mak tanya bila masa, Dik An cakap tadi then barulah ingt yang Dik An hanya laku kan dalam mimpi tadi je , the real one belom terlaksana lagi. huhu.
second situation :

Ni masa zaman poli dulu , kat umah sewa kawan keju mandi Dik An cakap 5 MINIT lagi lah , dan sama jugak Dik An terlelap balik dan siap mimpi Dik An dah mandi , solat siap smua dah tgah tggu member laen siap , dan tetiba " FARIHAN TAK NAK G KELAS KE ?" haaa amik kau , bukan ke Dik An dah wat tadi tapi rupanya dalam mimpi je wuwuw..
Third situation : 

Ni pagi tadi , kakak kejut cakap g tido bilik mama , teman kan aryan,seperti biasa Dik An cakap 5 MINIT .. lepastu sebelum kakak g keja sekali lagi dia kejut lepastu Dik An cakap lah , wey kan orang dah tido ngn aryan ni , kakak balas balik wey ce hang tengok hang tido balik sapa , waaa malu2 ghupanya Dik An tido ngn aryan tu dalam mimpi ja haha..selalu tau macam ni.
Korang pernah macam ni tak ? , Dik An memang selalu lah cam gini , huhu parah jugak macam ni kan , di buatnya sensorang je kat umah ada pulak urgent apa , lepastu siap mimpi Dik An dah buat apa yang urgent tu haaa tak kan haru ? Haha..
sekian, wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Saturday, 27 July 2013

Awalnya Dapat Hadiah Birthday .

selamat petang dan selamat berbuka , dah join SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN ? Kalau belom meh join kat SINI . Pada yang dah join terima kasih banyak-banyak, nnti Dik An update senarai peserta okey :)
Tadi Dik An dah dapat hadiah birthday walaupun birthday Dik An doplohpat ogos ni , wah awal kan dapat , nnti doplohpat tu nak hadiah lagi boleh dop ? haha demand pulak kan. Apa2 pun terima kasih mama for the present , adik sayang mama eh eh kalau dop bagi pun sayang jugak tau ..
taraaa handbag BUM , first2 tengok tadi memang dah kenan tapi sekali tengok reganya hurm dok bisik2 ngn kakak je , siap cakap kakak kalau adik dapat rayuan U tu belikan bag ni eh , sekali mama dengar , mama cakap nak amik je lah , aku pulak takmau lah kesian mama , lepastu mama cakap dah kenan dah suka amik kang dah tak jumpa dah huhu..so dah mama kasi green light amik lah and mama cakap as a birthday present , nnti birthday dok senyap2 je huhu.

ni pun barang BUM jugak , purse.. actually dulu ada dah satu sebijik cam gini , tapi sbb haritu umah ni tangki air bocor abis rosak basah semua , so cakap mama nak sebijik cam gini jugak tapi besar sikit lah.. wah untung Dik An belom birthday mama dah kasi hadiah , agaknya birthday betol2 nnti mama kasi lagi dop ? haha..

sekian,wassalam :)

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Thursday, 25 July 2013

Alhamdulillah Dah Boleh


ingat tak entry sebelum ni Dik An ceghita pasal nuffnang tak bleh letak kan , and Dik An ada mintak tolong tu kan , tapi sekarang alhamdulillah dah boleh , happy gila :D , teghima kaseh adik Miss English : ) , mula2 memang lah adik ni kata tak boleh kan , tapi dia cakap dia tak tenang selagi tak tolong so adik ni cuba sampai boleh.. Walaupun terpaksa buang renda-renda yang macam kaen langsir kat atas tu pun Dik An sanggup asalkan belog Dik An boleh siarkan iklan from Nuffnang. Tenang and rasa lega sangat. Cuma nak kena edit sikit2 kot kasi nuffnang tu ada kat tempat asal nya hehe . selamat malam :)

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Wednesday, 24 July 2013

Tolong Dik An ?? :(


Okey Dik An nak tanya korang , sapa reti untuk letak iklan nuffnang untuk blogskin. kalau yang sebelum ni Dik An tahu tapi untuk blogskin lansung zero , zero , zero *ikut nada lagu kosong* haha. Adik yang tolong Dik An tu dia cakap tak cantik jadi rosak kalau letak tuh. So , kalau sesiapa yang boleh tolong inform kat komen box eh , kalau dah korang buat tetap tak boleh barulah Dik An teghima kenyataan. Dasar tak boleh teghima kenyataan betul haha. Kalau tak boleh jugak mmg rezeki setakat tu jelah Dik An guna and boleh lah Dik An cash out kan .

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Blog Dah Siap


alhamdulillah belog Dik An dah siap renovate . Hasil dia amat memuaskan. Memang Dik An suka sangat2 lah kan , cantik and yang penting pink tu mesti kena ada even kecik mana pun haha. Tapi yang Dik An sedeh adik tu cakap iklan nuffnang tak bleh letak , kalau tak dia jadi rosak belog ni. Huwaaaa sedeh sangat :'( . sapa2 boleh tolong Dik An tak ? Pleasee... :(

Okey Dik An nak ucap kan ribuan terima kasih kepada adik MISS ENGLISH . Owh ya sapa2 yang nak cantik kan belog boleh PM adik ni kat fb beliau FB Miss English . Korang bagitau je apa korang nak dah kalau ada apa2 adik ni akan inform kita. Haaa Dik An nak mintak tolong boleh ? Adik Miss English ni ada wat segmen , meh lah kita join ghamai2 kasi semangat kat adik ni , tak rugi pun kan kita join ? :)
Due date dia dua hari sebelum ghaya , so sapa2 yang nak join segmen tu boleh klik SINI . Segmen ni Dik An salah sorang sponsor tau , sapa nak Dik An topup kan dan keychain from langkawi boleh lah join , mana tau rezeki korang kan ?

sekian, wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Monday, 22 July 2013

Belog Under Construction




okey Dik An nak cakap belog Dik An under construction. Ada sorang adik yang baik hati nak cantik kan belog Dik An , harap di permudahkan :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Sunday, 21 July 2013

My First Trial Buah Melaka

selamat berhujung minggu semua , harini Dik An nak share ghesepi buah melaka , tahu tak apa ? setengah orang panggil onde-onde tapi kalau kuih onde-onde kat tempat Dik An kuih laen huhu..

ni lah buah melaka nya , Dik An ni ingat kan susah sangat nak buat ghupanya senang yang amat sangat tau haha..tapi Dik An buat tak ikut sukatan pun , just maen campak -campak dan agak-agak je...

bahan - bahan ::

  • tepung pulut
  • daun pandan
  • gula melaka / gula merah
  • nyok putih * Kelapa parut yang putih tu*
cara - cara ::

  • blender daun pandan dan tapiskan ke mangkuk kosong.
  • masuk kan tepung pulut dalam bekas , agak2 lah dalam 3 cawan
  • kemudian masuk kan 1 cawan air daun pandan tadi tu , agak2 kalau keras tambah air pandan lagi , kalau lembik/lembut tambah kan tepung pulut lagi. 
  • Bila dah okey semua means tak lembek dah korang gelentel2 lah dia kecik2 dan letak kan gula melaka kat tengah nya , dan bulat2 kan lah buah melaka tersebut.
  • bila dah siap bulat2 kan , didihkan  air ..bila dah didih dah mengelegak tu masuk kan buah melaka tersebut dalam air tu. 
  • bila buah melaka tersebut dah masak dalam air didih tu dia akan timbul . so bila dah timbul kira dah masak and boleh angkat.
  • golek kan kedalam nyok putih dan siap untuk di hidang.
note : kalau nak warna terang lagi korang boleh lah tambah pewarna hijau pandan sikit.
note : masa nak golek dalam nyok putih tu jangan lupa taruk garam dulu dalam nyok tersebut.

korang cuba lah wat okey , selamat mencuba !

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Saturday, 20 July 2013

Segmen Review By Ieyra Ghani




nak join klik SINI :)

alaaa nak kena review movie or drama pulak kan.. okey lah Dik An nak review drama yang dah habis tayangan nya kat Tv3 tulah , Saya Sebenarnya Isteri dia huhu..mengisah kan tentang firash arshad yang kena kawin dengan syafa aqira..haaa selebihnya korang pun dah tahu kan ? haha malas sebenarnya huhu.

anda yang baca sedang ditag !!

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)


Segmen Follow Mengfollow Sampai Pengsan By Cik Hawa




nak join klik SINI :)

anda yang baca ni sedang di tag !! :D

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Ramadan Giveaway By Miss English

ok sesapa nak join boleh klik SINI :)
actually Dik An salah sorang sponsor , tapi tujuan Dik An join ni cuma nak kasi semangat dekat adik yang wat GA ni , so jom lah join ghamai2 :)
sekian,wassalam..
terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Friday, 19 July 2013

Chicken Adobor



salam petang , dah masak ke ? Dik An sudah tapi sejenis ni yang laen suma beli petang nnati , gila semangat masak awal2 kan haha , kang masak lambat2 tak boleh ikuy g bazar huhu , tinggal nak buat kuih buah melaka je jap lagi. Harini Dik An masak resepi yang Dik An ambil dari rancangan ketuk-ketuk ramadhan , CHIKCKEN ADOBO tapi Dik An olah2 sikit hihi.. senang dan cepat je buatnya ye, bahan dia pun senang je..jom tengok :)


ayam yang dipotong2 dan diperap bersama 3 sudu sos tiram ,3 blackpaper , 1 sudu kicap manis , 1 sudu kicap pekat dan 2 sudu madu. Dik An perap selama 1 jam.


6-8 ulas bawang putih yang ditumbuk kasar dan satu bijik bawang besar.

panaskan minyak dan masuk kan bawang putih.

bila bawang dah wangi and garing masuk kan ayam yang telah diperap tadi , biar sampai garing2 siket..

dia ikut cita rasa korang , nak goreng garing pun boleh nak tambah air pun boleh , Dik An tambah air sebab  amani nak kuah katanya , bila dah agak garing ayam or dah agak masak boleh lah tambah kan secawan air dan masuk kan bawang besar. Siap untuk di hidang...

Kesimpulan dia bagi Dik An dia lebih kurang ayam masak blackpapper lah kan , dan kelainan nya CHICKEN ADOBOR ni dia tak masuk madu TAPI Dik An masuk kan madu , dia tak masuk bawang besar TAPI Dik An masuk kan bawang besar . Tu je kelainan dia yang Dik An olah , Dik An kan suka melawan resepi hikhik :D 

Sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)




Segmen Do Follow Blog By Hannan




nak join klik banner , meh lah join ghamai2 :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)


Sahur with Nestle Bliss


salam jumaat dan salam Ramadhan yang kesepuluh. Alhamdulillah 10 hari dah kita puasa kan . Harini Dik An nak share sikit lah tentang cara sahur Dik An .. Dik An bangun sahur macam orang laen jugak cuma nya Dik An tak makan nasik je , famili yang laen suma hadap nasik , Dik An pulak hadap benda laen. Nak tau apa ? Jom tengok kat bawah ni..

taraaa , setiap kali sahur Dik An hanya minum air yogurt ni secawan , kenkadang beli yang botol kecik tu punya je.. tapi ni mintak tolong kakak haaa yang besar terus dia beli , takpe janji dapat sahur dengan nestle bliss ni hihi..

secawan air masak...

dan dua bijik kurma...

haaa tu jelah Dik An sahur , Dik An start buat semua ni masa puasa ganti bulan Rejab harituh lepas tu terus kan sampai lah puasa Ramadhan ni , ada yang tanya kenyang ke ? Jawapan Dik An alhamdulillah kenyang and tak rasa lapar pun sepanjang hari , lagipun Dik An memang suka minum air yogurt tu sebab memang Dik An rasa kenyang and buat Dik An tak rasa nak makan apa2 dah.. tapi laen orang laen ragam nya , pada sapa2 yang agak2 perut tak boleh tahan lapar tu better korang makan nasik . Mak Dik An tetiap kali bangun tetiap kali tuh paksa Dik An makan nasik sebab risau takut letih lapar semua kan , tapi alhamdulillah tak :) , sesapa yang nak cuba boleh lah join Dik An hikhik :)

Sekian,wassalam..

Terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Thursday, 18 July 2013

GiveAway Ramadhan & Hari Raya Datang Lagi



Nak join klik SINI , jom lah join jugak ! :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Thank You Syeeda Saniey


salam 9 Ramadhan semua , kejap je dah 9 hari puasa kan , alhamdulillah 9 hari puasa ni Dik An masih segar bugar walaupun tak sahur dengan nasik , later Dik An cite ye Dik An sahur dengan apa je .
entry ni Dik An nak wish bebanyak thank you dekat SYEEDA SANIEY . Haritu Dik An join GA by Syeeda Saniey ni alhamdulillah nama ada dalam senarai pemenang.


haaa Dik An menang brooch tau , cantek warna pink pulak tu , macam tau2 je Dik An minat pink kan hehe, apa2 pun terima kasih bnyak2 ye syeeda , hadiah awak dah selamat sampai kat saya tadi :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Wednesday, 17 July 2013

Sepatotnya....

SEPATOTNYA Dik An dah update new entry dari pagi tapi Dik An busy sikit . Jadi babysitter kan kena lah betol2 , anak orang kan , anak sendiri takpa haha..dan Dik An busy call sana sini and faks dokumen bank mak Dik An ke jabatan pencen. Mak Dik An dah pencen bulan 5 haritu and SEPATOTNYA duit pencen dah masuk tapi dah hampir dua bulan tak masuk, nak nak pulak makteh Dik An yang pencen bulan 6 pun dah dapat kan , so Dik An pun tolong lah mak call ke KL sana nun , Dik An kan garang so Dik An cakap mak biar Dik An je cakap.
Hadoi punya banyak peringkat tau call ni , mula2 ibu pejabat , then dia kasi ke bahagian sini , bahagian sana and sampai lah ke bahagian proses ni , dia cakap pihak diorang dah kasi tapi batal , haish Dik An dah geram ni asal batal and kot ya pon SEPATOTNYA diorang lah kena call ke mak Dik An jelaskan , then dia pas pulak ke kawan dia  and kawan dia baca lah no akaun ni and guess what ? Dia bacakan no akaun lama , padahal kat borang yang mak Dik An kasi tuh terang-terang , sah-sah mak Dik An kasi no akaun yang baru , mungkin pihak sekolah yang kasi no akaun lama dan mungkin jugak diorang yang tak ikut no akaun yang mak Dik An bagi tu.

So dia suruh fakskan buku akaun bank semua , Dik An pun g lah faks kan and call balik cakap yang dah faks and tanya lah boleh dapat duit sebelum raya tak ? ye lah sepatotnya duit memang dah masuk cuma diorang yang salah akaun kan , then dia kata yang tu InsyaAllah kami cuba...Dik An pun macam lawan balik lah cakap SEPATOTNYA duit dah masuk kan lagipun bukan salah pihak saya so boleh lah kan dapat duit sebelum raya, and dia cakap saya bahagian proses cuba puan call bahagian akaun , dia yang uruskan.

Dik An call lah pulak bahagian akaun and tuan dia cuti pulak , so sok Dik An cuba lagi call , doakan duit pencen mak Dik An berjaya dapat before raya. Bagi Dik An yang keje bahagian akaun ni diorang dah tahu bank asyik reject je SEPATOTNYA diorang kena lah call mak Dik An kan jelaskan and bagi tahu, kalau mak Dik An tak call sampai bila lah diorg nak diamkan, soal duit orang bukan nya boleh buat maen...marah memang marah tapi mengenagkan bulan puasa sabar je lah..
sekian saja cerita SEPATOTNYA...wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Tuesday, 16 July 2013

Jam yg Mati


selamat tengah hari , hamboi kemain tengah hari baru Dik An bangun kan , nak buat lagu mana cuaca yang angin sepoi-sepoi bahasa , gelap gulita , hujan renyai telah memaksa diri Dik An untuk tido..kemain best habaq hang tidoqq tak hengat dunia..

semuanya angkara jam yang mati , haaa Dik An bangun menonong keluaq bilik tanpa belek fon sebagainya , terus menuju ke dapur sebab cari mak Dik An tak jumpa , maybe mak kat dapur ke hapa kan , sekali Dik An tengok jam kat dapur , Ya Allah gila lama Dik An tido..fuyoooo..


tediaaa pukui 2.45 tengah hari baru Dik An bangun , tapi Dik An musykil jugak sebab Dik An tak pernah terlajak tido tau , terus laju2 lari masuk bilik amek henfong sbb nak call mak , yelah g mana tengah hari tak balik lagi kan..sekali nak henfong eh eh jam kat henfong baru pukul 8.30 pagi , amik fong lagi satu pulak eh sama jugak , terus berlari-lari cari jam disekeliling ghumah oh 8.30 pagi rupanya..jam kat dapur tu mati hukhuk..kesian bateri jam tu , tamat sudah riwayatnya..

Dah jam 8.30 pagi apa lagi sambung kroooh kroooh lah kan...dan dengan cuaca sebegitu membuatkan Dik An enak dibuai mimpi lantas sedar-sedar hamik kau 12.30 tengah hari sampai mak kata elok punya anak dara bngun kemain awai haha..mak perli tu..alasan Dik An smua jam tu punya pasal , sebab dia mati tu smbung tidoq balik, cuba tak mati mesti tak smbung tidoq huhu..

motif cerita ni ? haha entah..

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Luahan Hati



Dear friends...

Kenapa persahabatan kita makin lama makin renggang ? Kenapa makin hari kita makin jauh ? Salah siapa ? Mungkin salah kita masing-masing yang tak mahu beralah , masing - masing ego yang tinggi. Tahu tak kau dah banyak kali aku beralah , tapi bila kali ni aku tak mengalah , kita jadi makin jauh , makin renggang. Tahu tak kau sesungguhnya aku dah penat beralah. Penat sangat. Siapa tak rindu zaman kita sekolah , hostel dulu , gurau senda dengan bersama , hangout bersama , kau tak rindu ke semua tu ? Aku juga sedar kau hanya cari aku bila kau perlu kan aku , bila kau nak mintak tolong , tapi lama-lama hati aku ni tak selamanya lembut , bila asyik macam ni dah tiba masa aku keraskan hati ni. Salah aku kah semua ini ? Kalau kau nak aku beralah dan hanya dengan aku yang beralah baru kau kembali bermesra aku akur , aku redha , aku terima. Dear sahabat yang selamanya aku sayangi , sempena bulan mulia ni , aku mohon ampun dan maaf atas kesalahan aku , keterlanjuran kata aku. Aku hanya insan biasa yang lemah yang alpa dan sering melakukan kesilapan. Aku juga maafkan kau , marilah kita taut kembali persahabatan yang makin jauh ini. Salam sayang *farihan*

sekian luahan hati Dik An untuk seorang sahabat yang Dik An sayang. Wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Monday, 15 July 2013

Eh macam betol je ?




see see it's true :)

memang setepek kena ngn Dik An tau , strangers always cakap Dik An ni sombong lah pendiam lah , sebenarnya tak , Dik An ni gila-gila orangnya.. Kawan-kawan Dik An yang mana dulu ingt kenal Dik An suma cakap ''laaa aku ingt hang ni sombong ,rupanya tak'' ekekek..

sesungguhnya jangan kita judge orang macam tu je , kenali diri dia dulu , ni awak tak kenal trus nak judge cakap sombong lah apa lah kan kan ? Tapi Dik An ngaku lah dengan orang yang Dik An tak kenal memang Dik An pendiam tapi kalau dah 'kamceng' tu haaa satu taman boleh dengan sora Dik An ekekeke :)

selamat berbuka semua :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Roti Sardin

tengah hari ni nak share resepi roti sardin , for sure semua dah tau kan , tapi saja je nak share jugak ekeke..
lain orang lain caranya kan kan ? resepi yang mudah lagi simple lagi senang lagi cepat hihi..

ni lah ghupanya... abaikan kalau ghupanya hudoh.

bahan-bahan :

  • satu bungkus roti *Dik An guna Gardenier*
  • Satu tin sardin
  • satu bijik bawang besar *dipotong dadu*
  • dua batang cili merah *dipotong dadu*
  • sebijik telur * Dik An guna kuning telur je*
  • sedikit garam
  • sebijik limau nipis
cara-cara :

  • mula mula kukus roti terlebih dahulu . masa nak kukus tu sapukan sedikit minyak dekat lapik yang nak letak roti tu *mak Dik An cakap tujuan kukus supaya lebih sedap,lembut dan yang penting minyak tak serap masuk dalam roti dengan banyak nya* Kukus dalam setengah jam gitu.
  • sambil-sambil kukus roti tu , korang masuk kan sardin tin yang telah dibuang minyak nya ke dalam mangkuk besar, kemudian masuk kan bawang besar , cili merah ,garam dan perahan air limau nipis. Gaulkan atau lenyek kan mereka.
  • Kemudian bila roti dah siap kukus masuk kan inti sardin yang di lenyek tadi lepastu gulong kan mereka. Celup dalam telur dan goreng mereka dalam minyak panas-panas.
mudah,cepat dan ringkas...dan hasil dia bila dikukus dulu roti tu memang lembut..sebelum Dik An wat tak kukus dulu and tak masuk bawang bagai dah , just guna sardin semata-mata,tapi semalam wat ngan mak barulah ada idea and tahu serba serbi sikit hehe..

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Azan TV 9



Dik An nak tanya korang , korang pernah dengar tak Azan kat Tv 9 ? Okey sejujurnya masa bulan puasa ni baru lah Dik An nampak Azan kat tv 9 tu sebab selama ni asyik tv3 , astro je kan..jadinya masa sabtu ahad kan ada rancangan jom berbuka , bila dah terbukak tv 9 tu haaa terus lah siaran yang sama sampai lah waktu azan maghribnya.

First time Dik An dengar dan tengok , Dik An dah jatuh cinta dah...sebabnya suara pelaung Azan yang merdu dan paling Dik An suka disebalik azan tersebut ada satu kisah. Kisah dia walau di mana sekali pun kita , sesibuk mana pun kita tetapi tak lupa kan solat. Masuk waktu terus solat.

Memang rasa seronok tengok sebab ada di mana pramugara tetap mendirikan solat walaupun di atas awan , ada di mana boss yang berhentikan meeting dan solat terlebih dahulu , ada yang di dalam hutan dan mereka tetap solat.

Kiranya ada mesej lah di sebalik azan tersebut , mesej dia macam Dik An cakap tadi lah , di mana pun kita , sibuk mana pun kita tetapi jangan lupa kan solat dan kalau boleh dengar azan je terus solat. Dik An pun sekarang tengah melatih diri Dik An solat di awal waktu . Kalau korang yang tak pernah atau tak tengok lagi tu , Dik An sarankan korang tengok. Di sebalik azan ada mesej yang tersembunyi untuk kita semua  :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan bacalah blog ni lagi kalau sudi :)

Rindu Nak bukak posa with housemate !


selamat bermonday blues pada yang kembali bekerja tu dan salam ramadhan yang ke enam , lahai rasa macam baru semalam start puasa kan tapi dah nak dekat seminggu dah kita jalani ibadah puasa ni . Kejap je sebenarnya masa berlalu , esok esok dan esok esok seterusnya dah nak raya pulak hehe.

tahun-tahun sebelum ni Dik An puasa kat poli kan dekat umah sewa , so bila bukak puasa teringat pulak kenangan manis kau dan aku eh eh ternyanyi pulop hihi..teringat kenangan manis,masam,pahit,masam,suka dan duka berbuka puasa dengan housemates semua. Sesungguhnya Dik An rindu sangat time-time macam tu.

Terawih tak usah cakap lah , kami pergi semalam je huhu , lepastu alasan kami kelas malam , ye kami memang ada kelas malam , kesian kan ? Paling seghonok tu time nak bukak posa lah kan , haaa amik kau makanan dari depan sampai dapur , nak nak pulak kami ada 9 orang dan setiap sorang nafsu makan yang berbeza2 haha , makanan untuk buka ada , makanan untuk di makan balik kelas malam pun ada huhu.

Lepastu bila dah buka tu masing2 berebut pulak nak cepat sebab tak mau kemas atau basuh pinggan semua , yang ni memang kelakar , hari2 ade je kiteorg nak kenakan sapa2 , kadang tu asyik orang yg same je , hihi..tapi selalunya kitaorg kenakan org yg tak boleh solat lah .

Bab sahur pulak , Dik An mmg cakap awal2 Dik An tak bangun , kadang tu letak botol air atau roti siap2 kat tepi tilam tu haa ,kalau sedar makan lah ,kalau tak sedar memang good bye lah ekekeke..kdang tu sedar , yelah sbab kteorg tido ramai2 kat bawah kan ,so bila ada yang bngun sedar je tapi lebih kepada malas sebenarnya hihi.

Kalau lah boleh kembali time-time macam tu mesti bestkan ? Tulah orang kata zaman belajar lah paling best enjoy sana sini smua ada tapi bagi Dik An apa2 pun buka puasa dengan famili lah yang paling best..nak apa cakap je kang time buka mesti ada.. Dear housemates , rindu korang , rindu nak gelak ketawa , rindu nak bukak posa sesama , rindu segala2 nya...insyaAllah nnti kita jumpa ye korang :)

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Sunday, 14 July 2013

Segmen : Blog Paly Ajak Tengok Blog Aku !




Nak join klik SINI :)

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Saturday, 13 July 2013

Perebutan Kuasa

salam petang , dah masak juadah untuk berbuka ? Dik an sudah eh jap mak Dik An yang masak sebenarnya , Dik An masak hari first puasa je lepastu sekarang tugas Dik An jaga aryan je hihi.
sekarang kat umah ni tengah berlaku perebutan kuasa eh salah perebutan barang sebenarnya antara Dik An ,aryan dan jugak amani. hadoi tiga-tiga orang nak benda yang sama dan yang tak boleh belah Dik An pun nak jugak benda ti huhu..

Al kisahnya tadi ayah Dik An beli ribena dan percuma lah satu barang ni dan berebut2 lah tiga orang kami.


taraaa ! ni lah bendanya , botol air ribena yang cantik lagi kiut miut ni , Dik An ni walaupun umur doplohduataun tapi berjiwa kanak-kanak okey sebab tulah Dik An turut terlibat dalam perebutan kuasa tersebut haha..lagi satu Dik An tak boleh tengok benda yang kiut miut macam ni mesti nak nak..

Disebabkan Dik An yang paling tua maka mak Dik An cakap kasi amani dengan aryan jelah..yang amani bertegas nak untuk dia sorg je tapi mak Dik An cakap kalau nak kena kongsi dengan aryan , haa maka kongsi lah budak berdua tu. wuwuwuwu sedeh :'( , nak g beli ribena lagi lah , nak nak botol cam gini jugak huhu.

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

p/ s : selamat berbuka semua :)

Segmen Blogwalking Di Bulan Ramadhan





Udang Masak Karipole


selamat berhujung minggu dan salam ramadhan yang ke empat . Hujung2 minggu ni korang masak ke beli , setengah orang time cuti lah baru nak masak kan , dah tu nak fikir pulak apelah yang nak dimasak kan , meh Dik An nak share satu resepi , resepi ni Dik An amik dri program masakan yang terkenal tu , ketuk-Ketuk Ramadhan. Senang je buat dia and nama masakan dia Udang Karipole ! Jom kita terjah bahan-bahan dan resepi dia eh..

eh eh ter terjah gambar dulu hikhik. siap di masak.

siap dihidang kan :)


Bahan-bahan ::

  • sekati / sekilo / setengah kilo Udang * Dik An guna 15 hekor je*
  • 4 bijik bwang besaq *di blend *
  • 20 tangkai cili kering *di blend*
  • 5-6 tangkai daun kari
  • 3 sudu kicap manis
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit tepung jagung
Cara-cara membuatnya ::

  • udang di perap bersama garam dan lada sulah dan jugak tepung jagung. Perap selama 15 minit dan goreng dengan api sederhana , masa goreng tu jangan biarkan udang terlalu masak. Kiranya goreng separuh masak lah. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak , kemudian masuk kan daun kari .
  • Goreng sampai naik bau wangi tu kemudian masuk kan bwang besar yang telah di kisar. Tumis sampai garing.
  • Bila dah garing masuk kan cili kering tersebut . Biar seketika agak2 sampai cili tu dah masak dan sebati dgn bawang tadi tu masuk kan pulak udang yang telah digoreng td.
  • Kemudian masuk kan kicap manis , garam dan gula secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan.
cubalah korang buat, mudah dan cepat je buat dia...selamat mencuba !
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)