Sunday, 30 June 2013

Selamat Datang Julai



good bye june dan welcome july. June tahun ni banyak Dik An harungi suka dan duka. July bulan yang Dik An tunggu sekian lamanya sebab nya biarlah rahsia huhu.
Dik An harap bulan July ni dapat membawa kegembiraan pada Dik An sekeluarga dan July jugak kita akan menyambut Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini membawa keberkatan pada kita semua :)
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Segmen : Nasha First Giveaway


nak join klik lah  SINI .

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Setia Pada Satu


hai korang, dah maghrib ? mestilah sudah kan, dah nak masuk isyak pun kan.
tajuk Dik An setia pada yang satu tapi bukan pada orang tau, pada line MAXIS hehe.. even Dik An pengguna CELCOM jugak tapi Dik An lebih setia pada Maxis, kalau fon Maxis ni memang always di bwak ke mana saja Dik An pergi tapi fon Celcom di anak tiri kan oleh Dik An. Kadang seminggu sekali baru tengok tau huhu. Even Maxis suka wat hal ngn Dik An tapi Dik An tetap lah setia ngn dia tau. *to maxis sila berterima kasih ngn Dik An sekarang*

Baru-baru ni pihak Maxis call Dik An nak offer tukar kan kepada 'line' kira tak payah top up just bayar bila bil sampai nanti, sebab musabab maxis pilih Dik An sebab Dik An setia pada maxis katanya, sapa tak nak kan, lagipun Dik An pernah berkata-kata Dik An memang akan tukar pada 'line' jugak tapi bila Dik An dah kerja nanti tapi sekarang Dik An tak kerja lagi, ada rezeki Dik An nak sambung study lagi jadi Dik An say NO kat pihak yang call tu. Kang kalau say YES sapa nak tolong bayar , kesian pulak kat mak ayah kan. Maaf ye, Dik An dah kerja nanti Dik An tukar line post paid ye, pihak Maxis jangan risau lah walau ribut atau taufan melanda sekali pun Dik An tetap setia pada Maxis. Eh ada kena mengena ke ? huhu.

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)



Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

hai korang, korang pernah makan siput sedut tak ? setengah orang panggil siput belitung. wah ni memang favourite Dik An tahu, kalau beli 1 kilo memang Dik An boleh habis kan sorang je tau.
dan kalau beli memang selalu buat masak lemak cili ape je lah, tak pernah lagi buat masak laen, haritu ada jumpa resepi siput sedut masak sos tiram tapi tak berani nak wat takut tak selera dengan tokak den ni haa..huhu. Meh kita tengok ghesepi dia.
mari kita sedut menyedut. Nyum nyum.
  • 1 kilo siput sedut
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 30 tangkai cili padi *DIk An suka pedas*
  • 2 batang serai
  • sedikit halia
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 paket santan cair
  • 1 paket santan pekat
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukupnya
okey, mula-mula korang kena bersihkan siput tu berkali-kali sampai hilang segala kotor kat badan dia, Dik An selalu beli sehari sebelum masak dan letak siput dalam baldi dgn hampas kelapa, jadi segala kotor tanah dan lumpur akan melekat dekat hampas kelapa tuh.

selepas di cuci korang kena potong sikit kat hujung dia ,bagi memudahkan urusan sedut menyedut nnti hehe. Dah habis potong pun korang cuci lagi taw.

Lepastu blender segala bawang,cili padi,halia dan jugak kunyit hidup.

Panaskan minyak dan pastikan panas betol2, masuk kan bahan yang telah di blender tadi. Biar sampai garing atau naik bau,masuk kan siput, kacau-kacau masuk kan santan cair dan jugak serai yang telah di ketuk atau ditumbuk kasar gitu.

lepastu bila dah agak mendidih korang masuk kan santan pekat dan jugak garam gula secukup rasa.
biar kan dia mendidih seketika, siap untuk di hidang.

selamat mencuba,
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)




Segmen Tambah Follower By Sharifah Amarina


Korang nak join ? Klik SINI .
Jumlah follower terkini *155*
terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Segmen Pendek Oleh Fiq Izumi

Assalamualaikum..

haaa Dik An join segmen lag nieh, kalau dah takdop keja , Dik An cari segmen untuk di join hihi.. Kali ni nak join segmen oleh Fiq Izumi pulok..cepat2 sebab dia akan tamat kan segmen ni bila cukup 50 oghang. Tunggu apa lagi , meh lah join. 





korang nak join ? Klik SINI

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Segmen bloglist Julai & Ogos by Cik Akak

Assalamualaikum..

korang nak join ? Klik SINI
cepat-cepat join sebab due date 2 Julai ni, segmen ni di buat oleh Cik Akak..
sekian, wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Terasa Hati

Assalamualaikum..

selamat pagi ,wah pagi-pagi dah update entry baru haha..inilah yang dinamakan semangat berblogging. 
okey...harini Dik An cuma nak share pasal terasa. Korang pernah terasa hati tak ? Mestilah pernah kan, Dik An ni lagi lah sebab Dik An ni sensitip tau huhu. Tapi sekarang dah tak sensitip sangat dah, dulu kalau terasa cepat je air mata ni turun macam hujan tu, wuwuwuwu, sekarang kalau Dik An terasa, tahu apa Dik An buat ? Dik An akan senyum and fikir positif.

Tapi tadi Dik An online fb baru Dik An perasan ada kawan Dik An ni unfriend ngn block Dik An, sebab nya Dik An tak balas comment dia dan tak aktif dalam group, wawawa , sebab tu je, memang Dik An tak boleh terima, Dik An ni selalu balas je tau comment kawan2 fb tu, mungkin ada yang Dik An terlepas pandang dan masa yg Dik An tak balas comment dia tu sbb Dik An kat Lengkawi, internet masa kat Lengkawi memang menyakit kan hati.
Hmmm Dik An terasa lah jugak, tapi takpa, mungkin kawan Dik An tu ada sebab musabab kan. Maaf sangat2 untuk kawan Dik An tu.

sekian,wassalam...

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)


Segmen : Simple but Awesome Giveaway ! By NabilaMedan

Assalamualaikum...

nak join ? klik banner nih :)

Giveaway Terbaru Daripada NabilaMedan!!
Tamat Pada 1 Julai 2013
(Tekan Banner Untuk Sertai!)




Saturday, 29 June 2013

Sleeping Beauty

Assalamualaikum..

Macam mana bola tadi , pasukan yang korang sokong tu menang tak ? Apa-apa pun jutaan tahniah terhadap Pasukan Red Warrior, untuk Johor takpa cuba lagi tahun depan. Biasa lah tu kalah menang adat pertandingan kan ? Ewah farihan kau cakap macam kau tengok je kan haha..

Tadi habis bola laju-laju g depan tv nak tengok running man marathon tapi non hado...semangat tau nak tengok tapi takdop pulak..hmm dah takda apa lagi, moh lah kita tido.

selamat malam semua, moga mimpi yang indah..
sweet je bulan dan bintang tu..
nak jadi sleeping beauty malam ni wuwuwu :D
Eh kejap, perasaan tak cursor tu, peminat tegar candy crush saga tuh haha..
sekian,wassalam :)

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

p/s : terasa nak tukar kata ganti diri nama ''aku'' tu ke ''Dik An''. Okey dop agak2 ?

Alahai SekiJapnya

Assalamualaikum...

hai semua, mesti tak ramai yang berblogging or blog walking malam ni kan, al maklum lah nak tgok bola kan ? Korang sokong apa ? Aku sudah tentu -tentunya sapa yang menang yang tu lah aku sokong haha :D. Tak pandai or tak reti lah pasal bola ni kecuali lah Malaysia yang lawan yg tu mmg aku excited and wajib ada depan tv , tp kalau mai bab negeri ni haa memang tak tau nak sokong sapa,huhu..

lagipun takde mood nak tengok bola ke, cita yg best ke..sedeh, td kekasih hati datang tapi sekijap sangat. Tak puas nak manja-manja tau, wuwuwu :(

ni lah kekasih dan pujaan hati beta. amani and aryan. tak sempat nak maen, nak gaduh dah nak balik, aryan sampai nanges tak mahu balik. Nak suruh abg tido esok amani sekolah, kedah kan kena lah sekolah hari ahad. Nanti kalau ibu abah cuti , kakak ngn adik balik sini eh.
Miss uolls.
Sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Segmen : Jadikan Follower overnumbered.

Assalamualaikum...

huwaaa entah segmen yang ke berapa harini aku join kan, takpe aku suka..sebab dapat lebih ramai kenalan kan, aku suka mengeratkan silaturahim ni. Kali ni nak join segmen from SITI ZULAIKHA. Korang jom lah join, due date dia lambat lagi 18 Julai nih.



so kalau korang nak join klik SINI

so meh lah join ramai-ramai. Owh ya Siti Zulaikha ni pun ada blog novel dia, korang boleh lah intai-intai kat Hitam Salju.

sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Segment : Doodle-Buster by Nanie

Assalamualaikum..

ni lah keja aku kalau tak tau nak watpe, join segmen yang ado..selagi buleh segmen meh lah kita join ye :)

korang kalau nak join klik SINI SINI

ok meh kita pilih-pilih kaler pulak ye .

awning tudung = pink terang
tudung = pink lembut
baju = hitam
kasut = pink
nama = Dik AN

simple and easy right ? yang mana tak join lagi tu meh lah join...
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

''Segmen TeamFollowback tanpa blogwalking by Fafakyraa'

Assalamualaikum..

korang nak join ?
klik SINI

blog ID : blogID=6047049517244551447
or

Jumlah follower setakat ini *139*

korang apa lagi, jom lah join segmen adik Fafakyraa nih :)
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)



Friday, 28 June 2013

SoTong Goreng Suka Hati

Assalamualaikum..

selamat malam. dah dinner ? aku sudah dengan lauk-lauk yang sedap belaka. Sejak mama pencen ni memang aku dah behenti jadi chef kat umah ni. Masakan sorang mak tu lagi sodap bukan ? hehe..
bila dah lama tak masak tersangat lah rindu nak pegang senduk,kuali,periuk belanga semua tu,*bukan tak masuk dapur langsung ye,cuma tak masak je*. Tadi siang sebab dah kempunan sangat maka berperang lah jugak dengan kuali menyediakan satu hidangan yang mudah lagi ringkas. Sotong Goreng Suka Hati.

taraaa sotong goreng suka hati. Tediaaa la farihan sampai gambaq makanan pun nak guna PIP Camera jugak ekekeke :D, walaupun ghupa sotong goreng ni macam hudoh sikit tapi ghasa dia tetap sedap, sangat garing di luar dan sotong nya begitu lembut sekali.
Kenapa sotong goreng suka hati ? sebab aku maen suka hati ja campak dan campur2 tepung untuk di goreng.
sebenarnya kan bagi aku, kita masak ni ikut hati, and hati aku memang suka maen campak2 gitu haha..
nah ghesepi dia..

  • tepung seri aji adabi yang pedas punya *tak pedas tak syok la*
  • tepung tempura
  • tepung beras
  • tepung jagung
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu serbuk lada hitam
haaa tu ja bahan-bahan dia, aku bancuh dengan air sejuk. AWAS ya kamu adunan tepung jangan cair kalau tak, tak melekat kat badan sotong tu, sebelum goreng pulak aku pukul telur ,celup sotong dalam telur then dalam adunan tepung dan lempar dalam kuali, eh tipu ja gila nak lempar dalam minyak panas-panas, letak dengan penuh santun gitu. Dah siap. Jaga-jaga ye sebab sotong dia suka meletup2 sikit minyak nya tak macam udang,dia behave je.
resepi yang mudah dan ringkas :)
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)


AkiBat Teh Kundur

Assalamualaikum...

salam petang. petang-petang cam gini selalu tido je tapi harini tak boleh tido sebab asyik sendawa non stop. Lahai sangat lah penat. Rasa nak nanges pun ado tapi bila cakap mak, mak cakap sapa yg bagi semua tu ? Allah kan ? so jangan mengeluh..*aku mmg suka mengeluh*

Last week jadi jugak macam ni sampai dua hari, seksa benarnya, malam2 pukul 4 baru boleh tido, eh tu bukan malam dah pagi tu huhu. Nak tau kenapa sebab aku jadi cam gitu ?

taraaa sebab teh kundur ni. Mak cakap teh kundur ni memang angin macam sejuk2 lah kot gitu.
aku pun tak pasti sangat. Dah tau angin tadi gatal jugak tekak ni nak minum kan, sebab ingt dah ok, sekali tu hamek kau jadi balik. Terpaksa lah minum eno halia malam karang.
Sedih lah cam gini asal makan bnda yang berangin je mesti nak sendawa non stop wuwuwuwu :(
Naseb ada eno halia as penyelamat walaupun tak suka halia haha.
Sekian,wassalam..

Terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

PIP Camera

Assalamualaikum...

selamat hari jumaat dan selamat menunaikan solat jumaat buat kaum Adam semua ye. Pastikan g tau yg mana kaum Adam ni, lahai sekarang ni sedih je kalau aku kuar g pekan g billion ramai benarnya kaum Adam berpeleseran kat situ,tak g solat...tapi mungkin diorg ada reason tersendiri kan, siapa tahu ?

Okey..kali ni nak share ngn korang pasal PIP camera. Ntah2 korang suma dah tahu aku je kan blom haha. Ketinggalan sikit aku ni. Selama ni dok cari application tu tapi tak tahu nama, tapi semalam tanya kak ipar baru lah tahu nama nya PIP camera. Okey sampai sudah akan ku ingt. Korang downloand je kat android tu confirm ada. Dan sekarang aku dah jatuh cinta dengan PIP camera. 

awww rasa cantek sangat gambar ni haha :D
Muka di dalam gelombang belon...

It's about friendship... HIDAYAH

pipi yang maken hari maken naik tanpa menggunakan tepung naik sendiri or baking powder :O

amani in a bottle :)

aryan in a lime juice :)

haaa korang suka tak ? aku serious rasa cam nak delete dah camera 360 tu haha.
Thank you PIP camera cause you make me look beautiful. Eh perasaan sudah hehe.
salam jumaat semua :)
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Wednesday, 26 June 2013

Tips Meraih Bahagia

Assalamualaikum...

hai semua, harini aku nak share dengan korang tips meraih bahagia ,tips ni aku dapat dari buku yg aku baca, tajuk dia "RAIHLAH BAHAGIA" yang ditulis oleh Siti Marziah Zakaria. Semua orang nak bahagia kan, tak kisah lah dari segi apa,so meh kita tgok tips dia.

  • USAH MENGELUH
Perasaan keluh kesah adalah sifat semula jadi manusia. Korang pun mesti pernah mngeluhkan ? Aku selalu jugak mengeluh walaupun aku tau tak baik mengeluhkan huhu. Kalau kita selalu bersifat terusan mengeluh ni, ia akan membawa akibat yang buruk untuk emosi kita. Untuk elak kan diri kita dari sifat ni ,kita kena bersabar dan insyaAllah bahagia itu pasti milik kita.

  • SENYUM SELALU
Sapa suka senyum. ? Aku lah memang senyum sokmo gitu hihi, kalau dalam Islam dikatakan senyum sebagai sedekah kan dan senyum juga adalah penawar bagi masalah dan sakit. Bab ni aku setuju lah sikit, even aku ada masalah aku tetap akan senyum dan lama-kelamaan aku sendiri lupa dengan masalah tu . Tapi laen orang laen caranya kan ? Dalam buku yg aku baca ni, dia cakap orang yang melemparkan senyuman kepada insan lain secara tak langsung menghantar aura kegembiraan kpd si penerima, secara tak langsung kita bleh tgok orang tu bahagia dan kita juga turut merasakannya .Rasailah betapa besarnya nikmat senyuman serta aura kebahagiaan di sebalik senyuman itu :)

  • BERI YANG TERBAIK
Perkataan terbaik mungkin merupakan sesuatu yang subjektif, namun seseorang itu sebenarnya sedang memberikan yang terbaik jika telah melakukan semampu mungkin, memenuhi semua permintaan yang sepatutnya dipenuhkan dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi. Cubalah memberi yang terbaik bagi setiap tanggungjawab yang diamanahkan agar perjalanan hidup ini lancar dan teratur.

  • BINA PERSAHABATAN
Bersahabat lah dengan tulus,ikhlas serta jujur. Korang pernah tak kawan korang cari korang time diorg susah je ,time senang korang dilupakan..dalam kes macam ni korang kena bersabar. Sbb tu korang kena jujur semua tu, aku sendiri pun kadang macam tu jugak, diorg cari time susah je, tapi kawan boleh di cari bukan ? Bersahabatlah dengan seseorang yang mampu membuatkan anda tersenyum,gembira dan jugak bahagia.

  • MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN
Okey, bagi aku yang ni sangat penting ok, aku sendiri kalau tak memaafkan orang hati ni rasa tak tenteram je kan, tp once kita dah maafkan orang tu, hati ni terus rasa lapang..rasa bahagia gitu. Kadang tu kita ni ego untuk maafkan orang tapi percaya lah kalau kita ego kita yang rugi tau..

Haaa tu jelah sedikit sebanyak tips yang ada, later aku share pulak sifat-sifat yang menghalang bahagia.
sekian,wassalam :)

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

p/s : aku hanya amik and share dari apa yang aku baca tu je tau.

Tuesday, 25 June 2013

Sejuk

Assalamualaikum...

cuaca harini best sebab ujan ,maka sejuk je...sejuk-sejuk ni wat aku nak tido je tau. Hancur punah musnah segala impian nak mengemas wuwuwuwu :( . See dah agak dah kalau dari semalam rancang nak kemas bilik umah semua mmg tak menjadi , tapi kalau tak merancang , eh rajin pulok tangan ni nak mengemas kan .


bila cuaca dah sejuk perut pun cepat lapar, cis alasan je farihan...kalau tak ujan tak sejuk pun memang doplohpat jam kau nak makan je kan ? huhu..jadi disebab kan lapar, mak ayah pulak puasa ,memang takde lauk lah, petang nak buka karang baru masak. tengok ada balance nasi sahur tadi maka aku yg terlebih kreatip dalam segi masakan ni menghasilkan sesuatu. *kreatip lah sngt farihan*

taraaa taraaa !
nasi goreng kampung with ayam goreng crispy. tapi sedih sob sob sob :( , sebabnya takde ikan bilis, ikan bilis habis makanya ada cili api,belacan dgn telur je. Should i called it nasi goreng ayam ? sebab ikan bilis takdop tapi ayam nya pulok enterframe seketul besar gitu.
takpalah, namakan saja nasi goreng suka hati.

sejuk-sejuk jugak buat aku malas nak mandi, malas nak tengok tv , dalam erti kata laen suma aku malas kecuali makan. Bab makan i rajin sangat tau Uolls.
sekian saja bebelan aku dikala cuaca yg sangat sejuk ni.
wassalam.

terima kasih daun keladi.
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

Monday, 24 June 2013

Hari yg Bosan

Assalamualaikum...

Tak terlambat lagi kot nak ucap salam Nisfu Syaaban..maaf atas kelewatan meng'update' entry baru..*ecewah mcm ada org nantikan entry baru je* haha..sebenarnya harini malas sesangat and rasa bosan je,mungkin penangan monday blues kot, ekekeke :D

bangun kemain awal tapi nya tak buat apa2 jugak, melangut tgok tv je..tgah hari je aku dengan rela hati menjadi driver untuk ikah ngn nabil g bank islam,sebenarnya dah bosan duduk umah so jd driver dapat lah hilangkan bosan tu tgok dunia luar. Korang jangan tak tahu aku ni gila driving ok haha.. Tempat korang jerebu acam ne ?, kat paghit buntaq ni pun dah mula jerebu je, ingt aku salah pandang ke apa tp mmg betol jerebu. Minum air masak bnyak2 ye korang.

petang je baru rajin sikit goreng cucur dgn kopok ikan untuk mak ayah buka puasa. Korang ada petua mcm mana nak kasi rajin ? ingt esok nak kemas-kemas umah,bilik nak let go baju2 yang dah tak nak pakai, nnti bulan puasa takde lah terasa penat sngt kan nak mengemas smua..tp apa2 pun kita hanya merancang blom tentu jadi,kata je nak kemas bilik smua kang tido je huhu :P

ni lah ghupa cucuq ikan bilis. Kecik2 mcm tuan yg goreng dia jugak ^_^

kopok ikang tenggiri dari kelantan,sedap...goreng nak makan time tgok masterchef karang :D

sekian saja, nanti aku update lagi ye.
wassalam :)

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi blog ni kalau sudi :)

p/s : tak sabar nak tgok separuh akhir masterchef ni.

Sunday, 23 June 2013

Apa yang perlu bawa masa Hiking

Assalamualaikum..

Okey korang dah baca belom pengalaman hiking aku ? sapa tak baca lagi meh baca SINI. Baca tau fenat i tulis,eh silap fenat i taip huhu. Sekarang aku nak share pulak apa yg perlu korang bawak masa hiking, mana tau kot-kot leas ni korang nak g hiking memana kan..

  • AIR - air ni sangat penting tau,sebab nnti korang penat mesti dahaga kan. Bawaklah dalam 3 boto. kalau korang takut beg berat pun korang tetap kena bawak. Ada orang kata kalau minum air banyak kita jadi penat nak hiking, tapi depends lah kan sebab aku mmg perlu sangat air, lepas minum air laju je jalan :p

  • Towel Kecik - Towel ni penting untuk korang nak lap-lap peluh ke kan. Nak sangkut kat leher ke,eh penting ke ? aku je pentingkan towel kat leher nampak semangat sikit haha..

  • Baju salin- Kot-kot lah baju korang basah peluh teruk kan, so bawak lah selai baju salin.

  • Ubat - Ubat macam panadol,tahan muntah,minyak cap kapak,minyak angin,minyak panas pendek kata segala minyak yg berkaitan dengan kaki korang bawak lah. Mana tahu emergency case kan ?
itu jelah yang aku bawak and bagi yg muslim bawak lah telekung sama..korang selalu bawak apa je, meh lah share sama ngn aku..
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah lagi kalau sudi :)



Pengalaman Hiking to Penang Hill

Assalamualaikum...

hai semua ! harini nak cita pasal aku g hiking semalam, ingt nak upadate semalam jugak tp sebab kepenatan yang amat sangat...capet bangat dong, tsk tsk tsk :( , jadinya harinilah baru berkesempatan nak cita pasal semalam..

semalam memula aku g ngan makteh, nabil, ikah. Kteorg g umah maklang dulu amik maklang,kak na and kak anis barulah kteorg gerak g kat Moongate tempat yg nak hiking tu. Alaaa tempat dia dekat2 dengan kebun bunga tu. Dah sampai tunggu dua bas skolah makteh dulu, bila diorg dah sampai barulah kteorg start hiking sama-sama.

Memulakan hiking memang terlebih excited lah kan, jadinya masa mula2 aku,nabil,makteh,maklang,ikah,kak na and kak anis kira ke depan lah kami2 ni. Tetiba tgah syok lalu jalan yang tanah and dahan2 pokok je ni jumpa anak tangga, huwaaa dalam hati aku dok cakap asal banyak sangat ni, mampu ke..slow slow lah aku naik tangga tu tapi dah dekat pertengahan tu tinggal aku,ikah,mak lang and kak na je behenti stop,yg laen dah jauh ke depan dah.

Bila dah habis anak tangga jumpa jalan tanah biasa je,memang best lah..laju je aku ngn ikah tinggal mak lang ngn kak na..tetiba jumpa jalan tar,dah seronok dah ni..ingat dah nak smpai..sekali tengok puncak atas nun 5.0, masa tu kami baru kat 2.7 kot...huwaaaa jauh lagi. Dalam2 banyak jalan kat jalan tar ni paling penat sbab curam gila and takdenya nak turun or jumpa jalan rata, memang korang kena daki menaik je tau. so aku ngn ikah mmg dah ketinggalan sbb kami memang dah tak larat sngt, jalan 3-4 langkah behenti,dalam hati ni dah nak nanges nak tahan keta yg naik ke atas pun ada tp sbab kami kuat semangat maka kami gagah kan jugak untuk sampai ke atas.


tepat jam pukul 4 petang kami sampai ke atas..tau kami amik masa berapa jam ? 5 jam okey...sangat lama, orang laen makan masa 3-4 jam je tau. Kami dua org dgn cikgu sekolah makteh 3 orang  yang terakhir sampai, sampai2 tu lega sangat dah sebab segala penat lelah kami berhasil tau..ecewah haha..naik ke atas sampai 5 jam,turun dengan keretapi haaa 10 minit pun tak sampai tau haha..jom layan gambar :)

kami dan kamera tak dapat dipisah kan :D

bukti aku ke moon gate :)

camwhoring..

kami yg masih muda mudi :)


woooi kemain seghonok depa naa..

let's start hiking..

kami dah fenatt :(

ni sambil stop lepak and sembang2 nampak permandangan. SubhanaAllah cantik sangat :)

nampak tak muka penat kami, tapi masih mampu tersenyum :)

kami dah separuh perjalanan, kawasan rehat 5.

nilah jalan tar yang dimaksud kan..

monyet turut serta dalam acara hiking ekekeke :D

alhamdulillah. we did it. Kami berjaya sampai ke puncak.

so korang lepas ni boleh lah try tau..penat and sakit kaki tak usah cakap lah. sampai sekarang masih terasa tau. nnti aku share pulak apa yg perlu bawak masa hiking.
sampai sini saja,salam maghrib :)
sekian,wassalam..

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Saturday, 22 June 2013

Jom Hiking

Assalamualaikum...

selamat hari sabtu , selamat berhujung minggu ! hujung minggu mesti saat yang di nantikan. Ye lah masa-masa ni lah kita nak rehat,riadah travel, shopping dengan famili terchenta kan ? hujung minggu aku ialah hiking ke bukit bendera ! erk mampukah aku,insyaAllah..aku pergi dengan famili makteh aku dan juga cikgu cikgi sekolah makteh..so sekarang nak nak gerak g penang dulu, balik nanti aku update pengalaman aku hiking ye. Excited benarnya ni sebab first time kot hiking bagai ni haha. jumpa nnti. doakan perjalanan kami smua selamat ya..


sekian,wassalam :)

p/s : Happy weekend you alls :D

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Friday, 21 June 2013

Muhasabah diri sebelum tido.

Assalamualaikum...



it's true..
Sebelum tido marilah kita muhasabah diri kita masing-masing. Aku suka ayat kat atas, ayat dia lebih kurang menyuruh kita agar besangka baik terhadap semua orang, sesama kita. Yelah kalau kita asyik menilai diri orang lain, mesti sedikit sebanyak korang buruk sangka kat dia kan. so sebab tu lah kita dikehendaki menilai diri kita terlebih dahulu. jangan lah korang pandai-pandai nak nilai diri orang laen , sebab satu jari yang korang tunjuk ke arah org yang korang cakap tu sedar lah empat jari lagi sebenarnya menunding terhadap diri korang sendiri.
so, kalau korang pernah nak nilai diri orang laen tu cepat-cepat lah fikir positif. Macam aku  kadang tu bila orang marah2, aku mula lah nak nilai diri dia, tapi cepat2 aku sedarkan diri aku, fikir positif,semua orang tak perfect kat dunia ni, mungkin dia ada masalah ke kan , sapa tahu ?
so marilah kita buang yg keruh ambik yg jernih dan selalu lah fikir positif terhadap sesuatu perkara tu :)
selamat malam,
sekian,wassalam :)

terima kasih daun keladi,
datang dan baca lah blog ni lagi kalau sudi :)

Mari kita Amalkan

Assalamualaikum...

salam jumaat dan selamat menunaikan solat jumaat buat kaum Adam semua ye. Harini nak share tentang zikir harian. Haritu masa g surau kat stesyen butterworth ada nampak zikir harian ni terfikir dalam hati hmm aku ni tak pernah nak amalkan, jadi belom terlambatkan..jadi meh lah kita amalkan..kalau tak bleh setiap hari pun cubalah seminggu tu sekurang-kurang nya sehari dua untuk kita berzikir.


jom kita amalkan sama-sama :)
aku ada tanya mak mmg kena 1000 kali ke, mak cakap 100 je pun dah cukup..sbb aku tgok mak selalu jugak zikir harian ni yg guna tasbih yg 100 bijik tu..itulah aku ada baca ada yg kata 1000 kali, ada kata 100 ada kata 33 kali. Yg mana satu wallah hu alam..For me 100 tu pun kalau kita dah bleh dapat dalam sehari tu pun dah cukup baik dah,alhamdulillah :)
sekian,wassalam :)

p/s : zikir untuk harini "Ya Allah". Jom zikir sama-sama :)

Thursday, 20 June 2013

Selamat Malam Semua

Assalamualaikum :)




selamat malam readers semua. semoga mimpi yang indah-indah.
sebelum tido meh lah tu mehlah kita amik wuduk,basuh kaki dulu,baca doa tido,selawat,ayat kursi dan mengucap serta berdoa moga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan hari esok...
selain tu korang boleh baca ''bismillah'' sebanyak 21 kali sebelum tido ni pun elok,mak cakap dapat elak dari  perkara buruk.

selamat malam kengkawan :)
sekian,wassalam...






Segmen : Follow & Bloghopping Bubblynotes.com

Assalamualaikum..

Nak join klik banner :)
Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Segmen Review Blog

Assalamualaikum..

korang nak join ?
klik sini

Oh Saya Sayangkan Mamee

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni dah 11 syaaban , bermakna kita ada lebih kurang 19 hari lagi nak menuju ke Ramadhan. Korang ganti puasa dah abis ke ? aku sehari lagi,ingt nak puasa masa nisfu syaaban nnti takpun khamis terakhir di bulan syaaban..orang cakap bagus puasa time tu. betol ke tak, wallah hu alam...

Ok kalau korang tgok tajuk tu korang kenal tak iklan apa tu ? Al kisah bgun pg tadi lapar yg amat sangat,nak kuar beli breakfast malas nak masak pulak bahan tak brp ada, maka godek2 lah almari dapur dan jumpa lah something yg mcm sedap je..nak tau apa dia ?

taraaa mamee chef yg baru ni, yg selalu kuar kat kaca tv umah korang tu :)
aku kiraa baru first time lah beli mamee ni sebab selalu beli brand maggi,sedaap and ruski je..
sajelah nak try kan sebab nmpak sedap and interesting je..
so marilah kita testimonial mamee chef tomyam ni..

bila dah makan ternyata tidak mengecewakan...sedaaaaap sangat tau !
mula2 buat just letak bahan2 yg die kasi je sbb nak rasa yg asli betol2 pnya,sbb nnti kalau masuk ayam,sosej dah tak dapat rasa yg asli dia lah kan..
dan die ade kasi sayur,cili dan udang kering sekali,mmg sedap lah..abis semangkuk ni mmg terasa nak buat lagi haha,dasar budak kuat makan mmg macam ni huhu..
so mmg boleh lah aku nak cakap "OH SAYA SAYANGKAN MAMEE"
korang yang tak cuba lagi mmg patut cuba :)
sekian.
wassalam :)


Tuesday, 18 June 2013

SEGMEN JOM BERKENALAN SESAMA BLOGGER

Assalamualaikum..


malam ni nak join segmen dari cik LIA...
bagus betol cik LIA sbb dia buat segmen cam gini,bleh lah kita berkenalan sesama kita kan :)
nak join klik SINI


Nama : Nor Farihan Binti Ayob
Tarikh Lahir : 24 August 1991 *muda lagi* :D
Cita-cita : Pensyarah * InsyaAllah*
Hobi : Ber'blogging'' and baca novel and masak
Benda yang paling sayang : Jam tangan *masa itu emas*
Tujuan berblog : Pada mulanya hanya suka2 tapi lama kelamaan macam best pulak,selain tu kita dapat share something yang mungkin orang laen tak tahu dan yg penting kita dapat berkenalan sesama kita :)

Mati itu Pasti

Assalamualaikum...

selamat malam, malam aku dikejutkan dengan berita yang sangat2 aku susah nak percaya..abdul wafiy abdul redduwaf telah pergi buat selama-lamanya,susah sangat nak percaya sampai dua tiga kali aku tanya kawan-kawan yg laen..arwah merupakan kawan sekolah rendah,sekampung dan merupakan tiga pupu dengan aku..walaupun tak rapat dan tak selalu jumpa arwah aku amat merasai kehilangan nya..arwah suka panggil aku 3 pupu atau pun kupu-kupu. lepas ni dah takdah orang nak panggil aku mcm tu. Al-Fatihah untuk arwah,moga arwah tenang di sana. Untuk cikgu zainah sekeluarga moga kuat dan tabah hadapi dugaan ni.

Allah,tahun 2013 ni saja tiga orang yg aku kenal,rapat dah pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi..
Ustazah Haslina,junior skolah dulu Amirul Fahmi dan sekarang wafiy..
Kematian tu tak kira siapa,pangkat,usia dan masa. mati itu pasti dan akan tinggal semua perkara kecuali doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yg berguna..
Kita yang masih hidup ni tak tahu bila masa kita,jadi kita kena siap sedia segala amalan dan bekalan untuk ke alam sana..bila dengar berita pasal kematian harap nya moga kita membuat persediaan untuk menghadapi kematian. Apa pun semua tu kuasa Allah..Hanya Allah je tahu.

Al-Fatihah buat mereka semua yang pergi terlebih dahulu dari kita. Moga tenang dan damai di sana. Kami jua akan menyusul satu hari nanti.

-wassalam-

Monday, 17 June 2013

GA Ramadhan by KanvasDakwat

Assalamualaikum..
wahhh keje join segmen je aku kan...takpe,dapat kenal sesama kita ye dop ? skrg aku join segmen by KanvasDakwat..
jom lah korang join jugak..
nak join klik SINI

sekian,wassalam :)