Saturday, 5 October 2013

Punca Kulit Muka Berminyak

Dik An pasti ramai yang dah tahu pasal ni kan..tapi Dik An tetap nak share punca kulit muka berminyak..Dik An nak share ni untuk diri sendiri mana tau nanti2 bleh review balik ke kan dan untuk readers yang mungkin tak tahu..
Ada banyak jugak sebab dan musabab dia,jom kita usha sebab2 dia..


Bersihkan Muka Terlalu Kerap.
OH yang ni memang Dik An selalu wat okey...patut dan patut lah kan huhu...
Cuci muka terlalu kerap boleh membuatkan kulit kita berminyak...
Hanya perlu cuci muka kita 2-3 sehari
p/s : Dik An setiap kali mandi +amik wuduk cuci muka !

Jarang Shampoo Rambut.
Bila kita tak shampoo rambut dalam masa beberapa hari,kulit kepala akan berminyak dan ia akan menghasilkan SEBUM dan hasil pengeluaran dari sebum itulah akan membuatkan muka kita berminyak.

Makan Makanan yang Berminyak.
Haaa yang ni kalau boleh elak2 kan lah..means bukan tak boleh makan langsung tapi kurang kan minyak dalam masakan ye sayang-sayang semua.
Dik An pun tengah kurangkan makanan berminyak ni.

Hormon.
Kadang-kadang kulit berminyak ni berpunca dari hormon. Ia disebablkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kita. Nak nak pulak remaja yang semakin nak meningkat umur ni kan memang sering berlaku hormon tak seimbang nih.

Faktor Cuaca.
Yup cuaca jugak mempengaruhi faktor kulit kita berminyak. Terutama cuaca panas lah kan , tambah pulak dengan peluh lagilah muka kita nampak berminyak..

so tulah antara sebab musabab dia...jadi bila kita dah tau kita boleh lah nak kawal atau nak elakkan kulit muka kita dari berminyak..banyak kan minum air masak sama insyaAllah bleh kurangkan masalah kulit berminyak dan pencuci muka Anugerah yang warna Hijau tu jugak baik untuk rawat kulit berminyak ni...harap2 info ni berguna untuk semua hehe..

sekian,wassalam...

balik kampung tanam padi,
datang lah blog ni lagi kalau sudi :)


14 comments:

  1. hmm..akak rasa akak lebih kepada hormon kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya camtu jugak ..lebih ke hormon kan hehe..

      Delete
  2. salam..

    sbb utama dalam masalah kulit adalah hormon..huhu..

    jemput singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe owh..sama lah kita sbb hormon huhu...

      Delete
  3. mungkin kami pun ada kulit berminyak kene cahaya matahari kot agak nya lah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa janganlah sedeh2..kami pun kulit berminyak jugak hehe..

      Delete
  4. kena kawal juga pemakanan... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu...elakkan makanan berminyak :)

      Delete
  5. kulit saya berminyak juga.harap2 tips ni boleh membantu saya

    ReplyDelete
  6. thanks for the informtion.. sgt membantu.. kebiasaannya shampu rambut kene berapa kali seminggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Dik An shampoo selang sehari/dua hari macam tu hehe :)

      Delete
  7. Salam ukhwah semua... ya betul masalah kulit berminayak ni punca dari segi pemakana dan hormon serta sekitaran kita... tp penjagaan mudah bila jaga dari dalaman... biasanya kita perlu tahu apa yang sesuai untuk kulit kita dan bukan dari segi tukaran alat make up.. tu juga punca kulit semakin nipis dan tak sihat...

    Thanks 4 info ni.. insyaallah.. penjagaan kulit ni penting..

    ReplyDelete
  8. Salam.. Sy rasa masalah kulit berminyak ni bagi sy faktor cuaca la.. Spanjang sy kat melbourne, walaupun cuaca panas terik.. Muka xpnah berminyak langsung,.. Kalau kat msia, boleh dikatakan stiap jam sy perlu lap muka.. Huhu

    ReplyDelete

Teghima Kasih Sudi Komen di Dik An's Story.
Komen-komen yang membina amat Dik An hargai.
Setiap komen In Shaa Allah akan Dik An balas.